Thursday, 9 July 2015

Bagaimana Cara Mengambil Hati Ibu Mertua


Hari ini tergerak hati untuk nak menceritakan tentang arwah ibu mertua yang sentiasa dalam ingatan.  Semuanya gara-gara saya and hubby dok berbual pasal dia terutama sekali di musim bulan puasa ini. Seperti biasa, macam-macam yang 'diceritakan semula' oleh hubby dek kerana teringat pada mak tersayang. Saya ingat dan tahu semua cerita yang disampaikan kerana ianya dah berkali-kali terdengar di telinga saya. Namun sebagai wifey yang sangat prihatin, tak ada salahnya, malah itulah penyedap rasa perbualan kami bila-bila masa terluang kami bersembang. Rasa rindu dan hiba berselang dalam fikiran bila teringatkan mak mertua saya yang dah seperti ibu sendiri. Perkenalan saya dengan ibu mertua adalah dalam lebih kurang 20 tahun yang lalu sewaktu kami bertunang. Kata hubby, sebaik saja dia menyatakan hasratnya tentang saya, MIL tak cakap banyak, tanya beberapa persoalan, dan kemudian OK. Wow, saya pun rasanya tak macam tu nanti. Dia memang sporting dan tidak pernah menyusahkan anak-anak. Soal jodoh diserahkan kepada anak. Tak perlu pening2, kerana kami yang akan memulakan layaran bahtera, biarlah anaknya yang memilih yang terbaik.



Minggu pertama dirumah mak mertua memang kekok. Saya yang kekok tapi keluarga hubby buat biasa2 aje. Dalam hati, alamak, saya yang expect yang bukan-bukan. Bermula dari pagi, MIL saya bangun untuk buat breakfast, pergi ke pasar, masak tengahari dan minum petang makan malam. Yelah, terasa sangat janggal, kerana saya sendiri perlu sesuaikan diri dengan suasana baru. Minggu bertukar minggu, bulan bertukar tahun, segala perjalanan hidup dengan ibu mertua saya sangat mudah. Dia memang seorang yang disenangi dan baik hati. Rindunya saya padanya.

Ada banyak peristiwa yang kekal segar dalam ingatan, terutama bila dia menunjukkan keprihatinan kepada saya yang merupakan orang luar yang tidak dikenali pada asalnya. Sering tersentuh bila dia mendahulukan saya berbanding orang lain. Walaupun tidak lama saya bersamanya, semua kenangan dan panduan yang sempat diberi saya simpan dan banyak yang saya jadikan contoh.

Mungkin saya boleh kongsi beberapa perkara untuk panduan bersama bagaimana untuk mengambil hati ibu mertua yang tersayang, terutama sewaktu kita datang bertandang atau jika tinggal dengannya :

1. Bangun pagi, dan setiap kali kedapur, tolong apa yang patut. Kalau boleh masak resipi sendiri. Tapi awal-awal saya tak berani. Maklumlah mak mertua pandai masak, dan dia memang mahu orang menikmati hasil air tangannya. Saya cuma tolong apa yang patut. Kadang2 tolong borang pun ada.

2. Berbual-bual diwaktu rehat dengannya supaya dia rasa lebih mesra alam dengan kita

3. Minta tolong hal yang dia pakar - ini memang betul sebab dengan bangganya dia akan tunjukkan apa yang kita tidak tahu. Tak hairanlah banyak petua-petua rahsia yang selama ini saya tidak tahu menjadi panduan hidup saya sehingga sekarang. Satu lagi dia gemar sangat dengan pokok bunga terutama bunga orkid. Berjenuh saya nak ingat habitat pokok yang tertentu, tak cukup dengan tu, dia minta saya bawa balik dan jaga. Alamak...yang ini kantoi sebab bila dia datang bertandang kerumah, pokok dah tak ada.

4. Kegemaran mak mertua saya ialah memasak. Jadi sesekali buat satu resipi yang enak untuk dia. Sekurang-kurangnya dia tahu menantunya gemar masak, senang hatinya bila ingatkan anaknya terjaga makan minum.

5. Jangan marah hubby depan mak mertua. Yang ini, memang saya pun akan marah juga kalau berlaku depan mata saya. Tak apa, yang ini saya pun memang tak pernah buat. Marah pun tak pernah... cuma merajuk sikit aje adalah ...

6. Sayang keluarga dan mertua seperti kita menyayangi ibu bapa sendiri. InsyaAllah, kebahagiaan datang dengan sendiri kepada kita.

7. Sesekali call ibu mertua bertanya khabar. Senang hati juga mereka menerima. Dalam apa jua keadaan, yang penting, jangan bersaing dengan emak mertua sebaliknya mengalahlah dan cuba memahami perasaannya , seperti kata Prof Dr Muhaya.  Baru kita mampu menjiwai kehidupan alam perkahwinan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment