Tuesday 1 December 2015

Agar Urusan Kita di Permudahkan

Hari ini benar-benar terharu sebab salah seorang online buyer saya memberi feed back yang sangat menyejukkan hati berikutan kesilapan yang telah kami lakukan dalam penghantaran. Wah.. bukan senang nak menerima kesilapan orang lain dengan begitu mudah setelah pihak kami memang tersilap. Kami akhirnya minta maaf dan berjanji akan setelkan semuanya dengan segera. Namun begitulah sebenarnya yang sering saya harapkan. Maklumlah urusan jualan ni bukan dilakukan oleh seorang dua. Memang banyak juga kesulitan yang kadang-kadang kami alami.

Di alam cyber yang canggih ni, kita banyak disogok dengan kisah-kisah ganas dan zalim. Persepsi manusia mula berubah sesama sendiri. Baru silap sikit dah melenting . Susah untuk bertemu dengan yang ikhlas dan  memaafkan. Namun teringat ustaz yang memberi tazkirah di surau pada malam Jumaat lalu " Sekiranya kita menghilangkan kesulitan orang lain, tuhan akan memudahkan kehidupan kita di dunia dan akhirat."



Malahan ada sepotong ayat dalam Al-Quran

“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri......” (Al-Isra'' : 7)

Pernah tak kita melalui situasi di mana kita di dalam kesusahan, dan berharap "Kalau lah aku buat macam ini......... tentu tak susah macam ini. "  Itulah yang kita akan fikirkan. Kadang-kadang hampir berhari kita dihimpit rasa kekesalan dan terganggu kerana memikirkannya. Ohh...rasa ada bebanan besar atas kepala kan. Orang lain nampak simple tapi kita rasa bebanan berat.

Jadi mulai hari ini, marilah kita cuba untuk memudahkan urusan orang lain dan kita sendiri dalam setiap tugasan hidup kita. Tidak perlu marah, emosi dan bersuara tinggi lagi. Situasi kepayahan di kaunter2 menunggu , menunggu makanan di restoran, menunggu giliran di hospital, mencari parking, walaupun amat remeh dan memang kadang-kadang amat menguji kesabaran, namun dengan sikap kita yang 'lebih dibaiki', mampu melegakan hati orang lain dan seperti saya amat bersyukur bertemu dan berurusan dengan orang yang saya katakan di atas. Semuga En Radzi diberi limpah kurnia olehNya dalam kehidupan kerana memudahkan urusan orang lain. Amiin .

* Untuk yang ada masalah gangguan sila ke LAMAN INI

No comments:

Post a Comment