Tuesday 11 August 2015

Hebatnya Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Rahman Kg Bukit Badong

Awal raya tempoh hari, kami menghadiri pertemuan pertama dengan keluarga ayah kepada arwah nenek saya ( yang saya pun tak pernah jumpa), secara beramai-ramai yang di adakan di kampung kelahiran saya sendiri, Kg Bukit Badong yang permai. Jumlah yang dianggarkan lebih 700 orang semuanya, dihadiri oleh semua anak, cucu, cicit yang mana berkelapangan. Wow! Memang tak sangka, walaupun ramai yang saya kenali, namun masih ramai juga cabang saudara mara yang kami tak pernah jumpa. Memang agak meriah, penuh dengan keterujaan dan saling berkenalan mana yang mengenali dari jauh. Memang tak dapat kami lupakan.

Hajatnya supaya selepas ini, mungkin ada pertemuan yang lain dengan semua yang ada dan juga susur galur keluarga ini yang masih belum kami temui lagi. Maklumlah, waris terdekat iaitu anak-anak Haji Abdul Rahman sendiri, dah berusia belaka. Yang menariknya, segala berbelanjaan untuk acara dan juadah dikongsi bersama oleh semua ahli keluarga. Maka berbondonglah makanan dan juadah raya yang disediakan menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Dan yang paling specialnya, majoriti juadah adalah buatan asli orang jawa. Hahaha....


Ini sebahagian ahli keluarga saya, generasi ke 2, ke 3 dan ke 4. Makcik dan Pakcik, sepupu dan anak-anak saudara. 


Sebahagian dari keluarga embah-embah yang ada. Kami yang generasi ke 3 nih memang tak kenal ramai terutama yang bujang-bujang dan kecik-kecik tu.


Mak yang saya fokus ditengah-tengah bertudung biru. 


Semua orang berwajah ceria. 

Pengisian perjumpaan diisikan dengan  perkenalan ringkas keluarga susur galur mengikut anak-anak arwah Haji Abdul Rahman yang seramai 13 orang. Patutlah ramai sangat yang datang. Pemberian duit raya untuk anak-anak, jamuan yang tak putus-putus, cabutan bertuah untuk keluarga bertuah dan sessi mengambil gambar untuk kenang-kenangan adalah antara lain aktiviti bersama yang dijalankan. Seronok dapat hadir walaupun sekejap cuma. Muga ada lagi rezeki kami untuk membuat pertemuan sebegini. 





No comments:

Post a Comment