Sunday, 22 March 2015
Tanda-tanda Serangan Panik /Panick Attack
Bunyinya macam biasa. Namun ianya amat menakutkan bagi orang yang pernah mengalami. Ada yang memanggilnya Anxiety Disorder, Panick Attack atau Generalized Anxiety Disorder (GAD)- ia masih dalam satu kategori. Simtomnya sangat ditakuti dan hanya difahami oleh orang yang pernah mengalami saja. Bermula dengan rasa kerisauan terhadap sesuatu sehingga menjadi kebimbangan yang melampau.
Antara tanda-tanda gejala panick attack ialah ;
1. Terlalu bimbang hingga sering mengganggu aktiviti harian. Mereka ini seolah-olah dapat menjangkakan bencana. Terlalu risau tentang hal-hal harian seperti masalah penyakit, kewangan, hal-hal keluarga, hubungan kawan dan kesulitan pekerjaan.
2. Sukar untuk fokus semasa melakukan sesuatu dan sekiranya terus difikirkan ianya membuatkan orang yang mengalami, hampir pengsan.
3. Terasa bersendirian di dalam ramai
4. Terasa sangat terganggu dengan keadaan keliling.
5. Gangguan tidur, tidak boleh tidur atau tidur yang terlalu lama.
6. Terasa lesu, gelisah, sakit kepala, mual dan kebas-kebas di bahagian tangan dan kaki
7. Ketegangan otot
8. Rasa kesakitan atau bimbang akan perkara2 di atas tadi membuatkan terasa seperti hampir mati. (Kes yang pernah saya alami, saya sentiasa teringat-ingat senarai tanda-tanda kematian yang sering tersiar di internet. Tanda-tanda 100 hari, 40 hari, seminggu hingga sehari) Bayangkan semua tanda-tanda tersebut nampak nyata dan terasa wujud. Keadaan menjadi lebih teruk apabila rasa cemas menyerang.
9. Gementar, gugup, berpeluh dan mula berdebar
10. Mula terasa panik dan jantung berdegup kencang
11. Mulut terasa kering
12. Sejuk atau menggigil tiba-tiba
13. Sukar bernafas
14. Tekanan darah naik mendadak
Ini cuma sebahagian simptom. Bayangkan keadaan ini dialami sewaktu kita sedang bersendirian, di tempat awam atau sedang memandu. Huh..menakutkan! Terdapat banyak jenis anxiety. Ada juga simtom panik yang hanya berlaku di suatu keadaan tertentu sahaja. Contoh : takut tempat tinggi, takut apabila berada di tempat awam atau phobia dengan sesuatu perkara tanpa diketahui puncanya. Setengah orang merasa sebahagian sahaja dari perkara-perkara di atas. Malah mungkin ada hanya beberapa simtom saja yang dirasai, namun sesetengahnya begitu ketara. Dalam tulisan saya yang seterusnya saya akan nyatakan bagaimana untuk menghindari atau menghentikan gejala panik apabila ia mula menyerang. Bersambung ye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment