Wednesday, 18 November 2015
Tentang buku The Art of Thinking Clearly
Sesiapa yang tengah mencari buku-buku non-fiction untuk dibaca, saya cadangkan sebuah buku yang memang menyimpang dari apa yang selalu kita fikirkan. The Art of Thinking Clearly oleh Rolf Dobelli. Dah lama dah. Saya memang suka baca novel dan nasihat orang (motivational) tapi yang ini memang agak pelik. Ini kerana buku ini menjelaskan tentang perkara-perkara yang selalu kita fikir ianya betul, tapi menurut penulis, kita perlu memikirnya semula kerana ianya salah dan inilah hasilnya.
Katanya kita hidup dengan andaian-andaian yang kadang-kadang silap tanpa kita sedari dan ianya mempengaruhi seumur hidup kita. Ada 99 bab tentang perkara-perkara normal yang biasa kita dan masyarakat buat dan tak semestinya sentiasa betul. Dari seorang minah kampung yang belum habis belajar, pelajar, eksekutif, peniaga online, ibu-ibu, makcik-makcik hinggalah seorang pelabur perniagaan besar , sesuai baca buku ni kerana ia menjelaskan persepsi hidup kita selama ini.
Saya tak kata setuju 100% dengan apa yang dia tulis, namun boleh difikirkan akan kisah disebalik penerangan ceritanya kepada kehidupan kita dan kita boleh mula menilai. Pada pendapat saya agak berbaloi baca buku ni, kerana ia membuatkan kita berfikir secara berbeza. Sesekali selain baca novel macam 'Suamiku Encik Perfect 10" cubalah yang ini pulak... kerana manusia perlukan sesuatu yang berbeza untuk difikirkan untuk kekal proaktif.
Selamat Membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak cari buku jugak lah..menarik!
ReplyDeleteye cubalah.... kalau x nak simpan koleksi, cari and download kat pakcik google.
Delete