Thursday 18 June 2015

Semuga Ramadhan Ini adalah yang paling hebat



Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lalu, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dapat lagi bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Rasa syahdu, syukur, terharu dan tenang memikirkan masih lagi dikelilingi dengan nikmat yang tidak terhingga iaitu anak-anak, keluarga dan kehidupan yang serba sederhana.

Bangun pagi ini memikirkan perjalanan di bulan ramadhan . Terbaca pula tentang beberapa keistimewaan dan keindahan tentang ramadhan yang menarik hati saya : -

1. Sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini dengan tubuh, hati dan jiwa yang sihat agar mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan dengan sebaik mungkin. Dengan keadaan yang sihat, kita mampu menjalankan amal ibadah secara maksima sepanjang ramadhan ini. Ini termasuk puasa , zikir, solat dan tilawah yang mungkin tidak sempat kita lakukan secara optimum sepanjang waktu lain.

Apatah lagi dengan keluarga yang sentiasa memerlukan the queen of the house untuk menguruskan rumahtangga apatah lagi sepanjang ramadhan.

2. Banyak bersyukur dan memuji Allah kerana telah diberi kenikmatan bulan penuh kebaikan dan dipenuhi rahmat.

3. Bergembiralah dengan kehadiran Ramadhan yang pernuh berkat dan rahmat ini. Di dalamnya Allah membuka pintu2 syurga dan menutup pintu2 neraka.

4. Rancang Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat sebanyak mungkin .

5. Bertekad mengisi waktu-waktu ramadhan dengan ketaatan. Mudah-mudahan kita diberi kemudahan untuk lebih bersedekah dan melakukan lebih banyak kebaiakan.

6. Sambut ramadhan dengan tekad dan azam untuk membuka lembaran baru yang bersih. Ramadhan adalah bulan taubat.


No comments:

Post a Comment