Showing posts with label produk sejuk beku. Show all posts
Showing posts with label produk sejuk beku. Show all posts

Saturday, 4 July 2015

Kejayaan Pengeluar Ayam Organik dan Keistimewaannya - Kedai Az-Zain


Topik tentang ayam organik sudah lama diperkatakan sejak dari dulu. Memang menarik. Asalnya dulu saya dan famili sering membeli koleksi ayam di kedai HPA di sebuah kedai di Taman Kinrara Puchong. Setelah kedai ditutup, kami mencari alternatif lain disebuah kedai istimewa di Shah Alam. Saya sangat bangga dengan kewujudan kedai sebegini kerana ia memberi ruang untuk umat Islam lebih peka dan sedar tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halalan tayyiba dan diyakini.  Pengurusan Az-Zain salah sebuah syarikat bumiputera yang bertanggungjawab untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim di Malaysia.

Perbezaan sewaktu menyediakan masakan ayam di dapur memang amat ketara. Ayam tidak berbau kuat, dan tidak terlalu lembik. Oleh kerana telah dilakukan proses pembersihan, maka kita tidak perlu mencuci dengan air yang banyak dan berulang kali. Tiada bau yang kurang menyenangkan yang tertinggal selepas membersihkan ayam sebelum kita meletakkan rempah ratus. Ianya memang sangat digemari oleh keluarga saya.


Setelah beberapa tahun beroperasi, Az-Zain mengembangkan sayap dengan tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna. Az-Zain sentiasa berusaha memastikan dan mengumpulkan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.