Thursday 3 December 2015

Kem Tahfiz Cuti Sekolah Surau Vista Lavender

Memang cuti sekolah yang panjang boleh peningkan mak ayah. Sebabnya tak tahu nak di letakkan anak tu kat mana, apa yang bermanfaat yang boleh dibuat dan untuk anak yang dah besar pun, masih terkedu tak tahu nak buat apa. Itu yang tidur sampai lepas tengahari baru bangun.

Ustaz Fadli melakukan praktikal solat





Di Surau Assiddiq Vista Lavender, Taman Kinrara Puchong, kem Tahfiz Cuti Sekolah sedang berlangsung dari 29 November hingga 12 Disember 2015 sempena cuti sekolah. 

Memang nampak bersemangat kanak-kanak ni apabila mula didedahkan dengan modul-modul yang berkaitan. Maklumlah banyak-banyak perkara baru yang mereka pelajar. 

Sistem Pengajian yang diberi adalah berasaskan

1. Pengajian Berkonsepkan 'Home Study Group' dengan 1 guru - 10 pelajar
2. Kaedah Hafazan yang sistematik - menggunakan kaedah modul khas
3. Penekanan kepada Kualiti bacaan, bukan hanya kuantiti hafazan
4. Kursus Pemantapan Tajwid
5. Latihan sebagai imam - untuk melatih keyakinan tahap hafazan yang dipelajari.
6. Modul pengukuhan ibadah (Fardhu Ain)

Terimakasih kepada Ustaz Fadli dan keluarga yang berkaitan yang telah merealisasikan program seumpama ini, yang mana sangat-sangat bermanfaat dan membantu ibubapa yang ketandusan idea untuk membentuk ilmu anak mereka sempena cuti sekolah.

Semuga ada lagi program yang bermanfaat sebegini untuk tahun-tahun yang mendatang

No comments:

Post a Comment