Kisah tentang denggi memang agak menakutkan. Pengalaman dengan 4 orang anak yang semuanya pernah melalui fasa suspected dan demam denggi berdarah, membuat kami sekeluarga agak phobia setiap kali ada sesiapa ahli keluarga yang demam dengan tiba-tiba. Terbaru, petang Ahad lalu apabila anak ketiga call dari asrama, memang rasa tak sedap hati. Demam katanya. Dipendekkan cerita ibu membawa balik si anak pada hari Isnin dan terus ke Klinik Kesihatan. Selalunya pemeriksaan darah akan dibuat sekiranya lapuran demam diterima, namun hari itu , doktor beritahu tak perlu buat pemeriksaan darah kerana baru demam 2 hari. Tiada tanda-tanda denggi dapat dikesan pada tempoh singkat macam tu.
Demam 2 hari denggi masih tak dapat dikesan, namun ibu-ibu perlu berjaga-jaga sepanjang tempoh demam. Kalau sendiri yang kena lagi senang. Demam memang tak semestinya denggi, namun macam yang saya katakan tadi, kita cuma nak berjaga-jaga. Bagi la apa saja minuman yang baik untuk denggi seperti yang banyak diterangkan dalam internet. Cumanya, jangan terlalu taksub dengan satu kaedah kerana takut-takut ada yang memberi kesan sampingan.
Saat yang paling genting tiba iaitu hari ke empat (Tak pergi klinik hari ke 3 kerana pesan doktor, kalau buat pemeriksaan pun masih belum nampak kesan). Adham nampak relaks namun demamnya belum kebah walaupun pagi itu sudahpun makan ubat. Tak panas sangat tapi kepala agak pening.
Ibu memang confuse, tengahari itu ukuran platlet masih normal. 215. Namun doktor minta buat pemeriksan lain kerana tekanan darah Adham terlalu rendah dan air kencing mengandungi darah dan protein dan beberapa variable lain yang tidak normal. Itu ayat-ayat biasa yang tak begitu detail, namun cukup gambaran yang ianya menunjukkan denggi kritikal . Petang itu juga, kami naik ambulan ke HKL.
Pujian untuk wad emergency Hospital Kuala Lumpur. Mereka begitu cekap bertugas. Tak sangka petang itu ukuran platlet turun dengan mendadak. Berbotol dimasukkan air saline untuk menstabilkan keadaan. Hanya doa ibu yang mengiringi. Akhirnya setelah beberapa siri memasukkan air dan ambil darah, keadaan Adham semakin stabil. Syukur alhamdulillah.
Memang saya masih confuse, denggi tidak diketahui dengan tepat bila ia muncul. Kerana itu lah kes Adham jadi begini. Ikutkan, kami dah bawa dia ke hospital lebih awal. Namun macam tu lah jadinya.
Tips tentang denggi dari saya ;
1. Ada beberapa bahan herba dan jus yang boleh membantu sepanjang tempoh demam 'virus' dan 'denggi not confirm' ni. Minum sejak hari pertama demam pun tak apa (langkah berjaga-jaga). Sekurang-kurangnya ia boleh membantu mengawal, contohnya jus jambu batu merah, jus pucuk betik (kawan doktor pernah pesan jangan ambil terlalu banyak sebab memberi kesan kepada hati), sup ketam dan jus prune.
2. Kes denggi sering dirujuk ke Hospital Besar kerana lebih banyak kepakaran disebabkan beribu kes yang telah diterima. Di Hospital Kuala Lumpur ada wad Denggi disebabkan banyaknya kes denggi yang diterima setiap hari
3. Mulai sekarang jangan pandang remeh kepada demam biasa. Abang paling 'sado' pun boleh kalah dengan sang aedes. (Itu pemerhatian saya sepanjang berada di wad HKL) sampai dah tak muat ruang wad denggi tu.
4. Minum air masak dengan banyaknya kerana itu saja yang mampu membantu. Tiada ubat utnuk denggi!
5. Berjaga-jaga dengan tanda-tanda denggi sebelum berlarutan.. Rujuk kat sini pun okay http://siraplimau.com/tanda-demam-denggi-punca-rawatan-awal/
Kalau tengok statistik kat atas ni, memang agak menyeramkan. Semuga kita diberi kesihatan yang berpanjangan....
No comments:
Post a Comment