Berikut cara-cara membuat Lasagna simple : -
Bahan-bahan
-kepingan lasagna segera ( rendam dalam lebih kurang 8 keping bergantung pada saiz bekas)
-parutan keju mozarella, secukupnya
-serbuk keju parmesan, secukupnya
Kepingan Lasagna yang di rendam
Bahan untuk sos inti :
400 gram daging atau ayam kisar
1 jar kecil sos prego traditional
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
4 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji capsicum hijau, potong dadu
6 biji cendawan butang, hiris nipis ( optional tapi sedap kalau ada)
1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sos putih:
2 sudu besar mentega (kalau banyak nanti lasagna akan nampak berminyak)
2 sudu besar tepung gandum
2 keping keju cheddar cheesedale
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
lada putih dan garam secukup rasa
Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan
Cara Penyediaan:
Cara untuk masak sos bolognaise:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang digunakan adalah yang segera atau kering.
Cara memasak sos putih:
Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan lada putih serta sedikit garam. Sikit saja sebab dah ada rasa masin pada cheese
Angkat dan sejukkan
Cara untuk membuat lasagna:
Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Pastikan lapisan terakhir cukup dengan sos dan inti. Lepas tu tabur cheese banyak banyak masa akhir tu. Hmmm nyum nyum untuk penggemar cheese.
Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. Dekat 10 minit lagi hampir masak saya ganti dengan pemanasan atas, supaya cheese kat lapisan paling atas tu nampak terbakar sikit macam yang saya suka. Kalau tak minat yang macam tu, tak perlu tukar ke pemanasan atas.
Rujukan: iresipi
Menggoreng Inti
Hasil Sos Inti
Sos Inti dan Sos Putih
Sos Putih lapis atas inti.
Lapisan Inti atas Kepingan Lasagna
Siap untuk dibakar
Lasagna dah masak. Sedia untuk dimakan.
Suka sangat bila angkat dengan cheese yang bertali-tali tu. Nyum nyum
Sekejap lagi habislaa......
Selamat mencuba
Menariknya Huzaimah....tetiba lapar pulak hihi....Mmg suka makan lasagna kat pizza hut, buatnya lum pernah. Nantilah nak try beli kepingan lasagna tu...Mesti puas makan kan....
ReplyDeletememang puas tapi... kena banyak bersabo.. prosesnya agak lama... kena spend masa. tak boleh buat waktu kelam kabut. yang penting famili suka..
Delete