Zah, Mas, Tika, Haja, Wan, Su dan tentu sekali ustazah Nurul yang menjadi tulang belakang kumpulan ilmu kami, korang memang bessttt!! . Perbincangan tak mengambil masa yang lama pun, hanya sekitar 2 jam. Selepas balik usrah, masing-masing akan pulang menjalankan tanggungjawab rumah tangga masing-masing seperti biasa. Masak, mengambil anak sekolah, menjemur kain basuhan dan banyak lagi lah... macam biasa, tugas kami. Bulan raya kali ini sememangnya agak meriah. Suasana raya dan juadah raya amat sinonim dengan setiap pertemuan dibulan syawal yang mulia. Usrah kami yang baru berusia tidak sampai setahun ini diteruskan selepas seminggu raya.
Minggu terakhir syawal ada menu special dari Ika. Saya pun tak pernah merasa. Hmmm.... terimakasih ika kerana memperkenalkan pada akak and kengkawan lain menu baru yang tak pernah kami cuba.
Menu pertama Ulam Pucuk Daun Kadok
Rupa daun kadok ni hampir sama dengan daun sirih.
Daun Kadok dengan inti pelbagai dimakan begitu saja. Mulanya agak pelik juga, maklumla kita ni bukanla penggemar tegar ulam-ulaman. Tapi tak pernah menolak ulam kalau dah terhidang...
Inti untuk ulam :
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Kacang Tanah disangrai
Isi kelapa disangrai
Limau nipis
Sos special
Kena makan dengan tenang dan sabar.
Terjumpa link resepi yang begitu detail tentang ulam kaduk dari Bro Mat Gebu
Kat Sini
Menu Kedua Nasi Kerabu Siam
Ramuannya :
Udang Kering Dikisar
Bawang Besar
Daun Kaduk
Serai
Daun Kaduk Goreng
Keropok goreng
Sos kicap
Sos masam manis
Nasi Kerabu daun pandan
Daun Kadok Goreng
Memang agak berbeza dengan Nasi Kerabu yang sering dimakan terutama sekali dari segi pada ulam-ulaman dan juga kuahnya.
Oklah. Kita sambung lagi usrah dan ngaji kita selepas raya. Terimakasih kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah ini. Terimakasih ustazah kerana berkongsi ilmu walaupun sesi kita tak terlalu lama. Antara fitrah hati manusia, dahagakan ilmu, mahukan kebaikan dan keselesaan. Semuga ianya berpanjangan. Cuma kadang-kadang faktor kesibukan sentiasa ada untuk kita sering bersama.