Sunday 12 June 2016

Kolej Dahlia UITM Puncak Alam - Seronok tapi Letih

Sehari sebelum berpuasa, bermulalah jejak langkah pertama menuju ke menara gading untuk anak yang tersayang. Pendaftaran, mengemas bilik, meninjau lokasi dan menyesuaikan diri menjadi mahasiswi itulah yang menjadi aktiviti di hari-hari awal di UITM Puncak Alam.

Suasana perbukitan sangat indah, dengan hujan yang tak begitu lebat , menyambut kehadiran kami di kawasan yang pertama kali kami jejaki. Dah nama berbukit, rupanya kampus ni adalah lokasi yang paling jauh  student untuk ke fakulti. Dari kawasan fakulti yang kami lalui, kami perlu naik bukit ke kolej pelajar lama, kemudian turun semula untuk menuju ke Kolej Dahlia.


Ini jalan nak menuruni kolej Dahlia. Hati dah mula risau, macamana budak-budak ni nak ke fakulti. Jauh juga ya rabbi. 


Yang ini pula pemandangan Kolej Dahlia dari atas bukit. Nampak jauh dan seluas mata memandang

Nak senang cerita, kolej Dahlia ni memang kolej yang terbaru kat kampus ni. Batch kali ini adalah pioneer yang Kolej Dahlia termasuklah Mira. Kalau diikutkan ada pro dan cons. Tempat baru memang semua kita lah yang jadi perasminya namun banyak juga yang belum ready. 







Cafe Kolej Dahlia di hari pendaftaran. Semua tutup belaka sebab memang belum ada penjualnya pun. Hanya dibuka selepas Hariraya Aidilfitri.













Makan di cafe di atas bukit. Kolej Angsana kalau tak silap. 










Memang dah nasib pelajar baru, banyak lagi kekurangan dan fasiliti yang belum disediakan. Tak kisahlah yang penting kami bersyukur, ini lah tempat pilihannya yang telah tertulis. 

Seminggu selepas tinggal di sana, memang letih katanya. Setiap hari perlu naik tangga yang boleh tahan tingginya. Lagipun ini bulan puasakan. So agak memenatkan. Namun katanya tetap seronok ....


Semuga semuanya sempurna di sana.

3 comments:

  1. dobi takde, water cooler xde, air paip pun slalu takde........

    ReplyDelete
  2. Kt uitm puncak alam ni takleh bawak keta sendiri then park bwh dahlia ke ?

    ReplyDelete
  3. Okayh ke study sni? Uitm ni kt ats bukit ke ..slalu dorg ckap U ni dlm hutan haha xthu knpe

    ReplyDelete