Sunday, 19 April 2015

Secretleaf produk kualiti dari anak tempatan



Apabila sebut tentang kecantikan, orang perempuan memang teruja. Carilah satu yang paling sesuai untuk kita. Memang pencarian untuk mendapatkan yang terbaik memang tak berpenghujung. Ada yang terikut untuk membeli kerana jenama, sebab tentu saja ianya mudah diyakini. Saya sendiri, produk kegemaran saya berubah mengikut zaman dan usia. Masa belajar dulu, lain sebab saya sering membeli dari pelajar senior yang senang saya temui. Dah kerja, saya mula tak ambil hal tentang jenama, hahaha.... mungkin terlalu sibuk. Lepas beranak pinak, saya tak ambil hal juga namun bila terasa yang wajah ni dah ada something wrong, barulah sibuk nak mencari-cari.






Salah satu produk yang menarik hati ialah SECRETLEAF. Ianya dikilangkan di Malaysia oleh seorang anak tempatan berlokasi di Batu Caves Selangor.

Ciri-ciri kelainan dengan produk secretleaf ialah

1. Formulasi Natural menurut piawai Eropah (mereka boleh memberitahu berapa peratus bahan natural dalam setiap produk kami)

2. Dikilangkan oleh KILANG mereka sendiri (GMP, HALAL, ISO9001:2008). Bukan repack.

3. Setiap formula adalah UNIK diformulasi oleh Secretleaf sendiri dengan kerjasama pengeluar bahan-bahan antarabangsa

4. Formula bebas unsur BINATANG kecuali sumber laut

5. Formula bebas KIMIA MERBAHAYA. Bukan sahaja tanpa hidrokuinon atau merkuri, bahkan tanpa paraben, triclosan atau apa-apa yang boleh menyebabkan kanser.

6. Satu-satunya produk Bumiputra yang boleh dibandingkan dengan jenama ANTARABANGSA. Berbaloi menurut perbandingan oleh pelanggan yang menggunakan jenama antabangsa terkenal.

7. Produk yang menerima anugerah produk PILIHAN tahunan oleh majalah tempatan

8. Setiap bahan diteliti proses pengeluaran agar menepati piawai HALAL.

9. 100% kepuasan pelanggan. Ramai pelanggan yang TERPEDAYA dengan produk yang menggunakan hidrokuion dan sebagainya yang kembali pulih setelah menggunakan produk Secretleaf.

10. Pilihan bahan yang digunakan dalam produk antabangsa terkenal.

11. Milik bumiputra. Milik Muslim. Milik Malaysia.

Untuk yang berminat di sekitarPuchong , Lembah Klang atau sekitarnya ada perkhidmatan penghantaran sendiri mahupun pos yang berada disini. Sila klik di gambar di bawah :









Saturday, 11 April 2015

Barang tanpa GST?





Apa tentang GST ni. Satu persatu penerangan demi penerangan diberikan. Namun bagi sesetengah orang, yang menjadi keutamaan ialah apa kos yang perlu mereka bayar. Apabila difikirkan memang pening memikirkan, itu, ini, kenapa yang ini ada gst?

Di akhir rancangan, seperti mana berlakunya kesan kenaikan terhadap harga petrol, kali ini lebih besar kesan dan impaknya pada hampir keseluruhan barangan. Hari pertama saja dah nampak begitu ramai peniaga yang tamak dan penting diri. Pengguna saja yang tahu hakikatnya. 


Thursday, 9 April 2015

20 cara memenangi hati anak remaja



Sepanjang kehidupan menjaga anak-anak , kita telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Kita cuba untuk belajar dari waktu yang sebelum untuk tidak mengulangi kesilapan pendidikan masa lalu. Namun zaman yang berubah tidak menjanjikan apa-apa jaminan sekiranya kita mengikut cara kita atau sesiapa saja. Cabaran tetap ada terutama sekali setelah mereka mampu berfikir dan bergerak sendiri. Zaman remaja sangat mencabar bagi anak dan juga ibu-bapa. Seorang sahabat sering berkongsi dengan saya tentang anaknya yang sering kelihatan degil kerana jarang mendengar kata2 atau pesanannya. Malah dia sering melakukan apa yang sebaliknya yang kita sering nasihati. Akhirnya ia sering berakhir dengan siibu terpaksa mengalah dan kesedihan . Tentu sekali itu bukan pengakhirnya. Ibu bapa akan melalui fasa yang sama. Ini cuma secebis panduan :

1. Bersedia untuk apa yang ingin kita katakan kepada anak remaja.
2. Menjadi pendengar yang aktif tanpa gangguan

Saturday, 4 April 2015

Idea sarapan yang pantas di hari bekerja


Sarapan paling penting untuk mulakan hari. Untuk ibu-ibu yang bekerja, mungkin menjadi isu dan masalah apabila nak sediakan breakfast untuk anak-anak yang nak pegi sekolah pada waktu pagi. Sarapan ni nampak simple namun kadang-kadang kita terlupa ia idea yang bagus untuk disediakan. Ambil satu dua bahan dan masak. Lepas tu nyum nyum.. Ini antara breakfast yang anak-anak saya ambil dan saya sediakan di pagi hari seawal 5.30 pagi. Lepas subuh mereka dah sedia untuk alas perut.


1. Lempeng berkelapa (pastikan kelapa parut sudah tersedia pada malamnya, lebihan sambal malam tadi boleh dibuat cicah)

Wednesday, 1 April 2015

Safe Haven




Saya gemar romantic movie. Something yang simple, sweet dan santai. Hari ini baru tengok filem 'Safe Haven' cerita 2013. Dah few times tengok sebenarnya. Sesuai sangat watak heronya dengan Josh Duhamel. Cerita tentang Katie yang baru berpindah ke tempat baru membawa bersamanya kisah lampau. Hajatnya mahu membina hidup baru di sebuah pekan yang kecil.  Katie berjumpa dengan Alex duda anak 2 yang mengusahakan kedai di pekan tepi pantai tersebut (suka sangat suasana dan pemandangannya). Alex kematian isteri kerana kanser. Agak biasa, bapa yang kesunyian dan seorang wanita yang pandai mengambil hati anak-anak.  Setelah beberapa peristiwa, marah dan memaafkan, pemandangan cantik, pekan yang sederhana, berkenu di tasik yang damai, anak-anak yang mula sayang, masyarakat pekan yang prihatin, akhirnya mereka terpikat antara satu sama lain. Sebaik saja kegembiraan menghampiri, Alex dan masyarakat yang baru mengenali Katie didatangi oleh bekas suami Katie yang sebenarnya sedang memburu Katie . Suasana agak tegang untuk memanaskan mood cerita.