Thursday 21 May 2015

Hotel Paling Besar Di Dunia Bakal Dibina Di Makkah



Hotel paling besar di dunia akan dibina di Tanah Suci Makkah dalam tempoh dua tahun yang akan datang. 

Wow! Selepas semua pengkomersilan melampau yang berlaku, berhampiran Masjidil Haram dan juga Menara Jam gergasi rasanya nanti dah tak dapat nak melihat keunggulan tempat ini sebagaimana yang pernah dilihat oleh parents dan orang2 tua kita apabila mereka pergi ke Mekah suatu ketika dulu. Apakah maknanya untuk kita yang baru nak pergi menjadi tetamu ini. Saya menjangkakan, bukanlah pemergian nanti, suatu ibadah yang sama dengan destinasi percutian lain. Dengan keselesaan hotel 5 bintang atau nyamannya suasana sekeliling. Semuga aku dapat cepat ke sana Ya Allah. 


Hotel yang dijangka paling terbesar di dunia itu akan dibina dengan 10,000 buah bilik, 70 buah restoran, pusat beli-belah dan juga dilengkapi helipad.

Ianya akan dibina di bandar suci Makkah. Projek yang bernilai $3.5 bilion (RM13 bilion) itu dijangka akan siap dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

Hotel yang akan dinamakan sebagai Abraj Kudai itu, dibina di kawasan seluas 291,000 meter persegi dan ianya juga mempunyai suite diraja, surau dan pusat konvensyen.

Kesemuanya terletak di 12 menara secara berasingan. Tumpuan yang menjadi paling utama di hotel itu ialah kubahnya yang dijangka paling besar dan tertinggi di dunia.

Hotel Paling Besar Di Dunia Itu Mampu Untuk Menampung Jutaan Jemaah


Disebabkan tapak hotel ini hanya terletak 1.6 kilometer daripada Masjidil Haram, ianya mampu untuk menempatkan jutaan jemaah-jemaah haji.

Namun, bagi tetamu yang ingin menginap di hotel tersebut, mereka haruslah memiliki akaun bank yang kukuh oleh kerana sasaran hotel itu ialah golongan yang mampu tinggal di hotel 4 bintang di 10 menara dan 5 bintang di dua lagi menara.

Dari segi pembinaan hotel Abraj Kudai itu, ianya kelihatan seakan-akan bangunan era 1930-an. Areen Hospitality yang berpusat di London diberi kepercayaan untuk membina bahagian dalamannya.





No comments:

Post a Comment