Saturday 31 October 2015

Kehebatan dan Khasiat Daun Belalai Gajah




Tergerak hendak menulis tentang daun belalai gajah kerana untuk kesekian kali, sejak mak mengidap sakit batu karang dan melakukan pembedahan, sakit pinggangnya semakin berkurangan sejak mengambil rebusan daun belalai gajah untuk beberapa minggu ini. Lega teramat sangat. Kalau tidak, setiap hari memang mengadu sakit pinggang tak henti. Memang sebelum ini pun ramai kawan-kawan yang telah memberi feedback yang sangat menggalakkan tentang daun belalai gajah ni. Malah ada setengahnya menanam daun ni dengan begitu banyak di laman belakang rumah mereka. Lagipun ianya cukup senang tumbuh. Cucuk saja batangnya di tanah yang kosong. Tumbuh lah tak lama selepas tu. 


Daun belalai gajah telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Antara kelebihannya ialah mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Untuk kaedah yang dilakukan oleh mak saya, dia merebus beberapa helai daun dan menyimpannya didalam peti sejuk. Minum air dan makan daunnya sekali dalam 3 kali sehari. Buat kerap untuk memastikan kesegaran rebusan air. 

Diantara pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor mengatakan tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :

·         Stage 1 : 30 daun setiap hari
·         Stage 2 : 50 daun setiap hari
·         Stage 3 : 100 daun setiap hari
·         Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Ada banyak kaedah penyediaan yang sesuai untuk mengambil daun tersebut. Malah ianya juga sesuai dimakan begitu saja sebagai ulam-ulaman.

Antaranya ialah :

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
·         masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
·         masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
·         tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
·         masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
·         masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
·         blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia


rujukan :kongsibersamanora
·      

3 comments:

  1. Hati tu jiran bagi daun ni sepasu plastik tu. Dia siap tanamkan lagi. Ingat nak tambah semaian....lum tercari tanah lagi

    ReplyDelete
  2. memang bagus pokok ni..lepas ni boleh tambah koleksi

    ReplyDelete
  3. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    ReplyDelete