Saturday, 4 April 2015

Idea sarapan yang pantas di hari bekerja


Sarapan paling penting untuk mulakan hari. Untuk ibu-ibu yang bekerja, mungkin menjadi isu dan masalah apabila nak sediakan breakfast untuk anak-anak yang nak pegi sekolah pada waktu pagi. Sarapan ni nampak simple namun kadang-kadang kita terlupa ia idea yang bagus untuk disediakan. Ambil satu dua bahan dan masak. Lepas tu nyum nyum.. Ini antara breakfast yang anak-anak saya ambil dan saya sediakan di pagi hari seawal 5.30 pagi. Lepas subuh mereka dah sedia untuk alas perut.


1. Lempeng berkelapa (pastikan kelapa parut sudah tersedia pada malamnya, lebihan sambal malam tadi boleh dibuat cicah)

Wednesday, 1 April 2015

Safe Haven




Saya gemar romantic movie. Something yang simple, sweet dan santai. Hari ini baru tengok filem 'Safe Haven' cerita 2013. Dah few times tengok sebenarnya. Sesuai sangat watak heronya dengan Josh Duhamel. Cerita tentang Katie yang baru berpindah ke tempat baru membawa bersamanya kisah lampau. Hajatnya mahu membina hidup baru di sebuah pekan yang kecil.  Katie berjumpa dengan Alex duda anak 2 yang mengusahakan kedai di pekan tepi pantai tersebut (suka sangat suasana dan pemandangannya). Alex kematian isteri kerana kanser. Agak biasa, bapa yang kesunyian dan seorang wanita yang pandai mengambil hati anak-anak.  Setelah beberapa peristiwa, marah dan memaafkan, pemandangan cantik, pekan yang sederhana, berkenu di tasik yang damai, anak-anak yang mula sayang, masyarakat pekan yang prihatin, akhirnya mereka terpikat antara satu sama lain. Sebaik saja kegembiraan menghampiri, Alex dan masyarakat yang baru mengenali Katie didatangi oleh bekas suami Katie yang sebenarnya sedang memburu Katie . Suasana agak tegang untuk memanaskan mood cerita.

Tuesday, 31 March 2015

Ambil kira pilihan yang ada untuk Diet Atkins



Apabila encik suami kata nak mula Diet Atkins, saya agak terkejut. Ianya bermula bila saya sendiri mahu kuruskan badan. Hmm dah berumur2 ni, perlu jaga kesihatan dan  sekaligus nak dapatkan berat badan ideal. Rupanya rezeki saya juga bila cik abang pun nak kuruskan badan sama. Kami plan diet Atkins sebab nampak lebih mudah berbanding plan diet yang pernah kami cuba. Bukan tak pernah

Sunday, 29 March 2015

Lazada Ok Dari Sini




Akhirnya dapat juga barang yang dinanti-nanti dari Lazada Malaysia. Hmm.... rasanya memang puas hati kali ini. Bukan apa, dah lama mencari juicer yang tak berapa canggih sangat jenamanya sebab kalau tengok fungsi , semuanya agak lebih kurang je. Tujuan cuma nak memerah buah-buah / sayur  mana yang berkenan di hati. Yang berjenama pun ok, cuma kalau fungsi, cara dan hasilnya sama, apa salahnya cari yang murah saja kan.  Saya pula bukannya kaki shopping terutama nak keluar masuk kedai-kedai barang elektrik ni... So akhirnya saya order yang ini. Harga dalam RM72 dengan

Monday, 23 March 2015

Teknik bagaimana mahu tenang dalam apa juga keadaan


Dalam dunia yang penuh cabaran, barulah kita tahu bahawa keadaan tak seindah zaman kanak-kanak atau remaja. Pelbagai ujian hidup harus ditempuhi dan bukan kita sentiasa akan kekal bahagia dan ceria. Sampai satu tahap kita akan bertemu situasi yang amat amat sukar. Pernah tak dalam membuat suatu keputusan atau pekerjaan, tiba-tiba kita diserang satu percanggahan dan 'stop'. Kita tak tahu nak buat apa. Fikiran mula bercelaru. Tak tenang dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Jom kita lihat. Mungkin boleh membantu:

1. Biarkan saja
Dalam apa saja situasi yang sukar dan tiada daya kita untuk mengawal, maka biarkan saja. Hmm macam mudah sangat kan. Anggap kita tiada reaksi dalam situasi ini. Jangan memilih untuk stress. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Contoh : Setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sesuatu, kita masih gagal di keputusan akhir. Rasa menyesal, rasa bersalah. Biarkan saja untuk sementara waktu kerana tiada apa yang mampu dilakukan. Itu akan jadi lebih mudah dalam minda kita kan. Tunggu dulu, biar sejuk untuk waktu terdekat.

2. Bernafas
Bernafas seperti biasa dan cuba tenangkan fikiran. Cuba teknik bernafas mengawal perasaan dengan betul.
-Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5.
-Tahan nafas dalam kiraan 5.
-Hembus nafas melalui mulut secara perlahan.