Friday 30 October 2015

Jangan Beri Smartphone atau Tablet kepada Anak Untuk Bermain



Cara paling mudah untuk ibu bapa untuk 'menjinakkan' anak masa kini ialah dengan mengumpannya menggunakan gadget terkini tak kira smart phone mahupun tablet. Setiap kali singgah ke kedai makan, membeli belah atau taman permainan, ada saja pasangan bersama anak kecil mereka yang pastinya berada dalam situasi demikian. Atau mungkin si abang atau kakak sedang merenung ke bawah pada skrin yang bercahaya, tablet ataupun telefon pintar. Si ibu dan ayah sedang makan, sedangkan anak kecil biasanya duduk di kerusi baby sambil memegang tablet. Nampak mudah dan bijak kerana biasanya game yang sedang anak mereka mainkan ialah permainan yang melibatkan minda. Pada asalnya, memang gadget terkini ini mampu memajukan minda kanak-kanak, namun ada sesuatu yang semua ibubapa tahu namun agak sukar untuk menghindarkannya kerana sudah terbiasa dengan perkara sebegini.

Kanak-kanak seawal 2 tahun sudah mampu bermain tablet. Umur 3 dan 4 tahun sudah ketagih untuk bermain dengan smartphone. Umur remaja, dunia mereka tidak boleh dipisahkan dengan smartphone. Itu sudah jadi satu fenomena sekarang. Berikut antara perkara-perkara yang bakal terjadi sekiranya ianya tidak terkawal 

1. Menjejaskan Hubungan Ibubapa/Anak
    
2. Gadget2 inilah yang  menjadi ketagihan pertama dalam hidup mereka - bahan permainan sangat menarik sehingga memang sukar untuk tidak mengindahkannya.

3. Ia menggalakkan anak kecil  mudah mengamuk. Maklumlah asalkan menangis atau merajuk mereka diberikan gadget2 ini. Apa jadi jika mereka tak mudah mendapatnya pada keadaan tertentu.

4. Ia menggalakkan tidur lambat - kalau dah ketagihan dan sering bermain permainan yang mereka sangat suka, tidak mustahil mereka bermain tidak kira ikut masa.

5. Memberi kesan negatif pada kebolehan pembelajaran mereka kerana ianya sangat mengganggu konsentrasi.

6. Kehilangan kemampuan untuk menunjukkan ekspresi diri - waktu kecil adalah sepatutnya mereka sedang belajar asas dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Dengan banyaknya masa yang mereka habiskan dengan gadget ditangan mereka, banyak masa mereka tertinggal untuk belajar tentang hubungan dalam kehidupan kerana tenggelam dalam dunia sendiri. 

7. Menuju ke arah obesiti dengan lebih mudah - kecenderungan bermain gadget mengurangkan pergerakan fizikal dan banyak berkurung di dalam bilik.

9. Menambahkan penyakit social anxiety- Kerana asyiknya mereka dengan gadget hingga mereka meningkat remaja, tidak mustahil mereka menjadi orang yang menjauhi komunikasi dalam bentuk lisan mahupun fizikal. Akhirnya mereka kurang bersedia untuk menghadapi dunia luar, seperti di alam pekerjaan, dan kehidupan berkeluarga.

10. Cenderung untuk banyak membazir masa dari melakukan perkara yang penting dalam kehidupan.

Ada perasaan menakutkan melihat pelapis masa hadapan membesar dengan cara yang agak terganggu dengan kehadiran gadget yang tidak diguna dengan betul. Gadget ini ada kebaikan namun perlu di bawa kehadapan mereka dengan cara yang terbaik. Ibubapa perlu lebih bijak mendampingi dan mengawal anak-anak .

4 comments:

  1. Budak2 sekarang memang ketagih gajet...geram kadang2...tq perkongsian
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu iryanti. selagi ada anak-anak yang belum matang, selagi tulah rasa risau tak keruan.

      Delete
  2. Betul gadget ni mmg bsnyak buruknya HM.... Kat rumah ni pun memasing bila dah ada gadget depan mata, semuanya senyum sendiri melayan gadget...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .... dunia sekarang dah teramat berbeza banding kita kecik2 dulu ... I miss that part.

      Delete