Tuesday 31 March 2015

Ambil kira pilihan yang ada untuk Diet Atkins



Apabila encik suami kata nak mula Diet Atkins, saya agak terkejut. Ianya bermula bila saya sendiri mahu kuruskan badan. Hmm dah berumur2 ni, perlu jaga kesihatan dan  sekaligus nak dapatkan berat badan ideal. Rupanya rezeki saya juga bila cik abang pun nak kuruskan badan sama. Kami plan diet Atkins sebab nampak lebih mudah berbanding plan diet yang pernah kami cuba. Bukan tak pernah

Sunday 29 March 2015

Lazada Ok Dari Sini




Akhirnya dapat juga barang yang dinanti-nanti dari Lazada Malaysia. Hmm.... rasanya memang puas hati kali ini. Bukan apa, dah lama mencari juicer yang tak berapa canggih sangat jenamanya sebab kalau tengok fungsi , semuanya agak lebih kurang je. Tujuan cuma nak memerah buah-buah / sayur  mana yang berkenan di hati. Yang berjenama pun ok, cuma kalau fungsi, cara dan hasilnya sama, apa salahnya cari yang murah saja kan.  Saya pula bukannya kaki shopping terutama nak keluar masuk kedai-kedai barang elektrik ni... So akhirnya saya order yang ini. Harga dalam RM72 dengan

Monday 23 March 2015

Teknik bagaimana mahu tenang dalam apa juga keadaan


Dalam dunia yang penuh cabaran, barulah kita tahu bahawa keadaan tak seindah zaman kanak-kanak atau remaja. Pelbagai ujian hidup harus ditempuhi dan bukan kita sentiasa akan kekal bahagia dan ceria. Sampai satu tahap kita akan bertemu situasi yang amat amat sukar. Pernah tak dalam membuat suatu keputusan atau pekerjaan, tiba-tiba kita diserang satu percanggahan dan 'stop'. Kita tak tahu nak buat apa. Fikiran mula bercelaru. Tak tenang dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Jom kita lihat. Mungkin boleh membantu:

1. Biarkan saja
Dalam apa saja situasi yang sukar dan tiada daya kita untuk mengawal, maka biarkan saja. Hmm macam mudah sangat kan. Anggap kita tiada reaksi dalam situasi ini. Jangan memilih untuk stress. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Contoh : Setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sesuatu, kita masih gagal di keputusan akhir. Rasa menyesal, rasa bersalah. Biarkan saja untuk sementara waktu kerana tiada apa yang mampu dilakukan. Itu akan jadi lebih mudah dalam minda kita kan. Tunggu dulu, biar sejuk untuk waktu terdekat.

2. Bernafas
Bernafas seperti biasa dan cuba tenangkan fikiran. Cuba teknik bernafas mengawal perasaan dengan betul.
-Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5.
-Tahan nafas dalam kiraan 5.
-Hembus nafas melalui mulut secara perlahan.

Sunday 22 March 2015

Tanda-tanda Serangan Panik /Panick Attack



Bunyinya macam biasa. Namun ianya amat menakutkan bagi orang yang pernah mengalami. Ada yang memanggilnya Anxiety Disorder, Panick Attack atau Generalized Anxiety Disorder (GAD)- ia masih dalam satu kategori. Simtomnya sangat ditakuti dan hanya difahami oleh orang yang pernah mengalami saja. Bermula dengan rasa kerisauan terhadap sesuatu sehingga menjadi kebimbangan yang melampau.
Antara tanda-tanda gejala panick attack ialah ;

Friday 13 March 2015

Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Berhenti Kerja.




Mendapat kerja yang baik dan bergaji mahal bukan satu alasan untuk terus menetap dan seronok berada di sebuah syarikat . Untuk wanita, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum berasa kekal selesa. Setelah berkahwin, mempunyai anak, kerjaya akan menjadi suatu pilihan yang perlu difikirkan semula. Bukan untuk semua orang, namun ada mendahulukan keluarga dari kerjaya. Untuk saya sendiri, keputusan itu amat sukar namun sangat berbaloi. Jom lihat apa yang perlu

Thursday 12 March 2015

Suatu Ketika

Bismillah. Alhamdulillah. Coretan pertama ini bukan yang pertama kali. Saya pernah menulis blog sebelum ini. Namun kesibukan yang sentiasa sedia ada, tidak mengizinkan. Wow, ayat yang begitu biasa biasa. hahaha. Namun dek kerana peristiwa yang berlaku setahun lepas, persepsi saya tentang menulis agak berbeza. Mungkin akan saya ceritakan suatu masa nanti. Terasa alangkah ruginya sesuatu yang sudah lama ingin saya lakukan, berlalu begitu saja. Dalam usia yang semakin petang dan senja, semuga ada ruang untuk saya membuat perkongsian yang tidak seberapa.

Untuk sesiapa dan teman-teman di luar sana, semuga blog ini bakal jadi panduan yang kehidupan kita. Ringkas dan bermakna. Berisi dan berbunga untuk hati yang menginginkannya.