Thursday, 9 April 2015

20 cara memenangi hati anak remaja



Sepanjang kehidupan menjaga anak-anak , kita telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Kita cuba untuk belajar dari waktu yang sebelum untuk tidak mengulangi kesilapan pendidikan masa lalu. Namun zaman yang berubah tidak menjanjikan apa-apa jaminan sekiranya kita mengikut cara kita atau sesiapa saja. Cabaran tetap ada terutama sekali setelah mereka mampu berfikir dan bergerak sendiri. Zaman remaja sangat mencabar bagi anak dan juga ibu-bapa. Seorang sahabat sering berkongsi dengan saya tentang anaknya yang sering kelihatan degil kerana jarang mendengar kata2 atau pesanannya. Malah dia sering melakukan apa yang sebaliknya yang kita sering nasihati. Akhirnya ia sering berakhir dengan siibu terpaksa mengalah dan kesedihan . Tentu sekali itu bukan pengakhirnya. Ibu bapa akan melalui fasa yang sama. Ini cuma secebis panduan :

1. Bersedia untuk apa yang ingin kita katakan kepada anak remaja.
2. Menjadi pendengar yang aktif tanpa gangguan



3. Beritahu pendapat kita dengan tenang dan secara dua hala . Ini dilakukan dalam suasana santai atau setelah melakukan perkara yang menggembirakan.
4. Tunjukkan yang kita masih mahu berkompromasi dengannya walaupun sesetengah perkara kita tidak bersetuju. Kita sentiasa menjangka pasti ada konflik dalam pilihan yang mereka buat.
5. Cuba untuk tidak meninggi suara kerana kemarahan hanya akan menambahkan provokasi terhadapnya.

6. Masukkan nilai-nilai pendidikan iman dalam hati anak-anak ini dengan ingatan yang mereka pernah pelajari sewaktu kecil.
7. Menanam sifat jatidiri dalam diri mereka dengan tidak memandang rendah dalam setiap sudut usaha yang mereka lakukan. Mereka akan merasa diri mereka istimewa
8. Contoh tauladan dari ibu bapa dengan tidak menunjukkan sisi negatif dalam diri kita
9. Cuba untuk mencari titik persamaan. Seperti meminati apa yang mereka suka.
10. Jangan bertindak seolah-olah kita ingin memerangkap kesalahan mereka . Seolah ada pertandingan, siapa yang menang menipu atau menang melakukan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui
11. Buat peraturan dalam rumah yang semua orang perlu ikuti. Contoh : Tidak boleh balik lambat walau apa cara sekalipun. Apabila ini sudah menjadi satu rutin, sesuatu disiplin akan mudah diikuti tanpa ragu.
12. Banyak bergurau dan bermesra dengan mereka kerana anak remaja sering dikaitkan dengan dunia mereka sendiri. Sesekali hadiahkan bonus berupa apa saja kerana perbuatan baik mereka
13. Jangan melabel anak dengan label negatif sesuka hati
14. Cuba untuk berkawan baik dengan kawan-kawan rapat anak kita. Kita pastinya amat perlukan mereka semasa keadaan sangat memerlukan.
15. Seboleh-boleh tidak membandingkan kebaikan anak lain dengannya kerana ini akan menerapkan satu perasaan infirioriti di dalam diri.
16. Sentiasa akhiri perbualan atau pengakhiran sesuatu bicara dengan kata-kata dan perkara positif.
17. Sentiasa doakan mereka . Berdoa dengan doa-doa yang baik dari al-quran dan hadis. Contoh : Surah al inshirah, al fatihah, doa untuk anak dan zikir2 asmaul husna. Sembahyang berjemaah bersama-sama untuk menunjukkan kepada mereka kepentingan solat berjemaah. Kaitkan setiap perbuatan kita dengan syurga dan neraka namun sampaikan ini dalam suasana yang harmoni dan bukan diwaktu stress.
17. Berikan tugas-tugas baru dalam rumah secara perlahan-lahan supaya mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti di rumah dan keluarga
18. Sentiasa hubungi anak remaja anak, melalui sms/whatapp dengan kata-kata yang memberi semangat namun mengikut cara gaya santai mereka.
19. Jadi idola mereka.
20. Jangan berputus asa dalam membimbing anak-anak kita


No comments:

Post a Comment