Tuesday 24 November 2015

Strategi Untuk Pastikan Anak Berjaya Mendapat Tempat Di Asrama Penuh Selepas UPSR



Macam sudah  menjadi suatu kebanggaan dan impian kepada ibubapa hari ini kalau anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh. Sudah pasti lah tujuan mereka untuk ke sekolah-sekolah asrama penuh ini agar anak-anak mereka akan mendapat kejayaan yang lebih lagi dengan  belajar di sekolah-sekolah berprestij ini.  Maklumlah sekolah sebegini menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Namun, bila lihat jumlah yang berjaya mendapat 5A, teramatlah ramainya. Persaingan untuk memasuki Tingkatan Satu di sekolah-sekolah berasrama penuh amat sengit berikutan jumlah yang ditawarkan amat terhad tetapi permohonan pula terlalu tinggi.

Jika permohonan gagal, janganlah kecewa kerana sekolah berasrama penuh bukanlah satu-satunya tempat untuk pelajar beroleh pembelajaran terbaik demi mencapai keputusan cemerlang. Semuanya adalah bergantung kepada diri sendiri.

Sekiranya anak sudah cemerlang dengan mendapat 5A atau Mumtaz, perlu pastikan beberapa kriteria tambahan lain yang boleh diambil kira. Antaranya :


  1. Kemahiran Jawi
  2. Kemahiran Al-quran
  3. Kemahiran Sijil Agama seperti UPKK, UPSRA
  4. Kokorikulum melibatkan sukan dan permainan samada mewakili negara, negeri, daerah, sekolah atau rumah
  5. Kelab dan Persatuan dengan jawatan tertinggi
  6. Pasukan Unit Beruniform dengan jawatan tertinggi
  7. Pencapaian Khas atau Istimewa seperti Tokoh Kokurikulum, Murid Mithali, Pengawas Terbaik, Olahragawan/olahragawati, Murid Cemerlang Mata Pelajaran, Anugerah Khas dari agensi kerajaan atau swasta, Tokoh Murid dan lain-lain.
  8. Bakat yang mendapat pengiktirafan seperti  pencapaian dalam bidang muzik, koir, sajak, syair, lakonan, pidato dan lain-lain
  9. Kebolehan Istimewa seperti Pembaca Terbanyak (Anugerah Nilam) , Bercerita, Pembaca Sifir Terbaik atau Pembahas Terbaik
  10. Pencapaian Khas seperti Kuiz Sains , Kuiz Kesihatan, Melukis, Mencipta Laman - Web, Membaca Alquran atau Berzanji.
Nampaknya, begitu banyak tambahan kriteria yang boleh dibuat pilihan. Jadi cuba lihat bakat anak kita baik-baik. Mana tahu, ada yang termasuk dalam senarai dan boleh digilap sehingga peringkat tertinggi. Tapi jangan lupa, keputusan peperiksaan perlu yang terbaik juga.


No comments:

Post a Comment