Thursday, 14 January 2016

Kasihan pada Keluarga Jika Belum Buat Penamaan untuk KWSP




Memang nampak simple je 'perbuatan' nih. Namun untuk sesiapa yang bekerja atau yang pernah mengalami perasaan sewaktu memohon pengeluaran wang atau tuntutan di KWSP atas apa-apa sebab, memang tahu keperluannya  Maklumlah, sesiapa saja perlu akur pada undang-undang dan garis panduan dalam urus tadbir kewangan dalam sebuah negara yang berperaturan. Bukan suka-suka nak ambil duit dengan mudah walaupun duit itu 'bapak' kita yang punya.


Jadi sangat digalakkan untuk membuat penamaan kerana ianya akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP kepada waris  kita. Sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris terdekat atau tanggungan anda berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan tersebut daripada KWSP.

Sekiranya simpanan anda melebihi RM25,000, waris terdekat anda perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian/Sijil Faraid daripada pihak yang menguruskan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad atau pihak yang berkenaan.

Proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan biasanya mengambil masa yang panjang dan pemohon akan dikenakan bayaran tertentu.

Jika penama berumur di bawah 18 tahun, pihak KWSP tidak boleh membuat apa-apa pembayaran kepada penama sehinggalah dia mencapai umur 18 tahun. Walaubagaimanapun, penjaga kepada penama boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi pihak penama untuk tujuan menyara penama. Pemohonan akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak KWSP.

Untuk ahli yang beragama Islam, penama hanya bertindak bagi seorang wasi atau pentadbir simpanan tersebut. Beliau dinasihatkan untuk mentadbir dan mengagihkan simpanan ahli berdasarkan undang-undang Islam (Faraid). Penamaan hanya memudahkan untuk menuntut simpanan tersebut sahaja.

Jadi sekiranya kita belum letak nama penama untuk simpanan KWSP, eloklah melakukannya sekarang.

Caranya memang mudah, pergi saja kemana-mana pejabat KWSP, ambil borang penama, isikan butiran yang diperlukan dan tunggu giliran untuk proses. Mudahkan.

Terkini, berita dan statistik untuk yang masih tiada penama, agak menakutkan . Rujuk Di sini


Bayangkan RM60 juta bilion harta rakyat malaysia tidak dituntut pewaris atau 'beku' dalam akaun kerana masalah berkaitan pengurusan wang simpanan dan harta.

No comments:

Post a Comment