Tergerak hendak menulis tentang daun belalai gajah kerana untuk kesekian kali, sejak mak mengidap sakit batu karang dan melakukan pembedahan, sakit pinggangnya semakin berkurangan sejak mengambil rebusan daun belalai gajah untuk beberapa minggu ini. Lega teramat sangat. Kalau tidak, setiap hari memang mengadu sakit pinggang tak henti. Memang sebelum ini pun ramai kawan-kawan yang telah memberi feedback yang sangat menggalakkan tentang daun belalai gajah ni. Malah ada setengahnya menanam daun ni dengan begitu banyak di laman belakang rumah mereka. Lagipun ianya cukup senang tumbuh. Cucuk saja batangnya di tanah yang kosong. Tumbuh lah tak lama selepas tu.
