Sunday 16 August 2015

Secubit Rasa Semanis Indahnya Persahabatan

Perkenalan kami sudah lama. Bermula dengan mula mengenali satu sama lain sewaktu berkumpul di surau jika ada keramaian atau majlis ilmu.  Penampilan kami juga sangat sangat berbeza. Maklumlah, kombinasi yang dah berusia, pertengahan dan yang muda. Ada yang bertudung litup, yang biasa-biasa dan ada yang mengikut trend semasa namun tetap patuh syariah.  Pastinya tak bermakna kami tak boleh bersama. Setiap Rabu dan Khamis kami akan berkumpul, singgah di teratak ibu2 prihatin dan rajin ini, melepak sambil berusrah, mengaji, membaca kitab dan tentunya diakhiri dengan makan-makan juadah potluck atau hidangan tuan rumah. 

Zah, Mas, Tika, Haja, Wan, Su dan tentu sekali ustazah Nurul yang menjadi tulang belakang kumpulan ilmu kami, korang memang bessttt!! . Perbincangan tak mengambil masa yang lama pun, hanya sekitar 2 jam. Selepas balik usrah, masing-masing akan pulang menjalankan tanggungjawab rumah tangga masing-masing seperti biasa. Masak, mengambil anak sekolah, menjemur kain basuhan dan banyak lagi lah... macam biasa, tugas kami. Bulan raya kali ini sememangnya agak meriah. Suasana raya dan juadah raya amat sinonim dengan setiap pertemuan dibulan syawal yang mulia. Usrah kami yang baru berusia tidak sampai setahun ini diteruskan selepas seminggu raya.

Minggu terakhir syawal ada menu special dari Ika. Saya pun tak pernah merasa. Hmmm.... terimakasih ika kerana memperkenalkan pada akak and kengkawan lain menu baru yang tak pernah kami cuba. 



Menu pertama Ulam Pucuk Daun Kadok



Rupa daun kadok ni hampir sama dengan daun sirih. 



Daun Kadok dengan inti pelbagai dimakan begitu saja. Mulanya agak pelik juga, maklumla kita ni bukanla penggemar tegar ulam-ulaman. Tapi tak pernah menolak ulam kalau dah terhidang...

Inti untuk ulam :

Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Kacang Tanah disangrai
Isi kelapa disangrai
Limau nipis

Sos special



Kena makan dengan tenang dan sabar.

Terjumpa link resepi yang begitu detail tentang ulam kaduk dari Bro Mat Gebu
Kat Sini


Menu Kedua Nasi Kerabu Siam




Ramuannya :

Udang Kering Dikisar
Bawang Besar
Daun Kaduk 
Serai
Daun Kaduk Goreng
Keropok goreng
Sos kicap
Sos masam manis
Nasi Kerabu daun pandan






Daun Kadok Goreng

Memang agak berbeza dengan Nasi Kerabu yang sering dimakan terutama sekali dari segi pada ulam-ulaman dan juga kuahnya. 

Oklah. Kita sambung lagi usrah dan ngaji kita selepas raya. Terimakasih kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah ini. Terimakasih ustazah kerana berkongsi ilmu walaupun sesi kita tak terlalu lama. Antara fitrah hati manusia, dahagakan ilmu, mahukan kebaikan dan keselesaan. Semuga ianya berpanjangan. Cuma kadang-kadang faktor kesibukan sentiasa ada untuk kita sering bersama. 

Tuesday 11 August 2015

Hebatnya Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Rahman Kg Bukit Badong

Awal raya tempoh hari, kami menghadiri pertemuan pertama dengan keluarga ayah kepada arwah nenek saya ( yang saya pun tak pernah jumpa), secara beramai-ramai yang di adakan di kampung kelahiran saya sendiri, Kg Bukit Badong yang permai. Jumlah yang dianggarkan lebih 700 orang semuanya, dihadiri oleh semua anak, cucu, cicit yang mana berkelapangan. Wow! Memang tak sangka, walaupun ramai yang saya kenali, namun masih ramai juga cabang saudara mara yang kami tak pernah jumpa. Memang agak meriah, penuh dengan keterujaan dan saling berkenalan mana yang mengenali dari jauh. Memang tak dapat kami lupakan.

Hajatnya supaya selepas ini, mungkin ada pertemuan yang lain dengan semua yang ada dan juga susur galur keluarga ini yang masih belum kami temui lagi. Maklumlah, waris terdekat iaitu anak-anak Haji Abdul Rahman sendiri, dah berusia belaka. Yang menariknya, segala berbelanjaan untuk acara dan juadah dikongsi bersama oleh semua ahli keluarga. Maka berbondonglah makanan dan juadah raya yang disediakan menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Dan yang paling specialnya, majoriti juadah adalah buatan asli orang jawa. Hahaha....


Ini sebahagian ahli keluarga saya, generasi ke 2, ke 3 dan ke 4. Makcik dan Pakcik, sepupu dan anak-anak saudara. 


Sebahagian dari keluarga embah-embah yang ada. Kami yang generasi ke 3 nih memang tak kenal ramai terutama yang bujang-bujang dan kecik-kecik tu.


Mak yang saya fokus ditengah-tengah bertudung biru. 


Semua orang berwajah ceria. 

Pengisian perjumpaan diisikan dengan  perkenalan ringkas keluarga susur galur mengikut anak-anak arwah Haji Abdul Rahman yang seramai 13 orang. Patutlah ramai sangat yang datang. Pemberian duit raya untuk anak-anak, jamuan yang tak putus-putus, cabutan bertuah untuk keluarga bertuah dan sessi mengambil gambar untuk kenang-kenangan adalah antara lain aktiviti bersama yang dijalankan. Seronok dapat hadir walaupun sekejap cuma. Muga ada lagi rezeki kami untuk membuat pertemuan sebegini.