Thursday, 5 November 2015
Tips Masak Cepat
Penatnya apabila mula memasak namun terasa masih panjang lagi masa yang diperlukan. Maklumlah, baru nak siang ikan, baru nak blend cili, baru nak potong bawang dan macam-macam lagi. Kalau semua baru nak dibuat, agak-agak lagi 2 jam baru siap satu set dinner atau lunch yang kita sediakan. Ini ada beberapa tips simple yang mungkin biasa kita buat untuk menjimat masa memasak terutama untuk ibu-ibu yang bekerja atau yang sibuk jaga anak. Harap membantu....
1. Planning.. planning.. planning
Semua bermula dengan perancangan. Dari pengalaman saya yang tak seberapa ini, kalau kita rancang apa yang dimasak dalam seminggu, automatik kita dah tahu dan bersedia beli barangan dan bahan yang berkaitan semasa hari minggu. Tidak la terkial-kial nak mencari bahan disaat akhir waktu hari biasa. Boleh jimat belanja dapur lagi.
2. Potong dan cincang atau blend, asing-asing dan simpan siap-siap. So tak perlu defrost banyak-banyak bila tiba hari yang dikehendaki.
3. Packing ikut jumlah masakan
Ini bagus sebab kita dah tahu berapa banyak bahan untuk digunakan untuk masakan tertentu. Contoh Tumis Sayur. Dah siap-siap bahan-bahan yang berkaitan. Bawang, ikan bilis, cili dan sayur segar. Kalau rajin, label kan ikut hari apa yang kita nak masak. Tapi untuk saya, tak lupa kut kalau buat untuk seminggu. Malas nak label.
4. Untuk yang suka masak pizza atau lasagna ke , tentu frust kalau tengah berselera nak buat, tiba-tiba cheese tak ada. Satu tips mudah untuk jimat ialah waktu simpan cheese lebihan tu, jangan simpan kat freezer atau tempat yang hampir dengannya. Pastikan kat tempat agak bawah sikit dan tidak terlalu lembap. Senang cerita, cheese suka tempat sejuk dan kering. Kalau tak nanti naik kulat...hmm apa jadi kat pizza kita.
5. Paling senang kalau nak buat tambahan lauk. Buat sambal tumis yang tahan lama, dan boleh disimpan dan dimakan sebagai tambahan sewaktu hidangan tengahari atau makan malam.
6. Sesekali buat resipi Nasi Bujang yang sememangnya sedap sebenarnya.
Penyediaanya mudah saja.
Bahan-bahan :
Nasi putih
Telur Dadar
Pilihan Timun/Tomato /Ulam-ulaman
Sambal Belacan
Sup Kosong (Boleh panaskan dari lebihan sebelumnya)
Hidangkan PANAS PANAS..
7. Masak resipi yang sedap tapi simple (ikut kegemaran keluarga....contoh : ikan bakar. )
8. Buat tugas 2 in 1 semasa masak. Sambil goreng, sambil basuh pinggan. Sambil tunggu gulai masak, sambil blend cili. Sambil rebus telur, sambil blend cili. Sure tak menang tangan, tapi cepat.
9. Masak sambil dengar lagu kegemaran kita
Yang ini, janganla buat time orang rumah berlegar2 sekeliling. Tengok anak dok mengomel pun kita dah laju buat kerja. Ini cuma dicadangkan kalau kita dok sorang-sorang. Macam saya, sambil masak sambil dengar lagu Hindi memang best. Try Kuch Kuch Ho Ta Hai ke. Atau apa-apa lagu lah. Mesti laju punya korang masak.
Yang penting, tubuh rasa sihat. Nak masak apa pun untuk famili, hati kita tetap tenang dan gembira kaannn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment