Thursday 25 June 2015

Motivasi Amin Idris Memang Best


Pagi itu bersama Amin Idris di Takaful Ikhlas. Memang tak pernah jumpa atau mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh beliau. First time dengar memang rasa bermakna sangat program syarikat kali ini. Untuk saya, agak susah nak mengiktiraf pakar tertentu betul-betul hebat, terutama sekali dalam bidang yang hendak diperkatakan, mahupun kaedah menarik perhatian peserta program. Namun untuk kali ini saya puji Amin Idris. Bukan saja topik simple dijadikan sesuatu yang menarik, malah saya tengok semua peserta tak sempat nak mengalih perhatian dari apa yang diperkatakannya.

Pagi itu, tajuk Motivasi kita ialah Goal Setting. Simple kan. Namun beberapa perkara, menjadi penting, bukan saja kerana tajuk, malah kerana penyampaian pakarnya yang memperhalusi topik yang ringkas ini. Apa yang telah saya pelajari, saya ringkaskan saja :


  • Orang yang berjaya, sentiasa yakin dan mencari jalan yang betul.
  • Jadi proaktif, tetapkan matlamat yang sangat jelas dan tempoh yang ingin dicapai, maka dengan itu, tindakan juga akan jelas dan nyata
  • 90% hidup kita dikawal oleh lingkaran dalam kawalan kita sendiri, maka jangan fikir atau fokus kepada perkara yang diluar kawalan
  • Matlamat yang besar memerlukan usaha yang besar, begitu juga matlamat yang kecil , usahanya perlu kecil saja. 
  • MATLAMAT perlu BESAR ! Sentiasa sebut dan beritahu orang matlamat kita yang besar itu.. Kalau orang kata GILA.. So what ??? Kau ada???
  • Sentiasa buat apa yang kita minat dan suka. Rancang di mana kita 20 tahun dari sekarang, dan jangan sesekali berputus asa.
  • Mesti fikir Saya TAHU apa yang saya MAHU
  • Mesti fikir Saya MAHU apa yang saya TAHU
  • Sentiasa belajar dari kegagalan, jangan biar seperti angin yang berlalu
  • Jika GAGAL , Terima dulu, dengan redha , Analisa Pengalaman , Cari Apa Punca Kegagalan, Buat Pernilaian, dan Rancang untuk Langkah Seterusnya
  • Jangan Putus Asa (Never Say Never)
  • Berubah Waktu Sekarang (Now Is The Time )
  • Hidup ini adalah pilihan, (You are what you think)
  • Nilai diri, berapa banyak penyelesaian kita sepanjang hidup , yang kita fokus pada kelemahan semata-mata, sedangkan kita ada banyak kelebihan yang terpendam dalam diri.
  • Andai ada lebih banyak nilai negatif berbanding  positif dalam diri kita, itu semua tidak penting kerana apa yang penting ialah yang mana kita paling FOKUS. Jadi fokus pada kelebihan walaupun tidak banyak
  • Practice make perfect
  • Bekerja dengan niat untuk memberi , kerana memberi itu adalah syarat untuk menerima.
  • Berilah MASA, RASA DAN JASA.




Nampak simple dengan contoh yang bersahaja, namun besar dan bermakna buat kami para wakil takaful yang sentiasa tak henti bergerak. Hendaknya ilmu ini akan terus digunakan selagi daya untuk memperjuangkan kebaikan kepada umat sejagat. 


Thursday 18 June 2015

Semuga Ramadhan Ini adalah yang paling hebat



Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lalu, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dapat lagi bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Rasa syahdu, syukur, terharu dan tenang memikirkan masih lagi dikelilingi dengan nikmat yang tidak terhingga iaitu anak-anak, keluarga dan kehidupan yang serba sederhana.

Bangun pagi ini memikirkan perjalanan di bulan ramadhan . Terbaca pula tentang beberapa keistimewaan dan keindahan tentang ramadhan yang menarik hati saya : -

1. Sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini dengan tubuh, hati dan jiwa yang sihat agar mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan dengan sebaik mungkin. Dengan keadaan yang sihat, kita mampu menjalankan amal ibadah secara maksima sepanjang ramadhan ini. Ini termasuk puasa , zikir, solat dan tilawah yang mungkin tidak sempat kita lakukan secara optimum sepanjang waktu lain.

Apatah lagi dengan keluarga yang sentiasa memerlukan the queen of the house untuk menguruskan rumahtangga apatah lagi sepanjang ramadhan.

2. Banyak bersyukur dan memuji Allah kerana telah diberi kenikmatan bulan penuh kebaikan dan dipenuhi rahmat.

3. Bergembiralah dengan kehadiran Ramadhan yang pernuh berkat dan rahmat ini. Di dalamnya Allah membuka pintu2 syurga dan menutup pintu2 neraka.

4. Rancang Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat sebanyak mungkin .

5. Bertekad mengisi waktu-waktu ramadhan dengan ketaatan. Mudah-mudahan kita diberi kemudahan untuk lebih bersedekah dan melakukan lebih banyak kebaiakan.

6. Sambut ramadhan dengan tekad dan azam untuk membuka lembaran baru yang bersih. Ramadhan adalah bulan taubat.


Monday 8 June 2015

Rahsia Kurus Wanita Jepun Yang Sangat Mudah




Setiap kali anda berfikir tentang perempuan dari Jepun, imej yang muncul dalam fikiran anda adalah seorang wanita kecil molek, bukan?

Ini bukan kebetulan kerana wanita dari Jepun dengan masalah berat badan adalah sangat jarang berlaku. Teringat kata-kata seorang teman yang pernah ke Jepun. Susah untuk melihat orang yang obes atau gemuk disepanjang perjalanan di Jepun.

Dalam beberapa dekad yang lalu, apabila mendengar dan membaca tentang budaya Jepun, dapat dibuat kesimpulan bahawa Jepun mempunyai jenis diet yang berbeza. Yang ketara, mereka juga mempunyai gaya hidup dan rutin harian yang berbeza daripada sebahagian besar manusia tamadun Barat dan yang lain di mana secara global, orang sentiasa berhadapan dengan masalah berat badan.