About Me



Assalamualaikum buat semua. Saya baru nak memulakan rentak di alam maya ni. Dilahirkan di Selangor, seorang isteri, ibu dan peniaga online.  Kadang-kadang suka berfantasi kerana dunia nyata ini rasanya hambar tanpa benda-benda pelik macam dalam movie. Selepas habis belajar, bekerja, berkahwin dan anak-anak dewasa, tibalah masa untuk berehat. Segalanya perlu sederhana. Yang penting ketenangan dan bahagia di dalam diri. Sambil bertugas dan mengurus keluarga, boleh relax, tenang, pergi kelas ilmu, buat apa saja dirasakan menguntungkan, menggembirakan dan masak makanan kegemaran. Semua berlaku di rumah.

Kehidupan ini ada penghujungnya dan matlamatnya pastilah menuju ke alam abadi dengan redhaNya. Semuga blog ini memberi manfaat kepada sesiapa pun yang mahu ianya menjadi bahan panduan atau rujukan. Kerana ianya terlalu singkat, maka isikanlah dengan perkara yang baik baik dan bermatlamatkan akhirat. Semuga hari-hari yang tiba, terus indah untuk kita semua. Sebarang komen dialu-alukan. InsyaAllah.

Huzaimah

Update May 2023

No comments:

Post a Comment