Sunday, 16 August 2015

Secubit Rasa Semanis Indahnya Persahabatan

Perkenalan kami sudah lama. Bermula dengan mula mengenali satu sama lain sewaktu berkumpul di surau jika ada keramaian atau majlis ilmu.  Penampilan kami juga sangat sangat berbeza. Maklumlah, kombinasi yang dah berusia, pertengahan dan yang muda. Ada yang bertudung litup, yang biasa-biasa dan ada yang mengikut trend semasa namun tetap patuh syariah.  Pastinya tak bermakna kami tak boleh bersama. Setiap Rabu dan Khamis kami akan berkumpul, singgah di teratak ibu2 prihatin dan rajin ini, melepak sambil berusrah, mengaji, membaca kitab dan tentunya diakhiri dengan makan-makan juadah potluck atau hidangan tuan rumah. 

Zah, Mas, Tika, Haja, Wan, Su dan tentu sekali ustazah Nurul yang menjadi tulang belakang kumpulan ilmu kami, korang memang bessttt!! . Perbincangan tak mengambil masa yang lama pun, hanya sekitar 2 jam. Selepas balik usrah, masing-masing akan pulang menjalankan tanggungjawab rumah tangga masing-masing seperti biasa. Masak, mengambil anak sekolah, menjemur kain basuhan dan banyak lagi lah... macam biasa, tugas kami. Bulan raya kali ini sememangnya agak meriah. Suasana raya dan juadah raya amat sinonim dengan setiap pertemuan dibulan syawal yang mulia. Usrah kami yang baru berusia tidak sampai setahun ini diteruskan selepas seminggu raya.

Minggu terakhir syawal ada menu special dari Ika. Saya pun tak pernah merasa. Hmmm.... terimakasih ika kerana memperkenalkan pada akak and kengkawan lain menu baru yang tak pernah kami cuba. 



Menu pertama Ulam Pucuk Daun Kadok



Rupa daun kadok ni hampir sama dengan daun sirih. 



Daun Kadok dengan inti pelbagai dimakan begitu saja. Mulanya agak pelik juga, maklumla kita ni bukanla penggemar tegar ulam-ulaman. Tapi tak pernah menolak ulam kalau dah terhidang...

Inti untuk ulam :

Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Kacang Tanah disangrai
Isi kelapa disangrai
Limau nipis

Sos special



Kena makan dengan tenang dan sabar.

Terjumpa link resepi yang begitu detail tentang ulam kaduk dari Bro Mat Gebu
Kat Sini


Menu Kedua Nasi Kerabu Siam




Ramuannya :

Udang Kering Dikisar
Bawang Besar
Daun Kaduk 
Serai
Daun Kaduk Goreng
Keropok goreng
Sos kicap
Sos masam manis
Nasi Kerabu daun pandan






Daun Kadok Goreng

Memang agak berbeza dengan Nasi Kerabu yang sering dimakan terutama sekali dari segi pada ulam-ulaman dan juga kuahnya. 

Oklah. Kita sambung lagi usrah dan ngaji kita selepas raya. Terimakasih kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah ini. Terimakasih ustazah kerana berkongsi ilmu walaupun sesi kita tak terlalu lama. Antara fitrah hati manusia, dahagakan ilmu, mahukan kebaikan dan keselesaan. Semuga ianya berpanjangan. Cuma kadang-kadang faktor kesibukan sentiasa ada untuk kita sering bersama. 

Tuesday, 11 August 2015

Hebatnya Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Rahman Kg Bukit Badong

Awal raya tempoh hari, kami menghadiri pertemuan pertama dengan keluarga ayah kepada arwah nenek saya ( yang saya pun tak pernah jumpa), secara beramai-ramai yang di adakan di kampung kelahiran saya sendiri, Kg Bukit Badong yang permai. Jumlah yang dianggarkan lebih 700 orang semuanya, dihadiri oleh semua anak, cucu, cicit yang mana berkelapangan. Wow! Memang tak sangka, walaupun ramai yang saya kenali, namun masih ramai juga cabang saudara mara yang kami tak pernah jumpa. Memang agak meriah, penuh dengan keterujaan dan saling berkenalan mana yang mengenali dari jauh. Memang tak dapat kami lupakan.

Hajatnya supaya selepas ini, mungkin ada pertemuan yang lain dengan semua yang ada dan juga susur galur keluarga ini yang masih belum kami temui lagi. Maklumlah, waris terdekat iaitu anak-anak Haji Abdul Rahman sendiri, dah berusia belaka. Yang menariknya, segala berbelanjaan untuk acara dan juadah dikongsi bersama oleh semua ahli keluarga. Maka berbondonglah makanan dan juadah raya yang disediakan menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Dan yang paling specialnya, majoriti juadah adalah buatan asli orang jawa. Hahaha....


Ini sebahagian ahli keluarga saya, generasi ke 2, ke 3 dan ke 4. Makcik dan Pakcik, sepupu dan anak-anak saudara. 


Sebahagian dari keluarga embah-embah yang ada. Kami yang generasi ke 3 nih memang tak kenal ramai terutama yang bujang-bujang dan kecik-kecik tu.


Mak yang saya fokus ditengah-tengah bertudung biru. 


Semua orang berwajah ceria. 

Pengisian perjumpaan diisikan dengan  perkenalan ringkas keluarga susur galur mengikut anak-anak arwah Haji Abdul Rahman yang seramai 13 orang. Patutlah ramai sangat yang datang. Pemberian duit raya untuk anak-anak, jamuan yang tak putus-putus, cabutan bertuah untuk keluarga bertuah dan sessi mengambil gambar untuk kenang-kenangan adalah antara lain aktiviti bersama yang dijalankan. Seronok dapat hadir walaupun sekejap cuma. Muga ada lagi rezeki kami untuk membuat pertemuan sebegini. 





Friday, 24 July 2015

Panduan Makanan Sihat Selepas Raya



Tekan di sini Jika >> Nak Berhenti Merokok

Aidilfitri  sudah menjengah beberapa hari. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta kurangnya aktiviti fizikal yang dibuat, gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menambahkan berat badan dalam lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik ataupun makanan sukar hadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Makanan sihat berikut boleh mengembalikan rasa selesa dan sihat selepas raya. Yang penting kita kekalkan pemakanan ini untuk banyak kebaikan kepada kita. Ianya membantu menghindar sakit serius seperti kencing manis , kanser, dan penyakit jantung, mengukuhkan sistem imun anda, melindungi dan melicinkan kulit anda; dan membantu anda menurunkan berat badan atau kekal langsing. Pastikan MAKANAN INI  sentiasa berada dalam senarai checklist barangan dapur kita ye...


  1. Bayam - Mencegah kanser, nutrisi untuk jantung dan meningkatkan memori.
  2. Tomato - Mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan membantu masalah tidur
  3. Brokoli -  Mengawal berat badan, mencegah sakit jantung, mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan mata.
  4. Kiwi - Membantu pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan meningkatkan sistem imun tubuh.
  5. Blueberries - Mengandungi antioksidan, membantu menghalang bakteria atau jangkitan salur kencing dan rendah kalori
  6. Apple -  Mencegah kanser, menurunkan koleterol dan  mengubati asma
  7. Guava - Melancarkan pencernaan, mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas, dan mineral penting yang bermanfaat untuk sistem metabolisma tubuh.
  8. Salmon -  Menjaga kesihatan jantung, meningkatkan fungsi pembuluh darah dan membaiki gangguan inflamasi 
  9. Jus delima - Membaik pulih fungsi hati dan limpa, mencuci buah pinggang dan salur kencing dan membantu penghadaman
  10. Oat - Mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes, mengurangkan kolesterol, dan mengurangkan risiko arteri salur darah serangan jantung
  11. Pisang  Mengandungi kandungan vitamin yang tinggi, sumber tenaga dan menurunkan berat badan
  12. Tiram - Meningkatkan kesuburan wanita, meningkatkan sistem imun dan membantu tulang yang kuat
  13. Cendawan Membantu fungsi sistem sarah, mengekalkan kesihatan sel darah merah dan melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang membawa kanser dan sakit jantung
  14. Jus lemon - Mengandungi mineral yang sangat baik, membantu pencernaan dan mengubati arthritis
  15. Buah Oren  Membantu mencegah kanser, sakit buah pinggang dan mengurangkan risiko kanser hati serta merendahkan kolesterol
  16. Kentang Menurunkan berat badan, melindungi penyakit kardiovaskular dan meningkatkan sistem imun pada tubuh
  17. Labu manis - Mengawal kenaikan tahap gula dalam darah dan membaiki fungsi pankreas dimana insulan dihasilkan
  18. Kobis brussel  Membantu penurunan berat badan, antioksidan dan melindungi dari kanser 
  19. Ikan sardin - Menjaga kesihatan tulang, menjaga kesihatan jantung dan mengandungi protein tinggi untuk pertumbuhan 
  20. Teh Melarutkan lemak, melancarkan pencernaan dan membantu menurunkan berat badan
  21. Kopi - Membakar lemak, meningkatkan tenaga mencergaskan produktiviti dan menurunkan risiko diabetes
  22. Raspberry Mencantikkan kulit, membakar lemak dan menstabilkan gula darah
  23. Beras Perang - Mengurangkan risiko kanser kolon, mencegah sakit jantung dan merendahkan kolesterol
  24. Coklat Mencegah sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan anti depression
  25. Buah pear Ia adalah anti radikal bebas, mencegah penyakit jantung, mencegah kanser dan menjaga kadar gula
  26. Capsicum merahMeningkatkan selera makan, agen penyembuhan, antioksidan dan mencegah influenza 
  27. Keledek Mengandungi serat tinggi untuk pencernaan,  menurunkan tekanan darah dan mencegah kanser
  28. Minyak Zaitun Merawat wajah, mencantikkan kulit dan merawat kerosakkan rambut
  29. Soya Kaya dengan vitamin, pengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung 
  30. Kekacang Melancarkan perjalanan darah ke jantung, menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu, dan menyeimbangkan sistem hormon tubuh 
  31. Daging tanpa lemakSumber tenaga dan sumber protein. Juga untuk kecerdasan otak dan anti karsinogen
  32. Yogurt Sarat dengan vitamin, mencegah hipertensi dan menyihatkan gigi dan tulang


Thursday, 9 July 2015

Bagaimana Cara Mengambil Hati Ibu Mertua


Hari ini tergerak hati untuk nak menceritakan tentang arwah ibu mertua yang sentiasa dalam ingatan.  Semuanya gara-gara saya and hubby dok berbual pasal dia terutama sekali di musim bulan puasa ini. Seperti biasa, macam-macam yang 'diceritakan semula' oleh hubby dek kerana teringat pada mak tersayang. Saya ingat dan tahu semua cerita yang disampaikan kerana ianya dah berkali-kali terdengar di telinga saya. Namun sebagai wifey yang sangat prihatin, tak ada salahnya, malah itulah penyedap rasa perbualan kami bila-bila masa terluang kami bersembang. Rasa rindu dan hiba berselang dalam fikiran bila teringatkan mak mertua saya yang dah seperti ibu sendiri. Perkenalan saya dengan ibu mertua adalah dalam lebih kurang 20 tahun yang lalu sewaktu kami bertunang. Kata hubby, sebaik saja dia menyatakan hasratnya tentang saya, MIL tak cakap banyak, tanya beberapa persoalan, dan kemudian OK. Wow, saya pun rasanya tak macam tu nanti. Dia memang sporting dan tidak pernah menyusahkan anak-anak. Soal jodoh diserahkan kepada anak. Tak perlu pening2, kerana kami yang akan memulakan layaran bahtera, biarlah anaknya yang memilih yang terbaik.

Saturday, 4 July 2015

Kejayaan Pengeluar Ayam Organik dan Keistimewaannya - Kedai Az-Zain


Topik tentang ayam organik sudah lama diperkatakan sejak dari dulu. Memang menarik. Asalnya dulu saya dan famili sering membeli koleksi ayam di kedai HPA di sebuah kedai di Taman Kinrara Puchong. Setelah kedai ditutup, kami mencari alternatif lain disebuah kedai istimewa di Shah Alam. Saya sangat bangga dengan kewujudan kedai sebegini kerana ia memberi ruang untuk umat Islam lebih peka dan sedar tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halalan tayyiba dan diyakini.  Pengurusan Az-Zain salah sebuah syarikat bumiputera yang bertanggungjawab untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim di Malaysia.

Perbezaan sewaktu menyediakan masakan ayam di dapur memang amat ketara. Ayam tidak berbau kuat, dan tidak terlalu lembik. Oleh kerana telah dilakukan proses pembersihan, maka kita tidak perlu mencuci dengan air yang banyak dan berulang kali. Tiada bau yang kurang menyenangkan yang tertinggal selepas membersihkan ayam sebelum kita meletakkan rempah ratus. Ianya memang sangat digemari oleh keluarga saya.


Setelah beberapa tahun beroperasi, Az-Zain mengembangkan sayap dengan tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna. Az-Zain sentiasa berusaha memastikan dan mengumpulkan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.