Tinggal di bumi pantai timur di zaman remaja sewaktu belajar memang benar-benar meninggalkan kesan. Mana taknya, itulah zaman homesick dan zaman baru nak berdikari yang paling tak boleh nak tolong ......... Mujur ada kawan-kawan sekeliling. Yang pasti, pengalaman itu memang sangat manis apabila diingati. Nak balik? No no no no.......6 bulan sekali itu pun dah cukup bagus.
Bab makan... tentulah sangat berbeza. Sesekali apabila teringin sangat makan makanan kelantan, pening jugak nak mencari. Bukan tak ada tapi memang banyak kat Lembah Klang ni, Cuma perasan tak, tak banyak yang benar-benar sama. Kadang2 nampak sama tapi sangat berbeza rasa. Salah satunya ialah kuih Lompat Tikam kegemaran saya ni. Kat sini, tanya je lompat tikam, pasti terbayang hijau putih. Itu yang rata2 dijumpai. Sebenarnya kombinasi 3 warna inilah yang buatkan rasanya seindah rupa. Tak yah cakap banyak, saya berkenan sangat dengan resipi dari blog cikgu wan ni. Jom kita cuba.
Bahan-bahannya:
Bahagian Hijau:
2 cawan tepung beras (Buat sehari awal pun ok)
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air daun pandan (boleh campur sikit dengan pewarna hijau apple)
4 cawan air.
Sebatikan, tapis dan kacau atas api. Kacau sehingga berkilat seperti lilin dan ada gelembung lup...lup..lup...Adunan ni mesti masak betul.Kalau tidak ia akan berair dan mudah basi. Masukkan ke dalam acuan/bekas dan sejukkan.
Bahan Kuah Putih
1 biji kelapa diambil santan pekatnya.
sedikit garam.
2 sudu tepung jagung/tepung beraspun boleh untuk memekatkan. Sebatikan santan dengan garam. Masak atas api dan bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah jadi pekat dan masak. Jangan sampai pecah minyak pulak ye.
Bahan Pulut Merah
2 cawan beras pulut dibersihkan
3 sudu minyak masak (jika suka boleh letak santan...saya tak suka..lemak sangat)letak minyak lebih cantik.
sedikit garam sedikit pewarna merah/pink.
Campurkan semua bahan dan masak pulut macam biasa. Macam biasa?..hehehe...maknanya paras air dilebihkan hanya 2 cm daripada paras pulut, tutup periuk dan gunakan api kecil sahaja (Guna rice cooker lagi bagus)
Bahan Gula Melaka
Beberapa keping/ketul gula melaka
2 helai daun pandan air secukupnya
Masakkan semua bahan bersama-sama. Kena pekat sikit ye...sejukkan dan tapis. Siap!!
Cara menghidangnya....rujuk gambar ....
No comments:
Post a Comment