Saya gemar romantic movie. Something yang simple, sweet dan santai. Hari ini baru tengok filem 'Safe Haven' cerita 2013. Dah few times tengok sebenarnya. Sesuai sangat watak heronya dengan Josh Duhamel. Cerita tentang Katie yang baru berpindah ke tempat baru membawa bersamanya kisah lampau. Hajatnya mahu membina hidup baru di sebuah pekan yang kecil. Katie berjumpa dengan Alex duda anak 2 yang mengusahakan kedai di pekan tepi pantai tersebut (suka sangat suasana dan pemandangannya). Alex kematian isteri kerana kanser. Agak biasa, bapa yang kesunyian dan seorang wanita yang pandai mengambil hati anak-anak. Setelah beberapa peristiwa, marah dan memaafkan, pemandangan cantik, pekan yang sederhana, berkenu di tasik yang damai, anak-anak yang mula sayang, masyarakat pekan yang prihatin, akhirnya mereka terpikat antara satu sama lain. Sebaik saja kegembiraan menghampiri, Alex dan masyarakat yang baru mengenali Katie didatangi oleh bekas suami Katie yang sebenarnya sedang memburu Katie . Suasana agak tegang untuk memanaskan mood cerita.
Ada elemen kejutan dalam cerita ni. Mana taknya, cerita ni ada dimasukkan unsur mistik yang tak masuk akal namun so sweet. Rupanya kawan yang sering berkunjung, menemani dan berbual dengan Katie tu ialah arwah isteri Alex (Jo) yang seolah-olah datang nak survey bakal isteri untuk suaminya. Siap bagi support waktu Katie tak layan dengan suaminya. Siap pujuk Katie jangan pergi waktu segalanya telah terbongkar. Dia juga yang warning Katie dalam mimpi tentang kehadiran suami psikonya. Wajah seiras Katrina Kaif gitu.
Satu lagi pada saya ceritanya begitu menyentuh hati kerana Jo yang sudah bersedia untuk menerima kematian pada awalnya, rupa-rupanya telah menyediakan beberapa surat untuk anak-anak dan bakal isteri Alex yang baru. Ala ala cerita Kuch Kuch Hota Hai. Malah surat-surat tersebut disiapkan satu persatu mengikut fasa umur anak-anaknya nanti.
Setelah segalanya selesai, di penghujung cerita, Alex menyerahkan sepucuk surat dari arwah isteri kepada Katie. Waktu itu barulah Katie mengetahui siapa Jo. Dia agak terkejut tapi cerita yang digarap dengan santai dan mudah, tak memerlukan apa-apa lagi selepas itu. I'm happy with it. Its a very happy ending. Saya recommend cerita ini untuk ladies and girls yang berjiwa sentimental, penyayang, dan lembut hati di luar sana. Girls, this movie will touch your heart. Especially surat di akhir cerita.
Sweet quote dari Alex : I'm so sorry... just please... stay. Just tell me the truth, just tell me what happened. I don't care, I'm not going to let him hurt you anymore. Listen to me, I'm in love with you. If you stay I promise there's no safer place in the world than with me. You don't have to be scared... I love you... please stay.
No comments:
Post a Comment