Monday 7 December 2015

Hotel Baru dan Murah di Port Dickson

HOTEL MIRAGE PORT DICKSON. Itu nama yang kebetulan saya temui semasa buat searching di internet untuk aktiviti percutian kami. Requirement saya cuma satu malam dan tak perlu attach dengan breakfast memandangkan kawasan persekitaran memang banyak kedai makan menarik. Memang dah selalu sangat ke sana. Urusan kerja biasalah. Jadi kami cuma perlukan tempat untuk menginap dan berehat itu saja.

Rate kami RM139 untuk bilik biasa. Tunjuk kad kakitangan kerajaan dapatla diskaun RM10. So kami cuma bayar RM129. Memang puas hati untuk kami. Siap bau cat baru lagi waktu kami masuk ke bilik.


Bahagian Depan Hotel


Kiranya lokasi agak sesuai dan strategik sangat. Sebaik sahaja tiba di bulatan simpang 4 dari Highway Serempan - PD, ambil pukul 3.00 dan sebaik sahaja melepasi Hospital PD di sebelah kanan, maka sebelah kiri tu tersergam Hotel Mirage bersebelahan dengan PD Perdana Kondo Resort.



Lobby yang simple


Tempat kami parking


Depan hotel ada 7 Eleven. Jalan je dari depan hotel tu


Jalan Utama ke PD




3 comments:

  1. kedai makan macammana? ada berdekatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi memang strategik. Dekat arah ke bandar PD, situ ada banyak restoran, pasar malam & of course jln2 kat pantai. paling dekat ke Cendol bakar kuala selangor, cawangan PD la. sebelah dia restoran ikan bakar, ada food panas2 boleh order.

      Delete
  2. Salam puan, pantai dekat tak dengan hotel?

    ReplyDelete