Tuesday 31 March 2015

Ambil kira pilihan yang ada untuk Diet Atkins



Apabila encik suami kata nak mula Diet Atkins, saya agak terkejut. Ianya bermula bila saya sendiri mahu kuruskan badan. Hmm dah berumur2 ni, perlu jaga kesihatan dan  sekaligus nak dapatkan berat badan ideal. Rupanya rezeki saya juga bila cik abang pun nak kuruskan badan sama. Kami plan diet Atkins sebab nampak lebih mudah berbanding plan diet yang pernah kami cuba. Bukan tak pernah
cuba plan lain, tapi semuanya gagal sebab sekerat jalan atau kesedaran yang tak berapa nak sedar.. Hahaha...

Progress kami?

Baru masuk minggu ke 2 (induction) kami.
Berat saya turun sebanyak 2.9 kg
Suami saya turun sebanyak 2 kg
Alhamdulillah. sekurang-kurangnya ada perubahan.

Senang cerita sesiapa yang kuat semangat, sanggup berkorban boleh cuba Diet Atkins. Ianya lebih mudah diikuti dan mesra rasa untuk semua golongan. Ciri-ciri yang perlu diambil kira dan mungkin mudah bagi kita:

1. Tak perlu berlapar kerana ada orang mempunyai selera makan yang agak besar. Tak boleh nampak makanan kegemaran, mesti nak sapu. Ikut menu diet ni betul-betul. Boleh makan selagi bukan yang tergolong dalam kelompok yang  tidak dibenarkan. Contoh : Saya memang penggemar cheese. Untuk peringkat induction, memang berbaloi untuk saya.

2. Lebih murah dan mengubah sedikit sebanyak cara hidup kami. Dulu kami mudah sangat untuk makan diluar. Kadang2 lepas membeli barangan keperluan, tak kira lapar atau nak bersantai. Sekarang tidak lagi, kerana kami banyak menghabiskan masa di rumah.

3 Perut lebih selesa tanpa nasi atau karbo yang sangat mengenyangkan. Badan terasa ringan dan mudah melakukan pekerjaan.

4. Resipi diet atkins yang meyakinkan perlu disediakan sendiri di rumah, bukan di kedai makan. Kalau ada pun agak menggusarkan kerana kami tak tahu apa kandungan bahannya. So cara terbaik, jom masak kat rumah. Memang perlukan pengorbanan masa dan tenaga. Saya memang suka masak. Tapi ikut mood. Maka banyaklah resepi baru yang saya pelajari dan masak berkaitan dengan Atkins. Selalu masakan yang mengikut citarasa tapi kini, agak simple walaupun perlu lebih modal. Namun, bagusnya banyak resepi yang boleh dicuba di alam cyber.

5. Berat turun drastik pada awalnya memang amat mengujakan.

6. Pengorbanan perlu dilakukan. Tak ada teh tarik buat sementara. Tak ada roti canai ane.. Tak ada char keow teow atau nasi arab buat bulan ini ok.  Perubahan dilakukan menuju kebaikan.

7. Kalau diteliti, makanan wajib untuk Diet Atkins diperingkat awal adalah telur, daging, dan banyak kumpulan protein lain. Memang agak mengenyangkan dan sedap jika dipelbagaikan.
PERHATIAN ! Untuk golongan 40an keatas , seboleh2nya saya cadangkan rujuk dahulu kepada pakar atau doktor anda. Ini atas pengalaman sendiri.  Sebelum mengamalkan diet Atkins, kita cenderung untuk makan pelbagai kumpulan makanan. *Namun untuk peringkat awal diet Atkins, perhatikan corak pemakanan kita. Banyak protein, daging dan telur yang perlu diambil (disamping sayur-sayuran). Sila pastikan jumlah kolesterol dalam badan adalah stabil dengan pengambilan daging dan telur yang agak banyak dan drastik semasa proses ini.

GOOD LUCK DENGAN DIET ATKINS

*Sila rujuk pakar.


No comments:

Post a Comment