Pagi itu bersama Amin Idris di Takaful Ikhlas. Memang tak pernah jumpa atau mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh beliau. First time dengar memang rasa bermakna sangat program syarikat kali ini. Untuk saya, agak susah nak mengiktiraf pakar tertentu betul-betul hebat, terutama sekali dalam bidang yang hendak diperkatakan, mahupun kaedah menarik perhatian peserta program. Namun untuk kali ini saya puji Amin Idris. Bukan saja topik simple dijadikan sesuatu yang menarik, malah saya tengok semua peserta tak sempat nak mengalih perhatian dari apa yang diperkatakannya.
Pagi itu, tajuk Motivasi kita ialah Goal Setting. Simple kan. Namun beberapa perkara, menjadi penting, bukan saja kerana tajuk, malah kerana penyampaian pakarnya yang memperhalusi topik yang ringkas ini. Apa yang telah saya pelajari, saya ringkaskan saja :
- Orang yang berjaya, sentiasa yakin dan mencari jalan yang betul.
- Jadi proaktif, tetapkan matlamat yang sangat jelas dan tempoh yang ingin dicapai, maka dengan itu, tindakan juga akan jelas dan nyata
- 90% hidup kita dikawal oleh lingkaran dalam kawalan kita sendiri, maka jangan fikir atau fokus kepada perkara yang diluar kawalan
- Matlamat yang besar memerlukan usaha yang besar, begitu juga matlamat yang kecil , usahanya perlu kecil saja.
- MATLAMAT perlu BESAR ! Sentiasa sebut dan beritahu orang matlamat kita yang besar itu.. Kalau orang kata GILA.. So what ??? Kau ada???
- Sentiasa buat apa yang kita minat dan suka. Rancang di mana kita 20 tahun dari sekarang, dan jangan sesekali berputus asa.
- Mesti fikir Saya TAHU apa yang saya MAHU
- Mesti fikir Saya MAHU apa yang saya TAHU
- Sentiasa belajar dari kegagalan, jangan biar seperti angin yang berlalu
- Jika GAGAL , Terima dulu, dengan redha , Analisa Pengalaman , Cari Apa Punca Kegagalan, Buat Pernilaian, dan Rancang untuk Langkah Seterusnya
- Jangan Putus Asa (Never Say Never)
- Berubah Waktu Sekarang (Now Is The Time )
- Hidup ini adalah pilihan, (You are what you think)
- Nilai diri, berapa banyak penyelesaian kita sepanjang hidup , yang kita fokus pada kelemahan semata-mata, sedangkan kita ada banyak kelebihan yang terpendam dalam diri.
- Andai ada lebih banyak nilai negatif berbanding positif dalam diri kita, itu semua tidak penting kerana apa yang penting ialah yang mana kita paling FOKUS. Jadi fokus pada kelebihan walaupun tidak banyak
- Practice make perfect
- Bekerja dengan niat untuk memberi , kerana memberi itu adalah syarat untuk menerima.
- Berilah MASA, RASA DAN JASA.
Nampak simple dengan contoh yang bersahaja, namun besar dan bermakna buat kami para wakil takaful yang sentiasa tak henti bergerak. Hendaknya ilmu ini akan terus digunakan selagi daya untuk memperjuangkan kebaikan kepada umat sejagat.
No comments:
Post a Comment