Monday, 23 March 2015

Teknik bagaimana mahu tenang dalam apa juga keadaan


Dalam dunia yang penuh cabaran, barulah kita tahu bahawa keadaan tak seindah zaman kanak-kanak atau remaja. Pelbagai ujian hidup harus ditempuhi dan bukan kita sentiasa akan kekal bahagia dan ceria. Sampai satu tahap kita akan bertemu situasi yang amat amat sukar. Pernah tak dalam membuat suatu keputusan atau pekerjaan, tiba-tiba kita diserang satu percanggahan dan 'stop'. Kita tak tahu nak buat apa. Fikiran mula bercelaru. Tak tenang dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Jom kita lihat. Mungkin boleh membantu:

1. Biarkan saja
Dalam apa saja situasi yang sukar dan tiada daya kita untuk mengawal, maka biarkan saja. Hmm macam mudah sangat kan. Anggap kita tiada reaksi dalam situasi ini. Jangan memilih untuk stress. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Contoh : Setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sesuatu, kita masih gagal di keputusan akhir. Rasa menyesal, rasa bersalah. Biarkan saja untuk sementara waktu kerana tiada apa yang mampu dilakukan. Itu akan jadi lebih mudah dalam minda kita kan. Tunggu dulu, biar sejuk untuk waktu terdekat.

2. Bernafas
Bernafas seperti biasa dan cuba tenangkan fikiran. Cuba teknik bernafas mengawal perasaan dengan betul.
-Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5.
-Tahan nafas dalam kiraan 5.
-Hembus nafas melalui mulut secara perlahan.



Tarik dan hembus nafas lagi sebanyak lima kali secara teratur dan tenang. Bayangkan setiap kali hembusan nafas kita , semua tekanan akan hilang bersamanya. Boleh cuba 10 kali andainya ia boleh menenangkan fikiran.

3. Bayangkan ruang fokus yang lebih besar
Sekiranya berlaku lagi, tanyakan dalam diri, adakah ini berbaloi dengan apa yang kita fikirkan waktu itu. Mungkin dengan melihat dari luar kotak, keadaan tidak seteruk yang disangkakan. Hati akan jadi tenang kan.

4. Berzikir, doa dan solat
Pastikan amalan berzikir dalam urusan harian. Jangan tinggalkan solat wajib mahupun sunat. Berdoa dan memohon apa yang kita inginkan dariNya. InsyaAllah ianya banyak membantu.

5. Menerima seadanya tentang diri sendiri. Kita bukan manusia yang sempurna. Apa yang menyebabkan jiwa tak tenang ialah apabila kita sendiri tidak dapat menerima apa yang kita hasilkan. Bersyukur dengan diri dan apa yang kita mampu buat. Akan datang kita buat yang lebih baik.

6. Latih diri sentisa sabar setiap hari.
Cuba bertoleransi dengan semua orang setiap hari. Dalam traffic jam, berada di bank, melayan teman teman yang tidak memahami atau keluarga yang demanding. Pasti lebih mudah bila kita terpaksa menghadapi situasi yang lebih buruk atau mungkin tidak seteruk itu.

7. Jika kita berada bersama kawan, ciptakan satu suasana ceria supaya perkara itu bukan menjadi fokus kita waktu itu lagi.

8. Fikirkan sesuatu yang menceriakan diri. Contoh : Menonton romatic comedy, mendengar favorite music oleh penyanyi kegemaran, bermain permainan kegemaran, apa saja.

9. Fokus kepada sesuatu yang sangat positif

10. Peluk orang tersayang.
Pelukan akan meransang hormon endorphins, bahan kimia yang membantu kita lebih merasa seronok dan puas hati.

11. Makan coklat
Hmm - membayangkannya pun dah buat rasa sweet sangat....

12. Memaafkan
Pilihan tepat bukan untuk orang lain, tapi diri kita sendiri. Ia membebaskan kita dari merasa kesakitan disebabkan keputusan orang lain yang salah untuk kita. Tidak bermakna kita setuju dan lemah , namun kita tidak mahu menghukum diri disebabkan apa yang orang lain buat.

Memang banyak lagi, namun sesuatu yang indah tidak mudah untuk kekal lama. Maka kita yang memilih untuk merasa sabar dan tenang. Pilihlah apa cara sekalipun selagi tidak melanggar syariah.

No comments:

Post a Comment