Friday 13 March 2015

Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Berhenti Kerja.




Mendapat kerja yang baik dan bergaji mahal bukan satu alasan untuk terus menetap dan seronok berada di sebuah syarikat . Untuk wanita, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum berasa kekal selesa. Setelah berkahwin, mempunyai anak, kerjaya akan menjadi suatu pilihan yang perlu difikirkan semula. Bukan untuk semua orang, namun ada mendahulukan keluarga dari kerjaya. Untuk saya sendiri, keputusan itu amat sukar namun sangat berbaloi. Jom lihat apa yang perlu
dipertimbangkan sebelum membuat keputusan itu. :

1. Bekerja separuh hati atau makin tidak menjiwai tugas
Banyak sebab. Rasa bersalah kepada anak-anak kerana membiarkan mereka dijaga oleh umi di Taska, sedangkan inilah waktu mereka membesar bersama kita. Salah satunya sewaktu anak-anak masih kecil. Setiap kali balik ke rumah, ada saja komplen tak puas hati dari anak-anak. Yang belum pandai bercakap satu hal. Teringat kata-kata anak setiap kali balik rumah... "Hari ni umi suruh duduk tepi dinding..lama" . Aduh!! Bayangkan anak kita yang aktif sakan tu dipaksa duduk diam...

2. Masalah dalam syarikat
Makin lama, makin jemu dengan masalah dalaman yang dihadapi syarikat. Membuatkan kita dah tak ada mood langsung nak pergi kerja. Huh... rasa nak berhenti! I wish..

3. Duit cukup kalau tak kerja . Bersederhana sajalah.
Memang. Tugas bekerja kan tanggungjawab suami, so tak perlu risau-risau. Duduk rumah. Ingat bukan duduk diam. Sambil buat sesuatu..Tapi kalau rasa rasa cik abang tak dapat nak support segala macam aksesori hidup kita yang extra tu, hmmm buatla pilihan sendiri.

4. Kita punya wawasan lain. Bukan dengan syarikat sekarang
Haa... Ini paling best sebab ada cita-cita baru. Nak bisnes ke. Kerja online dari rumah ke. Kan dah banyak sistem buat kerja dari rumah sekarang.

5. Stress yang meningkat bila bekerja
Ini mungkin perkara biasa, namun efeknya besar dalam hidup. Segalanya saling berkait. Kalau dah bosan dengan pekerjaan, kenalah buat sesuatu. Kalau rasa tak puas hati atau sering merungut baik kita bermuhasabah diri supaya pekerjaan kita datang dari hati yang ikhlas dan diberkati

6. Tiada komitmen yang besar atau hutang piutang yang akan terjejas
Pastikan, dengan tindakan kita ini tiada flow kewangan yang akan terjejas. Kalau ada pun mungkin hanya sedikit, so masih boleh berhenti.

7. Persediaan emosi dan mental
Segala perincian selepas kejadian, mestilah sudah disedari dari awal lagi. Jangan terkejut pula bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku selepas itu.

8. Jiwa rasa tak pasti, maka perbanyakkan ilmu
Dengan berhenti kerja, bukan semua perkara yang berlaku disekeliling kita akan terhenti. Kita juga tidak akan ketinggalan walaupun tidak bekerja. Malah kita ada banyak masa untuk mencari diri dan menambah ilmu didada. Masa yang sering kita hilang sewaktu bekerja akan datang sebagai bonus untuk kita menjadi orang yang lebih baik.

9. Jika sudah nekad, mulakan dengan sembahyang istikharah
Ada waktunya kita berada dipersimpangan. Keputusan ini adalah tindakan yang besar dalam hidup. Sentiasa ingat padaNya dalam menyelesaikan segala masalah.

Akhirnya keputusan dibuat. Pastikan ianya adalah keputusan yang terbaik untuk kita. Disaat ini dan untuk masa depan.

No comments:

Post a Comment