Monday 7 December 2015

Hotel Baru dan Murah di Port Dickson

HOTEL MIRAGE PORT DICKSON. Itu nama yang kebetulan saya temui semasa buat searching di internet untuk aktiviti percutian kami. Requirement saya cuma satu malam dan tak perlu attach dengan breakfast memandangkan kawasan persekitaran memang banyak kedai makan menarik. Memang dah selalu sangat ke sana. Urusan kerja biasalah. Jadi kami cuma perlukan tempat untuk menginap dan berehat itu saja.

Rate kami RM139 untuk bilik biasa. Tunjuk kad kakitangan kerajaan dapatla diskaun RM10. So kami cuma bayar RM129. Memang puas hati untuk kami. Siap bau cat baru lagi waktu kami masuk ke bilik.


Bahagian Depan Hotel

Thursday 3 December 2015

Kem Tahfiz Cuti Sekolah Surau Vista Lavender

Memang cuti sekolah yang panjang boleh peningkan mak ayah. Sebabnya tak tahu nak di letakkan anak tu kat mana, apa yang bermanfaat yang boleh dibuat dan untuk anak yang dah besar pun, masih terkedu tak tahu nak buat apa. Itu yang tidur sampai lepas tengahari baru bangun.

Ustaz Fadli melakukan praktikal solat

Tuesday 1 December 2015

Agar Urusan Kita di Permudahkan

Hari ini benar-benar terharu sebab salah seorang online buyer saya memberi feed back yang sangat menyejukkan hati berikutan kesilapan yang telah kami lakukan dalam penghantaran. Wah.. bukan senang nak menerima kesilapan orang lain dengan begitu mudah setelah pihak kami memang tersilap. Kami akhirnya minta maaf dan berjanji akan setelkan semuanya dengan segera. Namun begitulah sebenarnya yang sering saya harapkan. Maklumlah urusan jualan ni bukan dilakukan oleh seorang dua. Memang banyak juga kesulitan yang kadang-kadang kami alami.

Tuesday 24 November 2015

Strategi Untuk Pastikan Anak Berjaya Mendapat Tempat Di Asrama Penuh Selepas UPSR



Macam sudah  menjadi suatu kebanggaan dan impian kepada ibubapa hari ini kalau anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh. Sudah pasti lah tujuan mereka untuk ke sekolah-sekolah asrama penuh ini agar anak-anak mereka akan mendapat kejayaan yang lebih lagi dengan  belajar di sekolah-sekolah berprestij ini.  Maklumlah sekolah sebegini menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Wednesday 18 November 2015

Tentang buku The Art of Thinking Clearly



Sesiapa yang tengah mencari buku-buku non-fiction untuk dibaca, saya cadangkan sebuah buku yang memang menyimpang dari apa yang selalu kita fikirkan. The Art of Thinking Clearly oleh Rolf Dobelli. Dah lama dah. Saya memang suka baca novel dan nasihat orang (motivational) tapi yang ini memang agak pelik. Ini kerana buku ini menjelaskan tentang perkara-perkara yang selalu kita fikir ianya betul, tapi menurut penulis, kita perlu memikirnya semula kerana ianya salah dan inilah hasilnya.

Thursday 5 November 2015

Tips Masak Cepat


Penatnya apabila mula memasak namun terasa masih panjang lagi masa yang diperlukan. Maklumlah, baru nak siang ikan, baru nak blend cili, baru nak potong bawang dan macam-macam lagi. Kalau semua baru nak dibuat, agak-agak lagi 2 jam  baru siap satu set dinner atau lunch yang kita sediakan. Ini ada beberapa tips simple yang mungkin biasa kita buat untuk menjimat masa memasak terutama untuk ibu-ibu yang bekerja atau yang sibuk jaga anak. Harap membantu....

Cuti oh Cuti !

Masih terasa menanti dengan berdebarnya untuk menghadapi SPM 2015, kali ini cuti pulak untuk seminggu. Hai.. tak tahu apa nak dibuat kalau dah balik ke rumah. Cuti seminggu dipertengahan exam !!


Tapi tak apa. Ada banyak buku-buku menanti  untuk Mira study / ulangkaji.  Itulah anakku yang sedang menghadapi SPM 2015 sekarang. Kalau ikutkan debar ibu dan anak, sama saja. Kalau zaman ibu dulu, di tengah exam inilah pulun buat soalan-soalan tahun lepas sampai dah tak ingat dunia. Dunia dah tunggang terbalik pun rasanya dah tak sedar. Makan minum pun mana yang perlu. 

Cuti seminggu kali ini di pertengahan SPM ada banyak hikmahnya. Kita lihat yang positif je. Maklumlah, lepas cuti Deepavali ni, ada banyak paper yang lebih tough. Jadi boleh study dengan begitu banyak masa yang ada.  

Semuga semua memperoleh kejayaan dan dipermudahkan.





Saturday 31 October 2015

Kehebatan dan Khasiat Daun Belalai Gajah




Tergerak hendak menulis tentang daun belalai gajah kerana untuk kesekian kali, sejak mak mengidap sakit batu karang dan melakukan pembedahan, sakit pinggangnya semakin berkurangan sejak mengambil rebusan daun belalai gajah untuk beberapa minggu ini. Lega teramat sangat. Kalau tidak, setiap hari memang mengadu sakit pinggang tak henti. Memang sebelum ini pun ramai kawan-kawan yang telah memberi feedback yang sangat menggalakkan tentang daun belalai gajah ni. Malah ada setengahnya menanam daun ni dengan begitu banyak di laman belakang rumah mereka. Lagipun ianya cukup senang tumbuh. Cucuk saja batangnya di tanah yang kosong. Tumbuh lah tak lama selepas tu. 

Friday 30 October 2015

Jangan Beri Smartphone atau Tablet kepada Anak Untuk Bermain



Cara paling mudah untuk ibu bapa untuk 'menjinakkan' anak masa kini ialah dengan mengumpannya menggunakan gadget terkini tak kira smart phone mahupun tablet. Setiap kali singgah ke kedai makan, membeli belah atau taman permainan, ada saja pasangan bersama anak kecil mereka yang pastinya berada dalam situasi demikian. Atau mungkin si abang atau kakak sedang merenung ke bawah pada skrin yang bercahaya, tablet ataupun telefon pintar. Si ibu dan ayah sedang makan, sedangkan anak kecil biasanya duduk di kerusi baby sambil memegang tablet. Nampak mudah dan bijak kerana biasanya game yang sedang anak mereka mainkan ialah permainan yang melibatkan minda. Pada asalnya, memang gadget terkini ini mampu memajukan minda kanak-kanak, namun ada sesuatu yang semua ibubapa tahu namun agak sukar untuk menghindarkannya kerana sudah terbiasa dengan perkara sebegini.

Sunday 25 October 2015

Resipi Lasagna Yang Simple dan Sedap

Masa lapang dan anak-anak balik dari asrama, adalah waktu yang sesuai untuk buat sesuatu yang berbaloi untuk di masak. Lasagna ni tidak susah sangat untuk disediakan, cumanya perlu sediakan bahan-bahan yang agak pelbagai untuk rasa sedap dan kualiti. Sediakan bahan-bahan, masak selepas makan tengahari atau petang untuk minum petang. Untuk saya sendiri, dah cukup kenyang untuk sambung makan malam. Yang penting, famili suka.

Berikut cara-cara membuat Lasagna simple : -

Thursday 22 October 2015

Mengisi Masa di Musim Jerebu

Rasanya dah terlalu penat budak-budak ni bercuti. Ulangkaji nak periksa pun rasanya dah macam dipaksa-paksa. Jerebu kat luar tu nampaknya tak menunjukkan yang ianya akan berakhir. Rabu lalu kami menuju ke Summit. Memang saja pilih kat situ sebab suasananya tidak begitu sesak terutamanya hari bekerja macam ni.

Waktu operasi : 10 am - 10 pm


Suasana tenang dan tidak ramai orang. Sesuai sangat dengan kami

Wednesday 14 October 2015

Tips Mendidik Anak dari Ustaz Farid Ahmad



Kisah tentang anak-anak memang tak akan berakhir. Ada macam-macam kaedah dan doa yang telah diberi oleh pakar-pakar dalam mendidik anak agar sentiasa terkawal dan mengikut ketenangan jiwa kita. Alangkah sejuknya hati melihat mereka berjaya menjadi orang yang berguna, sentiasa menghormati kita, dan sentiasa berada disisi kita di saat kita perlukan mereka. Bila menoleh ke belakang teringat zaman anak-anak kecil kita yang telah berlalu. 'So sweet' dan tak akan berulang lagi. Terjumpa beberapa titipan ringkas dari ustaz Farid tentang menangani anak-anak kecil ini. Memang betul sangat-sangat. Boleh jadi panduan untuk ibu-ibu muda...

Saturday 5 September 2015

Aduh Aduh Sayangku Syukur Segalanya Dipermudahkan



Aduhh... !!! Sakitnya !

Peristiwa berlaku pada pagi hari Jumaat yang lalu, saya mendapat panggilan dari sekolah anak bongsu (Sya)  seawal pukul 7.45 pagi...

"Puan, minta puan datang ke sekolah. Tadi waktu PJK, anak puan main kat padang dengan kawan-kawan, masa main2 tu, ntah macamana tiang gol tu terjatuh kat kepala. So dia cedera sikit. Puan datang sekarang ye"  Itulah lebih kurang kata-kata dari PK sekolah.

Ahhhh ....... dalam hati saya "TIANG GOLLL?? 

Setelah bertanya itu ini, "Anak saya sedar ke tak? Anak saya pengsan tak? Dia OK tak?" ,  saya cuba mengawal diri pergi ke sekolah. Jawapannya agak  memuaskan. Anak tak apa-apa. Nasib baik tak jauh....Not bad. OK OK datangla ni. Rupanya saya ni tidaklah menggelabah seperti yang dijangka. Masih ada rasa cuba untuk bertenang. Fuuuhhh Fuuhhh... tarik dan lepas nafas perlahan-lahan.

Sampai di sekolah, Sya tengah duduk di sofa pejabat. Kasut dan baju berlumuran darah. Aduuh.. anakku. Walaupun bleeding banyak, keadaan terkawal. Rupanya dia terkena tiang gol hoki! Tengah main, kawan bergayut dan dialah insan yang malang yang lalu di bawah tiang dan tiang longgar tu menghempap kepalanya. Itu kisah yang diceritakan kepada saya. Sampai hari ni, saya masih tak dapat gambaran sebenar dari guru yang mengajar PJ pada masa kejadian berlaku . Dari Amsya sendiri? Dia sendiri tak perasan atau sedar apa yang berlaku.

Yang dia ingat 'Ibu, lepas sya jatuh, sya rasa kepala sya bengkak kat depan '. Hmmm....jawapan yang sangat-sangat lah membantu. (Angkat bahu)

Yang penting hari tu, saya terus bawa dia ke hospital Columbia Asia  Puchong. Terus buat checkup dan xray apa yang patut. Kata doktor, ok je. Tak ada pendarahan dalaman. Alhamdulillah. Saya balik lepas luka ditampal dengan gam.



Selang beberapa hari, follow up untuk buka tampalan. Haah .... rupanya infection!! Tak tahu di mana silapnya.  Bernanah campur darah bila ditekan. Luka dalam jugak tu....

Hari Isnin itu, Sya dimasukkan ke wad buat cucian yang lebih hygeinic  dalam operation theater. Dan pastinya Sya ni perlu dibius dan ditidurkan.  Maka bermalamlah kami dalam wad hari tu. Masuk wad pukul 4pm, Masuk operation theater pukul 6 pm. Sebelum masuk Sya banyak kali menyatakan rasa takut dan berdebar. Hmmm... 'budak sado'  rasa bedebar? Biar betul..Pesan saya pada Sya doa banyak-banyak, salawat kepada rasulullah sewaktu nak ditidurkan tempoh hari. 'Sya kan selalu berqasidah " Sebenarnya ibu yang lagi berdebar.. So dokto jahit dan buat apa yang patut malam itu. Esoknya dah tak sabar nak keluar...






Dipendekkan cerita Selasa lalu, pergi follow up dan Alhamdulillah....... semua yang berkaitan dan jahitan kepala dah selesai dan hasilnya sangat cantik.

Setelah beberapa hari yang menyakitkan berlalu, barulah hari ini, ibu yang terpanik kejap ni bersedia untuk menulis.. Rasa terharu, bersyukur, syahdu dan macam-macam lagilah. Hanya ibu-ibu yang pernah mengalami yang memahami bagaimana takutnya perasaan itu. Apa akan jadi, apa kisah lama akan berlaku lagi... please.... taknak.

Peristiwa ini memberi kesan mendalam kepada kami, kerana ini bukan pertama kali anak2 masuk wad kerana infection. Abang sulongnya pernah koma setelah pembedahan kerana infection. Kisah yang ini lebih panjang. Namun saya dah tutup cerita dan buku sedih itu. Yang penting diakhirnya, peristiwa berakhir dengan baik dan ceria.

Di sebalik cerita ini, saya amat berterimakasih kepada pihak Takaful Ikhlas yang memudahkan kami. Mungkin ini rezeki Sya kerana dipermudahkan rawatannya. Baru membayar kad medical selama sebulan. Jangan terkejut tengok bill.... Itu memang standard hospital swasta...

Untuk ibu ayah yang membaca tulisan saya ini, kita memang tidak menyangka apa saja kemalangan atau insiden yang akan berlaku kat luar sana. Ini pengalaman saya sendiri, yang memerlukan kemudahan urusan apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti ini. Memang saya ingin sangat kongsikan untuk membantu ibu ayah semua.

Yang kami gunakan , Kad Perubatan MediPlan hanya dengan *RM130 sebulan untuk anak kita dengan berbagai faedah ditawarkan.



  1. Paling minimum coverage seumur hidup untuk kemasukan hospital dan penjagaan pembedahan ialah RM800 K. Paling tinggi ialah RM 3.5 Juta
  2. Untuk kemalangan sebegini, tiada 'waiting period'.
  3. Tiada had tahunan
  4. Tiada Ko-takaful
  5. Peningkatan Harga Bilik dan boleh bayar beza bayaran sahaja
  6. Downgrade bilik, boleh dapat tunai
  7. Kad layak sehingga umur 100 tahun tanpa peningkatan bayaran
  8. 'Guarantedd Renewal"
  9. Pelaburan Takaful
  10. Elaun Harian diberi 


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya : 019-3313667


*Harga mengikut umur







Sunday 16 August 2015

Secubit Rasa Semanis Indahnya Persahabatan

Perkenalan kami sudah lama. Bermula dengan mula mengenali satu sama lain sewaktu berkumpul di surau jika ada keramaian atau majlis ilmu.  Penampilan kami juga sangat sangat berbeza. Maklumlah, kombinasi yang dah berusia, pertengahan dan yang muda. Ada yang bertudung litup, yang biasa-biasa dan ada yang mengikut trend semasa namun tetap patuh syariah.  Pastinya tak bermakna kami tak boleh bersama. Setiap Rabu dan Khamis kami akan berkumpul, singgah di teratak ibu2 prihatin dan rajin ini, melepak sambil berusrah, mengaji, membaca kitab dan tentunya diakhiri dengan makan-makan juadah potluck atau hidangan tuan rumah. 

Zah, Mas, Tika, Haja, Wan, Su dan tentu sekali ustazah Nurul yang menjadi tulang belakang kumpulan ilmu kami, korang memang bessttt!! . Perbincangan tak mengambil masa yang lama pun, hanya sekitar 2 jam. Selepas balik usrah, masing-masing akan pulang menjalankan tanggungjawab rumah tangga masing-masing seperti biasa. Masak, mengambil anak sekolah, menjemur kain basuhan dan banyak lagi lah... macam biasa, tugas kami. Bulan raya kali ini sememangnya agak meriah. Suasana raya dan juadah raya amat sinonim dengan setiap pertemuan dibulan syawal yang mulia. Usrah kami yang baru berusia tidak sampai setahun ini diteruskan selepas seminggu raya.

Minggu terakhir syawal ada menu special dari Ika. Saya pun tak pernah merasa. Hmmm.... terimakasih ika kerana memperkenalkan pada akak and kengkawan lain menu baru yang tak pernah kami cuba. 



Menu pertama Ulam Pucuk Daun Kadok



Rupa daun kadok ni hampir sama dengan daun sirih. 



Daun Kadok dengan inti pelbagai dimakan begitu saja. Mulanya agak pelik juga, maklumla kita ni bukanla penggemar tegar ulam-ulaman. Tapi tak pernah menolak ulam kalau dah terhidang...

Inti untuk ulam :

Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Kacang Tanah disangrai
Isi kelapa disangrai
Limau nipis

Sos special



Kena makan dengan tenang dan sabar.

Terjumpa link resepi yang begitu detail tentang ulam kaduk dari Bro Mat Gebu
Kat Sini


Menu Kedua Nasi Kerabu Siam




Ramuannya :

Udang Kering Dikisar
Bawang Besar
Daun Kaduk 
Serai
Daun Kaduk Goreng
Keropok goreng
Sos kicap
Sos masam manis
Nasi Kerabu daun pandan






Daun Kadok Goreng

Memang agak berbeza dengan Nasi Kerabu yang sering dimakan terutama sekali dari segi pada ulam-ulaman dan juga kuahnya. 

Oklah. Kita sambung lagi usrah dan ngaji kita selepas raya. Terimakasih kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah ini. Terimakasih ustazah kerana berkongsi ilmu walaupun sesi kita tak terlalu lama. Antara fitrah hati manusia, dahagakan ilmu, mahukan kebaikan dan keselesaan. Semuga ianya berpanjangan. Cuma kadang-kadang faktor kesibukan sentiasa ada untuk kita sering bersama. 

Tuesday 11 August 2015

Hebatnya Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Rahman Kg Bukit Badong

Awal raya tempoh hari, kami menghadiri pertemuan pertama dengan keluarga ayah kepada arwah nenek saya ( yang saya pun tak pernah jumpa), secara beramai-ramai yang di adakan di kampung kelahiran saya sendiri, Kg Bukit Badong yang permai. Jumlah yang dianggarkan lebih 700 orang semuanya, dihadiri oleh semua anak, cucu, cicit yang mana berkelapangan. Wow! Memang tak sangka, walaupun ramai yang saya kenali, namun masih ramai juga cabang saudara mara yang kami tak pernah jumpa. Memang agak meriah, penuh dengan keterujaan dan saling berkenalan mana yang mengenali dari jauh. Memang tak dapat kami lupakan.

Hajatnya supaya selepas ini, mungkin ada pertemuan yang lain dengan semua yang ada dan juga susur galur keluarga ini yang masih belum kami temui lagi. Maklumlah, waris terdekat iaitu anak-anak Haji Abdul Rahman sendiri, dah berusia belaka. Yang menariknya, segala berbelanjaan untuk acara dan juadah dikongsi bersama oleh semua ahli keluarga. Maka berbondonglah makanan dan juadah raya yang disediakan menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Dan yang paling specialnya, majoriti juadah adalah buatan asli orang jawa. Hahaha....


Ini sebahagian ahli keluarga saya, generasi ke 2, ke 3 dan ke 4. Makcik dan Pakcik, sepupu dan anak-anak saudara. 


Sebahagian dari keluarga embah-embah yang ada. Kami yang generasi ke 3 nih memang tak kenal ramai terutama yang bujang-bujang dan kecik-kecik tu.


Mak yang saya fokus ditengah-tengah bertudung biru. 


Semua orang berwajah ceria. 

Pengisian perjumpaan diisikan dengan  perkenalan ringkas keluarga susur galur mengikut anak-anak arwah Haji Abdul Rahman yang seramai 13 orang. Patutlah ramai sangat yang datang. Pemberian duit raya untuk anak-anak, jamuan yang tak putus-putus, cabutan bertuah untuk keluarga bertuah dan sessi mengambil gambar untuk kenang-kenangan adalah antara lain aktiviti bersama yang dijalankan. Seronok dapat hadir walaupun sekejap cuma. Muga ada lagi rezeki kami untuk membuat pertemuan sebegini. 





Friday 24 July 2015

Panduan Makanan Sihat Selepas Raya



Tekan di sini Jika >> Nak Berhenti Merokok

Aidilfitri  sudah menjengah beberapa hari. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta kurangnya aktiviti fizikal yang dibuat, gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menambahkan berat badan dalam lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik ataupun makanan sukar hadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Makanan sihat berikut boleh mengembalikan rasa selesa dan sihat selepas raya. Yang penting kita kekalkan pemakanan ini untuk banyak kebaikan kepada kita. Ianya membantu menghindar sakit serius seperti kencing manis , kanser, dan penyakit jantung, mengukuhkan sistem imun anda, melindungi dan melicinkan kulit anda; dan membantu anda menurunkan berat badan atau kekal langsing. Pastikan MAKANAN INI  sentiasa berada dalam senarai checklist barangan dapur kita ye...


  1. Bayam - Mencegah kanser, nutrisi untuk jantung dan meningkatkan memori.
  2. Tomato - Mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan membantu masalah tidur
  3. Brokoli -  Mengawal berat badan, mencegah sakit jantung, mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan mata.
  4. Kiwi - Membantu pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan meningkatkan sistem imun tubuh.
  5. Blueberries - Mengandungi antioksidan, membantu menghalang bakteria atau jangkitan salur kencing dan rendah kalori
  6. Apple -  Mencegah kanser, menurunkan koleterol dan  mengubati asma
  7. Guava - Melancarkan pencernaan, mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas, dan mineral penting yang bermanfaat untuk sistem metabolisma tubuh.
  8. Salmon -  Menjaga kesihatan jantung, meningkatkan fungsi pembuluh darah dan membaiki gangguan inflamasi 
  9. Jus delima - Membaik pulih fungsi hati dan limpa, mencuci buah pinggang dan salur kencing dan membantu penghadaman
  10. Oat - Mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes, mengurangkan kolesterol, dan mengurangkan risiko arteri salur darah serangan jantung
  11. Pisang  Mengandungi kandungan vitamin yang tinggi, sumber tenaga dan menurunkan berat badan
  12. Tiram - Meningkatkan kesuburan wanita, meningkatkan sistem imun dan membantu tulang yang kuat
  13. Cendawan Membantu fungsi sistem sarah, mengekalkan kesihatan sel darah merah dan melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang membawa kanser dan sakit jantung
  14. Jus lemon - Mengandungi mineral yang sangat baik, membantu pencernaan dan mengubati arthritis
  15. Buah Oren  Membantu mencegah kanser, sakit buah pinggang dan mengurangkan risiko kanser hati serta merendahkan kolesterol
  16. Kentang Menurunkan berat badan, melindungi penyakit kardiovaskular dan meningkatkan sistem imun pada tubuh
  17. Labu manis - Mengawal kenaikan tahap gula dalam darah dan membaiki fungsi pankreas dimana insulan dihasilkan
  18. Kobis brussel  Membantu penurunan berat badan, antioksidan dan melindungi dari kanser 
  19. Ikan sardin - Menjaga kesihatan tulang, menjaga kesihatan jantung dan mengandungi protein tinggi untuk pertumbuhan 
  20. Teh Melarutkan lemak, melancarkan pencernaan dan membantu menurunkan berat badan
  21. Kopi - Membakar lemak, meningkatkan tenaga mencergaskan produktiviti dan menurunkan risiko diabetes
  22. Raspberry Mencantikkan kulit, membakar lemak dan menstabilkan gula darah
  23. Beras Perang - Mengurangkan risiko kanser kolon, mencegah sakit jantung dan merendahkan kolesterol
  24. Coklat Mencegah sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan anti depression
  25. Buah pear Ia adalah anti radikal bebas, mencegah penyakit jantung, mencegah kanser dan menjaga kadar gula
  26. Capsicum merahMeningkatkan selera makan, agen penyembuhan, antioksidan dan mencegah influenza 
  27. Keledek Mengandungi serat tinggi untuk pencernaan,  menurunkan tekanan darah dan mencegah kanser
  28. Minyak Zaitun Merawat wajah, mencantikkan kulit dan merawat kerosakkan rambut
  29. Soya Kaya dengan vitamin, pengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung 
  30. Kekacang Melancarkan perjalanan darah ke jantung, menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu, dan menyeimbangkan sistem hormon tubuh 
  31. Daging tanpa lemakSumber tenaga dan sumber protein. Juga untuk kecerdasan otak dan anti karsinogen
  32. Yogurt Sarat dengan vitamin, mencegah hipertensi dan menyihatkan gigi dan tulang


Thursday 9 July 2015

Bagaimana Cara Mengambil Hati Ibu Mertua


Hari ini tergerak hati untuk nak menceritakan tentang arwah ibu mertua yang sentiasa dalam ingatan.  Semuanya gara-gara saya and hubby dok berbual pasal dia terutama sekali di musim bulan puasa ini. Seperti biasa, macam-macam yang 'diceritakan semula' oleh hubby dek kerana teringat pada mak tersayang. Saya ingat dan tahu semua cerita yang disampaikan kerana ianya dah berkali-kali terdengar di telinga saya. Namun sebagai wifey yang sangat prihatin, tak ada salahnya, malah itulah penyedap rasa perbualan kami bila-bila masa terluang kami bersembang. Rasa rindu dan hiba berselang dalam fikiran bila teringatkan mak mertua saya yang dah seperti ibu sendiri. Perkenalan saya dengan ibu mertua adalah dalam lebih kurang 20 tahun yang lalu sewaktu kami bertunang. Kata hubby, sebaik saja dia menyatakan hasratnya tentang saya, MIL tak cakap banyak, tanya beberapa persoalan, dan kemudian OK. Wow, saya pun rasanya tak macam tu nanti. Dia memang sporting dan tidak pernah menyusahkan anak-anak. Soal jodoh diserahkan kepada anak. Tak perlu pening2, kerana kami yang akan memulakan layaran bahtera, biarlah anaknya yang memilih yang terbaik.

Saturday 4 July 2015

Kejayaan Pengeluar Ayam Organik dan Keistimewaannya - Kedai Az-Zain


Topik tentang ayam organik sudah lama diperkatakan sejak dari dulu. Memang menarik. Asalnya dulu saya dan famili sering membeli koleksi ayam di kedai HPA di sebuah kedai di Taman Kinrara Puchong. Setelah kedai ditutup, kami mencari alternatif lain disebuah kedai istimewa di Shah Alam. Saya sangat bangga dengan kewujudan kedai sebegini kerana ia memberi ruang untuk umat Islam lebih peka dan sedar tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halalan tayyiba dan diyakini.  Pengurusan Az-Zain salah sebuah syarikat bumiputera yang bertanggungjawab untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim di Malaysia.

Perbezaan sewaktu menyediakan masakan ayam di dapur memang amat ketara. Ayam tidak berbau kuat, dan tidak terlalu lembik. Oleh kerana telah dilakukan proses pembersihan, maka kita tidak perlu mencuci dengan air yang banyak dan berulang kali. Tiada bau yang kurang menyenangkan yang tertinggal selepas membersihkan ayam sebelum kita meletakkan rempah ratus. Ianya memang sangat digemari oleh keluarga saya.


Setelah beberapa tahun beroperasi, Az-Zain mengembangkan sayap dengan tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna. Az-Zain sentiasa berusaha memastikan dan mengumpulkan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.

Thursday 25 June 2015

Motivasi Amin Idris Memang Best


Pagi itu bersama Amin Idris di Takaful Ikhlas. Memang tak pernah jumpa atau mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh beliau. First time dengar memang rasa bermakna sangat program syarikat kali ini. Untuk saya, agak susah nak mengiktiraf pakar tertentu betul-betul hebat, terutama sekali dalam bidang yang hendak diperkatakan, mahupun kaedah menarik perhatian peserta program. Namun untuk kali ini saya puji Amin Idris. Bukan saja topik simple dijadikan sesuatu yang menarik, malah saya tengok semua peserta tak sempat nak mengalih perhatian dari apa yang diperkatakannya.

Pagi itu, tajuk Motivasi kita ialah Goal Setting. Simple kan. Namun beberapa perkara, menjadi penting, bukan saja kerana tajuk, malah kerana penyampaian pakarnya yang memperhalusi topik yang ringkas ini. Apa yang telah saya pelajari, saya ringkaskan saja :


  • Orang yang berjaya, sentiasa yakin dan mencari jalan yang betul.
  • Jadi proaktif, tetapkan matlamat yang sangat jelas dan tempoh yang ingin dicapai, maka dengan itu, tindakan juga akan jelas dan nyata
  • 90% hidup kita dikawal oleh lingkaran dalam kawalan kita sendiri, maka jangan fikir atau fokus kepada perkara yang diluar kawalan
  • Matlamat yang besar memerlukan usaha yang besar, begitu juga matlamat yang kecil , usahanya perlu kecil saja. 
  • MATLAMAT perlu BESAR ! Sentiasa sebut dan beritahu orang matlamat kita yang besar itu.. Kalau orang kata GILA.. So what ??? Kau ada???
  • Sentiasa buat apa yang kita minat dan suka. Rancang di mana kita 20 tahun dari sekarang, dan jangan sesekali berputus asa.
  • Mesti fikir Saya TAHU apa yang saya MAHU
  • Mesti fikir Saya MAHU apa yang saya TAHU
  • Sentiasa belajar dari kegagalan, jangan biar seperti angin yang berlalu
  • Jika GAGAL , Terima dulu, dengan redha , Analisa Pengalaman , Cari Apa Punca Kegagalan, Buat Pernilaian, dan Rancang untuk Langkah Seterusnya
  • Jangan Putus Asa (Never Say Never)
  • Berubah Waktu Sekarang (Now Is The Time )
  • Hidup ini adalah pilihan, (You are what you think)
  • Nilai diri, berapa banyak penyelesaian kita sepanjang hidup , yang kita fokus pada kelemahan semata-mata, sedangkan kita ada banyak kelebihan yang terpendam dalam diri.
  • Andai ada lebih banyak nilai negatif berbanding  positif dalam diri kita, itu semua tidak penting kerana apa yang penting ialah yang mana kita paling FOKUS. Jadi fokus pada kelebihan walaupun tidak banyak
  • Practice make perfect
  • Bekerja dengan niat untuk memberi , kerana memberi itu adalah syarat untuk menerima.
  • Berilah MASA, RASA DAN JASA.




Nampak simple dengan contoh yang bersahaja, namun besar dan bermakna buat kami para wakil takaful yang sentiasa tak henti bergerak. Hendaknya ilmu ini akan terus digunakan selagi daya untuk memperjuangkan kebaikan kepada umat sejagat. 


Thursday 18 June 2015

Semuga Ramadhan Ini adalah yang paling hebat



Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lalu, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dapat lagi bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Rasa syahdu, syukur, terharu dan tenang memikirkan masih lagi dikelilingi dengan nikmat yang tidak terhingga iaitu anak-anak, keluarga dan kehidupan yang serba sederhana.

Bangun pagi ini memikirkan perjalanan di bulan ramadhan . Terbaca pula tentang beberapa keistimewaan dan keindahan tentang ramadhan yang menarik hati saya : -

1. Sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini dengan tubuh, hati dan jiwa yang sihat agar mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan dengan sebaik mungkin. Dengan keadaan yang sihat, kita mampu menjalankan amal ibadah secara maksima sepanjang ramadhan ini. Ini termasuk puasa , zikir, solat dan tilawah yang mungkin tidak sempat kita lakukan secara optimum sepanjang waktu lain.

Apatah lagi dengan keluarga yang sentiasa memerlukan the queen of the house untuk menguruskan rumahtangga apatah lagi sepanjang ramadhan.

2. Banyak bersyukur dan memuji Allah kerana telah diberi kenikmatan bulan penuh kebaikan dan dipenuhi rahmat.

3. Bergembiralah dengan kehadiran Ramadhan yang pernuh berkat dan rahmat ini. Di dalamnya Allah membuka pintu2 syurga dan menutup pintu2 neraka.

4. Rancang Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat sebanyak mungkin .

5. Bertekad mengisi waktu-waktu ramadhan dengan ketaatan. Mudah-mudahan kita diberi kemudahan untuk lebih bersedekah dan melakukan lebih banyak kebaiakan.

6. Sambut ramadhan dengan tekad dan azam untuk membuka lembaran baru yang bersih. Ramadhan adalah bulan taubat.


Monday 8 June 2015

Rahsia Kurus Wanita Jepun Yang Sangat Mudah




Setiap kali anda berfikir tentang perempuan dari Jepun, imej yang muncul dalam fikiran anda adalah seorang wanita kecil molek, bukan?

Ini bukan kebetulan kerana wanita dari Jepun dengan masalah berat badan adalah sangat jarang berlaku. Teringat kata-kata seorang teman yang pernah ke Jepun. Susah untuk melihat orang yang obes atau gemuk disepanjang perjalanan di Jepun.

Dalam beberapa dekad yang lalu, apabila mendengar dan membaca tentang budaya Jepun, dapat dibuat kesimpulan bahawa Jepun mempunyai jenis diet yang berbeza. Yang ketara, mereka juga mempunyai gaya hidup dan rutin harian yang berbeza daripada sebahagian besar manusia tamadun Barat dan yang lain di mana secara global, orang sentiasa berhadapan dengan masalah berat badan.

Monday 25 May 2015

Awas Produk Kolagen Tidak Berkesan Boleh Beri Masalah Kesihatan



JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.


Saturday 23 May 2015

Baju Muslimah Cantik dan Bermutu di Sweet Muslimah


Sweet Muslimah ditubuhkan untuk membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini. Produk-produk yang disediakan adalah yang berkualiti dan selesa dipakai utk sebarang aktiviti. Ianya juga lebih memfokuskan konsep santai,selesa,cantik dan tidak cantik yg meletop2. Semua produk pakaian yg sediakan adalah menepati piawaian kualiti yang telah tetapkan.Hanya produk terbaik dipasaran akan dikongsikan kepada muslimah di Malaysia. Sweet Muslimah  menyediakan Baju/ Tshirt/ Busana/ Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysiadan mengalakkan berbelanja secara online yang sememangnya nyata menjimatkan.

Boleh lihat di sini untuk tawaran terkini yang hebat.




Produk Sweet Muslimah adalah asli diimpot terus dari kilang. Di antara jenama Sweet Muslimah yang sedang mendapat tempat di hati peminat setia busana muslimah sekarang ialah  jenama Mutif, Ukhti, Qirani, Kurung dan Zenitha. Jannaty pula untuk para bakal ibu memakai koleksi yang selesa.

Matlamat Sweet Muslimah adalah untuk menyediakan baju muslimah yg berkualiti dan terbaik untuk muslimah di Malaysia. Terlalu banyak baju-baju dipasaran yang dijual tidak menepati ciri-ciri sebagai seorang muslimah. Terdapat juga banyak produk-produk dipasaran tidak menepati ciri-ciri kualiti yang sedap dipakai.  Yang pastinya menjamin kepuasan semua pelanggan.

Di samping itu, fokus utama Sweet Muslimah adalah memudahkan segala urusan mendapatkan produk-produk ini tanpa perlu meluangkan banyak masa mengkaji dan mencari segala produk baju muslimah yang ada dipasaran. Kerana di Sweet Muslimah, urusan jual beli hampir 100% automatik,selamat dan cekap. 

Ingat baju muslimah, ingat Sweet Muslimah kerana ianya menyediakan yang terbaik. 

Jom lihat koleksi hebat!!

Koleksi Jubah




Thursday 21 May 2015

Hotel Paling Besar Di Dunia Bakal Dibina Di Makkah



Hotel paling besar di dunia akan dibina di Tanah Suci Makkah dalam tempoh dua tahun yang akan datang. 

Wow! Selepas semua pengkomersilan melampau yang berlaku, berhampiran Masjidil Haram dan juga Menara Jam gergasi rasanya nanti dah tak dapat nak melihat keunggulan tempat ini sebagaimana yang pernah dilihat oleh parents dan orang2 tua kita apabila mereka pergi ke Mekah suatu ketika dulu. Apakah maknanya untuk kita yang baru nak pergi menjadi tetamu ini. Saya menjangkakan, bukanlah pemergian nanti, suatu ibadah yang sama dengan destinasi percutian lain. Dengan keselesaan hotel 5 bintang atau nyamannya suasana sekeliling. Semuga aku dapat cepat ke sana Ya Allah. 


Hotel yang dijangka paling terbesar di dunia itu akan dibina dengan 10,000 buah bilik, 70 buah restoran, pusat beli-belah dan juga dilengkapi helipad.

Ianya akan dibina di bandar suci Makkah. Projek yang bernilai $3.5 bilion (RM13 bilion) itu dijangka akan siap dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Hotel yang akan dinamakan sebagai Abraj Kudai itu, dibina di kawasan seluas 291,000 meter persegi dan ianya juga mempunyai suite diraja, surau dan pusat konvensyen.

Kesemuanya terletak di 12 menara secara berasingan. Tumpuan yang menjadi paling utama di hotel itu ialah kubahnya yang dijangka paling besar dan tertinggi di dunia.

Hotel Paling Besar Di Dunia Itu Mampu Untuk Menampung Jutaan Jemaah


Disebabkan tapak hotel ini hanya terletak 1.6 kilometer daripada Masjidil Haram, ianya mampu untuk menempatkan jutaan jemaah-jemaah haji.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap di hotel tersebut, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh oleh kerana sasaran hotel itu ialah golongan yang mampu tinggal di hotel 4 bintang di 10 menara dan 5 bintang di dua lagi menara.

Dari segi pembinaan hotel Abraj Kudai itu, ianya kelihatan seakan-akan bangunan era 1930-an. Areen Hospitality yang berpusat di London diberi kepercayaan untuk membina bahagian dalamannya.





Saturday 9 May 2015

Apakah 20 senarai barang yang penting perlu dibawa semasa travel?

Travel ke tempat tertentu yang agak jauh dari rumah, membuatkan saya rasa tidak selesa. Al maklum, sebolehnya dalam usia motherly ni..., mahu seselesa mungkin apabila kemana-nama. Tak kira, untuk bercuti di pantai, di pulau, atau balik ke kampung yang memakan masa beberapa hari. Biasanya barang-barang persediaan untuk sendiri dan anak-anak yang pastinya tentulah difikirkan oleh para ibu. Ayah cuma fikirkan barangan sendiri. Its ok. Memang susah nak percaya pun kalau mereka yang siapkan. Perkara remeh temeh ni kan memang urusan naluri queen of the family.



Antara barang-barang yang penting bagi saya apabila travel bersama famili:


  1. Pakaian lengkap atleast 3 pasang
  2. Towel
  3. Kain Batik
  4. Baju tidur 
  5. Toiletries
  6. Set penjagaan wajah
  7. Lip gloss
  8. Lotion pelembap
  9. Bedak / sikat
  10. Sabun basuh
  11. Tudung
  12. Adik-adik (lingeries)
  13. Pinggan/cawan/sudu 
  14. Plastik sampah
  15. Baju mandi
  16. Telekung /sejadah
  17. Tisu basah
  18. Tshirt untuk santai
  19. Selimut (untuk famili )
  20. 3 in 1 coffee
  21. Charger phone / extension
  22. Ayat Mathurat / manzil (amalan harian)
  23. Senarai lokasi NGV di lokasi destinasi
  24. Senarai lokasi makan
  25. Kerja sekolah masa cuti
  26. Sunglasses /cap
  27. Powerbank
  28. Camera Digital 




Wednesday 29 April 2015

Mencuri masa lapang untuk orang yang sibuk sangat

Seperti biasa memang banyak perkara yang perlu dilakukan . Untuk seorang yang bekerja tentulah masa office hour hanya tugasan pejabat sahaja yang boleh selesaikan. Bagaimana pula dengan suri rumah. Di akui sebenarnya lebih banyak masa yang diperlukan kerana mereka bukan saja membuat kerja rumah semata-mata. Banyak sangat agenda rumahtangga disiang hari yang perlu dilangsaikan.

Saya perlu handle masa dengan cara yang terbaik. Dalam satu hari, saya perlu rencanakan cara jual medical card takaful, jumpa client jika perlu, plan untuk masak,  hantar anak ke sekolah, kemas rumah, pergi usrah , main masak-masak dan update blog yang baru saja berusia sebulan dua ni.

Semalam pula ada extra aktiviti lagi, saya perlu buat medical checkup biasa saya di PPUM Petaling Jaya. Walaupun datang seawal pagi, namun biasalah, siapa yang dah biasa ke sana pasti akan memahami situasi awal pagi di hospital kerajaan.

Bagi saya, seronok juga. Tak perlu fikir-fikir tugasan di rumah untuk pagi ini. Dalam 2 jam menunggu, dapat membaca macam-macam maklumat di internet. Banyak benda yang baru nak tahu..Hmm.

Situasi menunggu doktor, kerana datang awal sangat. 





Ini pula, lanskap di luar bilik menunggu. Ada fountain dan restoren.  Boleh cuci mata dan relax kat situ. 




Tips untuk pelawat yang dah ada appointment di PPUM.


  • kalau appointment minta kita datang, sebelah pagi, tak kira pukul 7.30 atau 11.00 kita boleh datang pagi sangat seawal 7.00am untuk ambil nombor. Kalau appoint untuk ambil darah, orang dah menunggu seawal 6.30 pagi. So masa tengah-tengah tu memang agak crowded. Tapi kalau di wad sakit puan misalnya, appointment pukul 11 bermakna, doktor mungkin baru nak datang pukul 10 ke atas. Biasanya mereka ni perlu buat pemeriksaan client di wad masing-masing. 
  • Saya suka datang awal sebab parking masih banyak. Kalau tunggu sehingga pukul 10, bolehla berlama sikit melawat tempat parking tu.
  • Untuk orang yang sakit, perlu bersedia, jiwa dan raga untuk beratur, menunggu, sesak, mencari parking sekiranya baru nak buat pemeriksaan atau appointment. Kalau tak, boleh tention!
  • Untuk perempuan, jangan teragak-agak untuk minta doktor wanita waktu pendaftaran. Kalau tak kisah tak mengapa la.
  • Jangan bawa anak2 atau baby kalau kita yang sakit.  Gangguan untuk orang lain. 
  • Kalau dah dapat no. panggilan untuk jumpa doktor, agak-agak. Rasanya sempat kalau pergi breakfast dulu. Banyak tempat makan kat situ.



Friday 24 April 2015

Nasi Arab Sedap di Seksyen 9


Seperti biasa kami jalan-jalan di Shah Alam sebelum menghantar Adham ke asrama. Perut tengah lapar, memang sesuai kalau kami singgah di restoren favourite sejak beberapa bulan lalu ni. Kata hubby ini restoren Nasi Arab kedua yang sedap selepas Restoren Saba' di Cyberjaya. Saya setuju. 




Namanya Restoren ZAM ZAM. Mula-mula tang nasinya, memang secukup rasa. Ada pedas-pedas sikit sesuai la untuk orang yang  nak kelainan nasi Arab. Sesiapa yang tak suka nasi yang terlalu berempah, ini paling sesuai untuk santapan kengkawan semua. Lagipun ada pelbagai sikit bahan-bahan dalam tu. Harga tidak terlalu mahal. Gambar menu dah berlambak ada di blog lain. Jadi saya letak saja lah pilihan kami. 


Pilihan kami semuanya Lamb. Sebabnya, hidangan Chicken agak kurang mengancam (Dah try). So kami pilih Lamb Khabsa dan Lamb Mandy. Sekali rasa memang tak banyak beza dari segi rasa. Menu Arab lain memang banyak. 


Yang bawah ni hidangan untuk saya, oooh please memang tak habis. Full sangat nanti.


Begitu berselera Adham mengadap nasi Arab.