HOTEL MIRAGE PORT DICKSON. Itu nama yang kebetulan saya temui semasa buat searching di internet untuk aktiviti percutian kami. Requirement saya cuma satu malam dan tak perlu attach dengan breakfast memandangkan kawasan persekitaran memang banyak kedai makan menarik. Memang dah selalu sangat ke sana. Urusan kerja biasalah. Jadi kami cuma perlukan tempat untuk menginap dan berehat itu saja.
Rate kami RM139 untuk bilik biasa. Tunjuk kad kakitangan kerajaan dapatla diskaun RM10. So kami cuma bayar RM129. Memang puas hati untuk kami. Siap bau cat baru lagi waktu kami masuk ke bilik.
Monday, 7 December 2015
Thursday, 3 December 2015
Kem Tahfiz Cuti Sekolah Surau Vista Lavender
Memang cuti sekolah yang panjang boleh peningkan mak ayah. Sebabnya tak tahu nak di letakkan anak tu kat mana, apa yang bermanfaat yang boleh dibuat dan untuk anak yang dah besar pun, masih terkedu tak tahu nak buat apa. Itu yang tidur sampai lepas tengahari baru bangun.
Ustaz Fadli melakukan praktikal solat
Tuesday, 1 December 2015
Agar Urusan Kita di Permudahkan
Hari ini benar-benar terharu sebab salah seorang online buyer saya memberi feed back yang sangat menyejukkan hati berikutan kesilapan yang telah kami lakukan dalam penghantaran. Wah.. bukan senang nak menerima kesilapan orang lain dengan begitu mudah setelah pihak kami memang tersilap. Kami akhirnya minta maaf dan berjanji akan setelkan semuanya dengan segera. Namun begitulah sebenarnya yang sering saya harapkan. Maklumlah urusan jualan ni bukan dilakukan oleh seorang dua. Memang banyak juga kesulitan yang kadang-kadang kami alami.
Tuesday, 24 November 2015
Strategi Untuk Pastikan Anak Berjaya Mendapat Tempat Di Asrama Penuh Selepas UPSR
Macam sudah menjadi suatu kebanggaan dan impian kepada ibubapa hari ini kalau anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh. Sudah pasti lah tujuan mereka untuk ke sekolah-sekolah asrama penuh ini agar anak-anak mereka akan mendapat kejayaan yang lebih lagi dengan belajar di sekolah-sekolah berprestij ini. Maklumlah sekolah sebegini menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Wednesday, 18 November 2015
Tentang buku The Art of Thinking Clearly
Sesiapa yang tengah mencari buku-buku non-fiction untuk dibaca, saya cadangkan sebuah buku yang memang menyimpang dari apa yang selalu kita fikirkan. The Art of Thinking Clearly oleh Rolf Dobelli. Dah lama dah. Saya memang suka baca novel dan nasihat orang (motivational) tapi yang ini memang agak pelik. Ini kerana buku ini menjelaskan tentang perkara-perkara yang selalu kita fikir ianya betul, tapi menurut penulis, kita perlu memikirnya semula kerana ianya salah dan inilah hasilnya.
Thursday, 5 November 2015
Tips Masak Cepat
Penatnya apabila mula memasak namun terasa masih panjang lagi masa yang diperlukan. Maklumlah, baru nak siang ikan, baru nak blend cili, baru nak potong bawang dan macam-macam lagi. Kalau semua baru nak dibuat, agak-agak lagi 2 jam baru siap satu set dinner atau lunch yang kita sediakan. Ini ada beberapa tips simple yang mungkin biasa kita buat untuk menjimat masa memasak terutama untuk ibu-ibu yang bekerja atau yang sibuk jaga anak. Harap membantu....
Labels:
lauk segera,
resipi,
tips masak,
tips masak cepat,
tips masak sedap
Cuti oh Cuti !
Masih terasa menanti dengan berdebarnya untuk menghadapi SPM 2015, kali ini cuti pulak untuk seminggu. Hai.. tak tahu apa nak dibuat kalau dah balik ke rumah. Cuti seminggu dipertengahan exam !!
Tapi tak apa. Ada banyak buku-buku menanti untuk Mira study / ulangkaji. Itulah anakku yang sedang menghadapi SPM 2015 sekarang. Kalau ikutkan debar ibu dan anak, sama saja. Kalau zaman ibu dulu, di tengah exam inilah pulun buat soalan-soalan tahun lepas sampai dah tak ingat dunia. Dunia dah tunggang terbalik pun rasanya dah tak sedar. Makan minum pun mana yang perlu.
Cuti seminggu kali ini di pertengahan SPM ada banyak hikmahnya. Kita lihat yang positif je. Maklumlah, lepas cuti Deepavali ni, ada banyak paper yang lebih tough. Jadi boleh study dengan begitu banyak masa yang ada.
Semuga semua memperoleh kejayaan dan dipermudahkan.
Saturday, 31 October 2015
Kehebatan dan Khasiat Daun Belalai Gajah
Tergerak hendak menulis tentang daun belalai gajah kerana untuk kesekian kali, sejak mak mengidap sakit batu karang dan melakukan pembedahan, sakit pinggangnya semakin berkurangan sejak mengambil rebusan daun belalai gajah untuk beberapa minggu ini. Lega teramat sangat. Kalau tidak, setiap hari memang mengadu sakit pinggang tak henti. Memang sebelum ini pun ramai kawan-kawan yang telah memberi feedback yang sangat menggalakkan tentang daun belalai gajah ni. Malah ada setengahnya menanam daun ni dengan begitu banyak di laman belakang rumah mereka. Lagipun ianya cukup senang tumbuh. Cucuk saja batangnya di tanah yang kosong. Tumbuh lah tak lama selepas tu.
Friday, 30 October 2015
Jangan Beri Smartphone atau Tablet kepada Anak Untuk Bermain
Cara paling mudah untuk ibu bapa untuk 'menjinakkan' anak masa kini ialah dengan mengumpannya menggunakan gadget terkini tak kira smart phone mahupun tablet. Setiap kali singgah ke kedai makan, membeli belah atau taman permainan, ada saja pasangan bersama anak kecil mereka yang pastinya berada dalam situasi demikian. Atau mungkin si abang atau kakak sedang merenung ke bawah pada skrin yang bercahaya, tablet ataupun telefon pintar. Si ibu dan ayah sedang makan, sedangkan anak kecil biasanya duduk di kerusi baby sambil memegang tablet. Nampak mudah dan bijak kerana biasanya game yang sedang anak mereka mainkan ialah permainan yang melibatkan minda. Pada asalnya, memang gadget terkini ini mampu memajukan minda kanak-kanak, namun ada sesuatu yang semua ibubapa tahu namun agak sukar untuk menghindarkannya kerana sudah terbiasa dengan perkara sebegini.
Sunday, 25 October 2015
Resipi Lasagna Yang Simple dan Sedap
Masa lapang dan anak-anak balik dari asrama, adalah waktu yang sesuai untuk buat sesuatu yang berbaloi untuk di masak. Lasagna ni tidak susah sangat untuk disediakan, cumanya perlu sediakan bahan-bahan yang agak pelbagai untuk rasa sedap dan kualiti. Sediakan bahan-bahan, masak selepas makan tengahari atau petang untuk minum petang. Untuk saya sendiri, dah cukup kenyang untuk sambung makan malam. Yang penting, famili suka.
Berikut cara-cara membuat Lasagna simple : -
Berikut cara-cara membuat Lasagna simple : -
Thursday, 22 October 2015
Mengisi Masa di Musim Jerebu
Rasanya dah terlalu penat budak-budak ni bercuti. Ulangkaji nak periksa pun rasanya dah macam dipaksa-paksa. Jerebu kat luar tu nampaknya tak menunjukkan yang ianya akan berakhir. Rabu lalu kami menuju ke Summit. Memang saja pilih kat situ sebab suasananya tidak begitu sesak terutamanya hari bekerja macam ni.
Labels:
bowling di summit,
bowling subang jaya,
famili,
jerebu,
jom bowling
Wednesday, 14 October 2015
Tips Mendidik Anak dari Ustaz Farid Ahmad
Kisah tentang anak-anak memang tak akan berakhir. Ada macam-macam kaedah dan doa yang telah diberi oleh pakar-pakar dalam mendidik anak agar sentiasa terkawal dan mengikut ketenangan jiwa kita. Alangkah sejuknya hati melihat mereka berjaya menjadi orang yang berguna, sentiasa menghormati kita, dan sentiasa berada disisi kita di saat kita perlukan mereka. Bila menoleh ke belakang teringat zaman anak-anak kecil kita yang telah berlalu. 'So sweet' dan tak akan berulang lagi. Terjumpa beberapa titipan ringkas dari ustaz Farid tentang menangani anak-anak kecil ini. Memang betul sangat-sangat. Boleh jadi panduan untuk ibu-ibu muda...
Saturday, 5 September 2015
Aduh Aduh Sayangku Syukur Segalanya Dipermudahkan
Aduhh... !!! Sakitnya !
Peristiwa berlaku pada pagi hari Jumaat yang lalu, saya mendapat panggilan dari sekolah anak bongsu (Sya) seawal pukul 7.45 pagi...
"Puan, minta puan datang ke sekolah. Tadi waktu PJK, anak puan main kat padang dengan kawan-kawan, masa main2 tu, ntah macamana tiang gol tu terjatuh kat kepala. So dia cedera sikit. Puan datang sekarang ye" Itulah lebih kurang kata-kata dari PK sekolah.
Ahhhh ....... dalam hati saya "TIANG GOLLL??
Setelah bertanya itu ini, "Anak saya sedar ke tak? Anak saya pengsan tak? Dia OK tak?" , saya cuba mengawal diri pergi ke sekolah. Jawapannya agak memuaskan. Anak tak apa-apa. Nasib baik tak jauh....Not bad. OK OK datangla ni. Rupanya saya ni tidaklah menggelabah seperti yang dijangka. Masih ada rasa cuba untuk bertenang. Fuuuhhh Fuuhhh... tarik dan lepas nafas perlahan-lahan.
Sampai di sekolah, Sya tengah duduk di sofa pejabat. Kasut dan baju berlumuran darah. Aduuh.. anakku. Walaupun bleeding banyak, keadaan terkawal. Rupanya dia terkena tiang gol hoki! Tengah main, kawan bergayut dan dialah insan yang malang yang lalu di bawah tiang dan tiang longgar tu menghempap kepalanya. Itu kisah yang diceritakan kepada saya. Sampai hari ni, saya masih tak dapat gambaran sebenar dari guru yang mengajar PJ pada masa kejadian berlaku . Dari Amsya sendiri? Dia sendiri tak perasan atau sedar apa yang berlaku.
Yang dia ingat 'Ibu, lepas sya jatuh, sya rasa kepala sya bengkak kat depan '. Hmmm....jawapan yang sangat-sangat lah membantu. (Angkat bahu)
Yang penting hari tu, saya terus bawa dia ke hospital Columbia Asia Puchong. Terus buat checkup dan xray apa yang patut. Kata doktor, ok je. Tak ada pendarahan dalaman. Alhamdulillah. Saya balik lepas luka ditampal dengan gam.
Selang beberapa hari, follow up untuk buka tampalan. Haah .... rupanya infection!! Tak tahu di mana silapnya. Bernanah campur darah bila ditekan. Luka dalam jugak tu....
Hari Isnin itu, Sya dimasukkan ke wad buat cucian yang lebih hygeinic dalam operation theater. Dan pastinya Sya ni perlu dibius dan ditidurkan. Maka bermalamlah kami dalam wad hari tu. Masuk wad pukul 4pm, Masuk operation theater pukul 6 pm. Sebelum masuk Sya banyak kali menyatakan rasa takut dan berdebar. Hmmm... 'budak sado' rasa bedebar? Biar betul..Pesan saya pada Sya doa banyak-banyak, salawat kepada rasulullah sewaktu nak ditidurkan tempoh hari. 'Sya kan selalu berqasidah " Sebenarnya ibu yang lagi berdebar.. So dokto jahit dan buat apa yang patut malam itu. Esoknya dah tak sabar nak keluar...
Dipendekkan cerita Selasa lalu, pergi follow up dan Alhamdulillah....... semua yang berkaitan dan jahitan kepala dah selesai dan hasilnya sangat cantik.
Setelah beberapa hari yang menyakitkan berlalu, barulah hari ini, ibu yang terpanik kejap ni bersedia untuk menulis.. Rasa terharu, bersyukur, syahdu dan macam-macam lagilah. Hanya ibu-ibu yang pernah mengalami yang memahami bagaimana takutnya perasaan itu. Apa akan jadi, apa kisah lama akan berlaku lagi... please.... taknak.
Peristiwa ini memberi kesan mendalam kepada kami, kerana ini bukan pertama kali anak2 masuk wad kerana infection. Abang sulongnya pernah koma setelah pembedahan kerana infection. Kisah yang ini lebih panjang. Namun saya dah tutup cerita dan buku sedih itu. Yang penting diakhirnya, peristiwa berakhir dengan baik dan ceria.
Di sebalik cerita ini, saya amat berterimakasih kepada pihak Takaful Ikhlas yang memudahkan kami. Mungkin ini rezeki Sya kerana dipermudahkan rawatannya. Baru membayar kad medical selama sebulan. Jangan terkejut tengok bill.... Itu memang standard hospital swasta...
Untuk ibu ayah yang membaca tulisan saya ini, kita memang tidak menyangka apa saja kemalangan atau insiden yang akan berlaku kat luar sana. Ini pengalaman saya sendiri, yang memerlukan kemudahan urusan apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti ini. Memang saya ingin sangat kongsikan untuk membantu ibu ayah semua.
Yang kami gunakan , Kad Perubatan MediPlan hanya dengan *RM130 sebulan untuk anak kita dengan berbagai faedah ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya : 019-3313667
*Harga mengikut umur
Yang kami gunakan , Kad Perubatan MediPlan hanya dengan *RM130 sebulan untuk anak kita dengan berbagai faedah ditawarkan.
- Paling minimum coverage seumur hidup untuk kemasukan hospital dan penjagaan pembedahan ialah RM800 K. Paling tinggi ialah RM 3.5 Juta
- Untuk kemalangan sebegini, tiada 'waiting period'.
- Tiada had tahunan
- Tiada Ko-takaful
- Peningkatan Harga Bilik dan boleh bayar beza bayaran sahaja
- Downgrade bilik, boleh dapat tunai
- Kad layak sehingga umur 100 tahun tanpa peningkatan bayaran
- 'Guarantedd Renewal"
- Pelaburan Takaful
- Elaun Harian diberi
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya : 019-3313667
*Harga mengikut umur
Sunday, 16 August 2015
Secubit Rasa Semanis Indahnya Persahabatan
Perkenalan kami sudah lama. Bermula dengan mula mengenali satu sama lain sewaktu berkumpul di surau jika ada keramaian atau majlis ilmu. Penampilan kami juga sangat sangat berbeza. Maklumlah, kombinasi yang dah berusia, pertengahan dan yang muda. Ada yang bertudung litup, yang biasa-biasa dan ada yang mengikut trend semasa namun tetap patuh syariah. Pastinya tak bermakna kami tak boleh bersama. Setiap Rabu dan Khamis kami akan berkumpul, singgah di teratak ibu2 prihatin dan rajin ini, melepak sambil berusrah, mengaji, membaca kitab dan tentunya diakhiri dengan makan-makan juadah potluck atau hidangan tuan rumah.
Zah, Mas, Tika, Haja, Wan, Su dan tentu sekali ustazah Nurul yang menjadi tulang belakang kumpulan ilmu kami, korang memang bessttt!! . Perbincangan tak mengambil masa yang lama pun, hanya sekitar 2 jam. Selepas balik usrah, masing-masing akan pulang menjalankan tanggungjawab rumah tangga masing-masing seperti biasa. Masak, mengambil anak sekolah, menjemur kain basuhan dan banyak lagi lah... macam biasa, tugas kami. Bulan raya kali ini sememangnya agak meriah. Suasana raya dan juadah raya amat sinonim dengan setiap pertemuan dibulan syawal yang mulia. Usrah kami yang baru berusia tidak sampai setahun ini diteruskan selepas seminggu raya.
Minggu terakhir syawal ada menu special dari Ika. Saya pun tak pernah merasa. Hmmm.... terimakasih ika kerana memperkenalkan pada akak and kengkawan lain menu baru yang tak pernah kami cuba.
Menu pertama Ulam Pucuk Daun Kadok
Daun Kadok dengan inti pelbagai dimakan begitu saja. Mulanya agak pelik juga, maklumla kita ni bukanla penggemar tegar ulam-ulaman. Tapi tak pernah menolak ulam kalau dah terhidang...
Inti untuk ulam :
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Kacang Tanah disangrai
Isi kelapa disangrai
Limau nipis
Sos special
Kena makan dengan tenang dan sabar.
Terjumpa link resepi yang begitu detail tentang ulam kaduk dari Bro Mat Gebu
Kat Sini
Menu Kedua Nasi Kerabu Siam
Memang agak berbeza dengan Nasi Kerabu yang sering dimakan terutama sekali dari segi pada ulam-ulaman dan juga kuahnya.
Oklah. Kita sambung lagi usrah dan ngaji kita selepas raya. Terimakasih kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah ini. Terimakasih ustazah kerana berkongsi ilmu walaupun sesi kita tak terlalu lama. Antara fitrah hati manusia, dahagakan ilmu, mahukan kebaikan dan keselesaan. Semuga ianya berpanjangan. Cuma kadang-kadang faktor kesibukan sentiasa ada untuk kita sering bersama.
Zah, Mas, Tika, Haja, Wan, Su dan tentu sekali ustazah Nurul yang menjadi tulang belakang kumpulan ilmu kami, korang memang bessttt!! . Perbincangan tak mengambil masa yang lama pun, hanya sekitar 2 jam. Selepas balik usrah, masing-masing akan pulang menjalankan tanggungjawab rumah tangga masing-masing seperti biasa. Masak, mengambil anak sekolah, menjemur kain basuhan dan banyak lagi lah... macam biasa, tugas kami. Bulan raya kali ini sememangnya agak meriah. Suasana raya dan juadah raya amat sinonim dengan setiap pertemuan dibulan syawal yang mulia. Usrah kami yang baru berusia tidak sampai setahun ini diteruskan selepas seminggu raya.
Minggu terakhir syawal ada menu special dari Ika. Saya pun tak pernah merasa. Hmmm.... terimakasih ika kerana memperkenalkan pada akak and kengkawan lain menu baru yang tak pernah kami cuba.
Menu pertama Ulam Pucuk Daun Kadok
Rupa daun kadok ni hampir sama dengan daun sirih.
Daun Kadok dengan inti pelbagai dimakan begitu saja. Mulanya agak pelik juga, maklumla kita ni bukanla penggemar tegar ulam-ulaman. Tapi tak pernah menolak ulam kalau dah terhidang...
Inti untuk ulam :
Halia
Bawang Putih
Bawang Besar
Kacang Tanah disangrai
Isi kelapa disangrai
Limau nipis
Sos special
Kena makan dengan tenang dan sabar.
Terjumpa link resepi yang begitu detail tentang ulam kaduk dari Bro Mat Gebu
Kat Sini
Menu Kedua Nasi Kerabu Siam
Ramuannya :
Udang Kering Dikisar
Bawang Besar
Daun Kaduk
Serai
Daun Kaduk Goreng
Keropok goreng
Sos kicap
Sos masam manis
Nasi Kerabu daun pandan
Daun Kadok Goreng
Memang agak berbeza dengan Nasi Kerabu yang sering dimakan terutama sekali dari segi pada ulam-ulaman dan juga kuahnya.
Oklah. Kita sambung lagi usrah dan ngaji kita selepas raya. Terimakasih kerana dipertemukan dengan kumpulan usrah ini. Terimakasih ustazah kerana berkongsi ilmu walaupun sesi kita tak terlalu lama. Antara fitrah hati manusia, dahagakan ilmu, mahukan kebaikan dan keselesaan. Semuga ianya berpanjangan. Cuma kadang-kadang faktor kesibukan sentiasa ada untuk kita sering bersama.
Tuesday, 11 August 2015
Hebatnya Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Rahman Kg Bukit Badong
Awal raya tempoh hari, kami menghadiri pertemuan pertama dengan keluarga ayah kepada arwah nenek saya ( yang saya pun tak pernah jumpa), secara beramai-ramai yang di adakan di kampung kelahiran saya sendiri, Kg Bukit Badong yang permai. Jumlah yang dianggarkan lebih 700 orang semuanya, dihadiri oleh semua anak, cucu, cicit yang mana berkelapangan. Wow! Memang tak sangka, walaupun ramai yang saya kenali, namun masih ramai juga cabang saudara mara yang kami tak pernah jumpa. Memang agak meriah, penuh dengan keterujaan dan saling berkenalan mana yang mengenali dari jauh. Memang tak dapat kami lupakan.
Hajatnya supaya selepas ini, mungkin ada pertemuan yang lain dengan semua yang ada dan juga susur galur keluarga ini yang masih belum kami temui lagi. Maklumlah, waris terdekat iaitu anak-anak Haji Abdul Rahman sendiri, dah berusia belaka. Yang menariknya, segala berbelanjaan untuk acara dan juadah dikongsi bersama oleh semua ahli keluarga. Maka berbondonglah makanan dan juadah raya yang disediakan menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Dan yang paling specialnya, majoriti juadah adalah buatan asli orang jawa. Hahaha....
Hajatnya supaya selepas ini, mungkin ada pertemuan yang lain dengan semua yang ada dan juga susur galur keluarga ini yang masih belum kami temui lagi. Maklumlah, waris terdekat iaitu anak-anak Haji Abdul Rahman sendiri, dah berusia belaka. Yang menariknya, segala berbelanjaan untuk acara dan juadah dikongsi bersama oleh semua ahli keluarga. Maka berbondonglah makanan dan juadah raya yang disediakan menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Dan yang paling specialnya, majoriti juadah adalah buatan asli orang jawa. Hahaha....
Ini sebahagian ahli keluarga saya, generasi ke 2, ke 3 dan ke 4. Makcik dan Pakcik, sepupu dan anak-anak saudara.
Sebahagian dari keluarga embah-embah yang ada. Kami yang generasi ke 3 nih memang tak kenal ramai terutama yang bujang-bujang dan kecik-kecik tu.
Mak yang saya fokus ditengah-tengah bertudung biru.
Semua orang berwajah ceria.
Pengisian perjumpaan diisikan dengan perkenalan ringkas keluarga susur galur mengikut anak-anak arwah Haji Abdul Rahman yang seramai 13 orang. Patutlah ramai sangat yang datang. Pemberian duit raya untuk anak-anak, jamuan yang tak putus-putus, cabutan bertuah untuk keluarga bertuah dan sessi mengambil gambar untuk kenang-kenangan adalah antara lain aktiviti bersama yang dijalankan. Seronok dapat hadir walaupun sekejap cuma. Muga ada lagi rezeki kami untuk membuat pertemuan sebegini.
Friday, 24 July 2015
Panduan Makanan Sihat Selepas Raya
Tekan di sini Jika >> Nak Berhenti Merokok
Aidilfitri sudah menjengah beberapa hari. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta kurangnya aktiviti fizikal yang dibuat, gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.
Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menambahkan berat badan dalam lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik ataupun makanan sukar hadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Makanan sihat berikut boleh mengembalikan rasa selesa dan sihat selepas raya. Yang penting kita kekalkan pemakanan ini untuk banyak kebaikan kepada kita. Ianya membantu menghindar sakit serius seperti kencing manis , kanser, dan penyakit jantung, mengukuhkan sistem imun anda, melindungi dan melicinkan kulit anda; dan membantu anda menurunkan berat badan atau kekal langsing. Pastikan MAKANAN INI sentiasa berada dalam senarai checklist barangan dapur kita ye...
- Bayam - Mencegah kanser, nutrisi untuk jantung dan meningkatkan memori.
- Tomato - Mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan membantu masalah tidur
- Brokoli - Mengawal berat badan, mencegah sakit jantung, mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan mata.
- Kiwi - Membantu pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan meningkatkan sistem imun tubuh.
- Blueberries - Mengandungi antioksidan, membantu menghalang bakteria atau jangkitan salur kencing dan rendah kalori
- Apple - Mencegah kanser, menurunkan koleterol dan mengubati asma
- Guava - Melancarkan pencernaan, mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas, dan mineral penting yang bermanfaat untuk sistem metabolisma tubuh.
- Salmon - Menjaga kesihatan jantung, meningkatkan fungsi pembuluh darah dan membaiki gangguan inflamasi
- Jus delima - Membaik pulih fungsi hati dan limpa, mencuci buah pinggang dan salur kencing dan membantu penghadaman
- Oat - Mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes, mengurangkan kolesterol, dan mengurangkan risiko arteri salur darah serangan jantung
- Pisang - Mengandungi kandungan vitamin yang tinggi, sumber tenaga dan menurunkan berat badan
- Tiram - Meningkatkan kesuburan wanita, meningkatkan sistem imun dan membantu tulang yang kuat
- Cendawan - Membantu fungsi sistem sarah, mengekalkan kesihatan sel darah merah dan melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang membawa kanser dan sakit jantung
- Jus lemon - Mengandungi mineral yang sangat baik, membantu pencernaan dan mengubati arthritis
- Buah Oren - Membantu mencegah kanser, sakit buah pinggang dan mengurangkan risiko kanser hati serta merendahkan kolesterol
- Kentang - Menurunkan berat badan, melindungi penyakit kardiovaskular dan meningkatkan sistem imun pada tubuh
- Labu manis - Mengawal kenaikan tahap gula dalam darah dan membaiki fungsi pankreas dimana insulan dihasilkan
- Kobis brussel - Membantu penurunan berat badan, antioksidan dan melindungi dari kanser
- Ikan sardin - Menjaga kesihatan tulang, menjaga kesihatan jantung dan mengandungi protein tinggi untuk pertumbuhan
- Teh - Melarutkan lemak, melancarkan pencernaan dan membantu menurunkan berat badan
- Kopi - Membakar lemak, meningkatkan tenaga mencergaskan produktiviti dan menurunkan risiko diabetes
- Raspberry - Mencantikkan kulit, membakar lemak dan menstabilkan gula darah
- Beras Perang - Mengurangkan risiko kanser kolon, mencegah sakit jantung dan merendahkan kolesterol
- Coklat - Mencegah sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan anti depression
- Buah pear - Ia adalah anti radikal bebas, mencegah penyakit jantung, mencegah kanser dan menjaga kadar gula
- Capsicum merah - Meningkatkan selera makan, agen penyembuhan, antioksidan dan mencegah influenza
- Keledek - Mengandungi serat tinggi untuk pencernaan, menurunkan tekanan darah dan mencegah kanser
- Minyak Zaitun - Merawat wajah, mencantikkan kulit dan merawat kerosakkan rambut
- Soya - Kaya dengan vitamin, pengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung
- Kekacang - Melancarkan perjalanan darah ke jantung, menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu, dan menyeimbangkan sistem hormon tubuh
- Daging tanpa lemak - Sumber tenaga dan sumber protein. Juga untuk kecerdasan otak dan anti karsinogen
- Yogurt - Sarat dengan vitamin, mencegah hipertensi dan menyihatkan gigi dan tulang
Thursday, 9 July 2015
Bagaimana Cara Mengambil Hati Ibu Mertua
Hari ini tergerak hati untuk nak menceritakan tentang arwah ibu mertua yang sentiasa dalam ingatan. Semuanya gara-gara saya and hubby dok berbual pasal dia terutama sekali di musim bulan puasa ini. Seperti biasa, macam-macam yang 'diceritakan semula' oleh hubby dek kerana teringat pada mak tersayang. Saya ingat dan tahu semua cerita yang disampaikan kerana ianya dah berkali-kali terdengar di telinga saya. Namun sebagai wifey yang sangat prihatin, tak ada salahnya, malah itulah penyedap rasa perbualan kami bila-bila masa terluang kami bersembang. Rasa rindu dan hiba berselang dalam fikiran bila teringatkan mak mertua saya yang dah seperti ibu sendiri. Perkenalan saya dengan ibu mertua adalah dalam lebih kurang 20 tahun yang lalu sewaktu kami bertunang. Kata hubby, sebaik saja dia menyatakan hasratnya tentang saya, MIL tak cakap banyak, tanya beberapa persoalan, dan kemudian OK. Wow, saya pun rasanya tak macam tu nanti. Dia memang sporting dan tidak pernah menyusahkan anak-anak. Soal jodoh diserahkan kepada anak. Tak perlu pening2, kerana kami yang akan memulakan layaran bahtera, biarlah anaknya yang memilih yang terbaik.
Saturday, 4 July 2015
Kejayaan Pengeluar Ayam Organik dan Keistimewaannya - Kedai Az-Zain
Topik tentang ayam organik sudah lama diperkatakan sejak dari dulu. Memang menarik. Asalnya dulu saya dan famili sering membeli koleksi ayam di kedai HPA di sebuah kedai di Taman Kinrara Puchong. Setelah kedai ditutup, kami mencari alternatif lain disebuah kedai istimewa di Shah Alam. Saya sangat bangga dengan kewujudan kedai sebegini kerana ia memberi ruang untuk umat Islam lebih peka dan sedar tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halalan tayyiba dan diyakini. Pengurusan Az-Zain salah sebuah syarikat bumiputera yang bertanggungjawab untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim di Malaysia.
Perbezaan sewaktu menyediakan masakan ayam di dapur memang amat ketara. Ayam tidak berbau kuat, dan tidak terlalu lembik. Oleh kerana telah dilakukan proses pembersihan, maka kita tidak perlu mencuci dengan air yang banyak dan berulang kali. Tiada bau yang kurang menyenangkan yang tertinggal selepas membersihkan ayam sebelum kita meletakkan rempah ratus. Ianya memang sangat digemari oleh keluarga saya.
Setelah beberapa tahun beroperasi, Az-Zain mengembangkan sayap dengan tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna. Az-Zain sentiasa berusaha memastikan dan mengumpulkan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.
Thursday, 25 June 2015
Motivasi Amin Idris Memang Best
Pagi itu bersama Amin Idris di Takaful Ikhlas. Memang tak pernah jumpa atau mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh beliau. First time dengar memang rasa bermakna sangat program syarikat kali ini. Untuk saya, agak susah nak mengiktiraf pakar tertentu betul-betul hebat, terutama sekali dalam bidang yang hendak diperkatakan, mahupun kaedah menarik perhatian peserta program. Namun untuk kali ini saya puji Amin Idris. Bukan saja topik simple dijadikan sesuatu yang menarik, malah saya tengok semua peserta tak sempat nak mengalih perhatian dari apa yang diperkatakannya.
Pagi itu, tajuk Motivasi kita ialah Goal Setting. Simple kan. Namun beberapa perkara, menjadi penting, bukan saja kerana tajuk, malah kerana penyampaian pakarnya yang memperhalusi topik yang ringkas ini. Apa yang telah saya pelajari, saya ringkaskan saja :
- Orang yang berjaya, sentiasa yakin dan mencari jalan yang betul.
- Jadi proaktif, tetapkan matlamat yang sangat jelas dan tempoh yang ingin dicapai, maka dengan itu, tindakan juga akan jelas dan nyata
- 90% hidup kita dikawal oleh lingkaran dalam kawalan kita sendiri, maka jangan fikir atau fokus kepada perkara yang diluar kawalan
- Matlamat yang besar memerlukan usaha yang besar, begitu juga matlamat yang kecil , usahanya perlu kecil saja.
- MATLAMAT perlu BESAR ! Sentiasa sebut dan beritahu orang matlamat kita yang besar itu.. Kalau orang kata GILA.. So what ??? Kau ada???
- Sentiasa buat apa yang kita minat dan suka. Rancang di mana kita 20 tahun dari sekarang, dan jangan sesekali berputus asa.
- Mesti fikir Saya TAHU apa yang saya MAHU
- Mesti fikir Saya MAHU apa yang saya TAHU
- Sentiasa belajar dari kegagalan, jangan biar seperti angin yang berlalu
- Jika GAGAL , Terima dulu, dengan redha , Analisa Pengalaman , Cari Apa Punca Kegagalan, Buat Pernilaian, dan Rancang untuk Langkah Seterusnya
- Jangan Putus Asa (Never Say Never)
- Berubah Waktu Sekarang (Now Is The Time )
- Hidup ini adalah pilihan, (You are what you think)
- Nilai diri, berapa banyak penyelesaian kita sepanjang hidup , yang kita fokus pada kelemahan semata-mata, sedangkan kita ada banyak kelebihan yang terpendam dalam diri.
- Andai ada lebih banyak nilai negatif berbanding positif dalam diri kita, itu semua tidak penting kerana apa yang penting ialah yang mana kita paling FOKUS. Jadi fokus pada kelebihan walaupun tidak banyak
- Practice make perfect
- Bekerja dengan niat untuk memberi , kerana memberi itu adalah syarat untuk menerima.
- Berilah MASA, RASA DAN JASA.
Nampak simple dengan contoh yang bersahaja, namun besar dan bermakna buat kami para wakil takaful yang sentiasa tak henti bergerak. Hendaknya ilmu ini akan terus digunakan selagi daya untuk memperjuangkan kebaikan kepada umat sejagat.
Thursday, 18 June 2015
Semuga Ramadhan Ini adalah yang paling hebat
Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lalu, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dapat lagi bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Rasa syahdu, syukur, terharu dan tenang memikirkan masih lagi dikelilingi dengan nikmat yang tidak terhingga iaitu anak-anak, keluarga dan kehidupan yang serba sederhana.
Bangun pagi ini memikirkan perjalanan di bulan ramadhan . Terbaca pula tentang beberapa keistimewaan dan keindahan tentang ramadhan yang menarik hati saya : -
1. Sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini dengan tubuh, hati dan jiwa yang sihat agar mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan dengan sebaik mungkin. Dengan keadaan yang sihat, kita mampu menjalankan amal ibadah secara maksima sepanjang ramadhan ini. Ini termasuk puasa , zikir, solat dan tilawah yang mungkin tidak sempat kita lakukan secara optimum sepanjang waktu lain.
Apatah lagi dengan keluarga yang sentiasa memerlukan the queen of the house untuk menguruskan rumahtangga apatah lagi sepanjang ramadhan.
2. Banyak bersyukur dan memuji Allah kerana telah diberi kenikmatan bulan penuh kebaikan dan dipenuhi rahmat.
3. Bergembiralah dengan kehadiran Ramadhan yang pernuh berkat dan rahmat ini. Di dalamnya Allah membuka pintu2 syurga dan menutup pintu2 neraka.
4. Rancang Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat sebanyak mungkin .
5. Bertekad mengisi waktu-waktu ramadhan dengan ketaatan. Mudah-mudahan kita diberi kemudahan untuk lebih bersedekah dan melakukan lebih banyak kebaiakan.
6. Sambut ramadhan dengan tekad dan azam untuk membuka lembaran baru yang bersih. Ramadhan adalah bulan taubat.
Monday, 8 June 2015
Rahsia Kurus Wanita Jepun Yang Sangat Mudah
Setiap kali anda berfikir tentang perempuan dari Jepun, imej yang muncul dalam fikiran anda adalah seorang wanita kecil molek, bukan?
Ini bukan kebetulan kerana wanita dari Jepun dengan masalah berat badan adalah sangat jarang berlaku. Teringat kata-kata seorang teman yang pernah ke Jepun. Susah untuk melihat orang yang obes atau gemuk disepanjang perjalanan di Jepun.
Dalam beberapa dekad yang lalu, apabila mendengar dan membaca tentang budaya Jepun, dapat dibuat kesimpulan bahawa Jepun mempunyai jenis diet yang berbeza. Yang ketara, mereka juga mempunyai gaya hidup dan rutin harian yang berbeza daripada sebahagian besar manusia tamadun Barat dan yang lain di mana secara global, orang sentiasa berhadapan dengan masalah berat badan.
Monday, 25 May 2015
Awas Produk Kolagen Tidak Berkesan Boleh Beri Masalah Kesihatan
JANGAN sampai salah langkah!
Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.
Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?
Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.
Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.
Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.
Saturday, 23 May 2015
Baju Muslimah Cantik dan Bermutu di Sweet Muslimah
Boleh lihat di sini untuk tawaran terkini yang hebat.
Produk Sweet Muslimah adalah asli diimpot terus dari kilang. Di antara jenama Sweet Muslimah yang sedang mendapat tempat di hati peminat setia busana muslimah sekarang ialah jenama Mutif, Ukhti, Qirani, Kurung dan Zenitha. Jannaty pula untuk para bakal ibu memakai koleksi yang selesa.
Matlamat Sweet Muslimah adalah untuk menyediakan baju muslimah yg berkualiti dan terbaik untuk muslimah di Malaysia. Terlalu banyak baju-baju dipasaran yang dijual tidak menepati ciri-ciri sebagai seorang muslimah. Terdapat juga banyak produk-produk dipasaran tidak menepati ciri-ciri kualiti yang sedap dipakai. Yang pastinya menjamin kepuasan semua pelanggan.
Di samping itu, fokus utama Sweet Muslimah adalah memudahkan segala urusan mendapatkan produk-produk ini tanpa perlu meluangkan banyak masa mengkaji dan mencari segala produk baju muslimah yang ada dipasaran. Kerana di Sweet Muslimah, urusan jual beli hampir 100% automatik,selamat dan cekap.
Ingat baju muslimah, ingat Sweet Muslimah kerana ianya menyediakan yang terbaik.
Jom lihat koleksi hebat!!
Koleksi Jubah
Saturday, 9 May 2015
Apakah 20 senarai barang yang penting perlu dibawa semasa travel?
Travel ke tempat tertentu yang agak jauh dari rumah, membuatkan saya rasa tidak selesa. Al maklum, sebolehnya dalam usia motherly ni..., mahu seselesa mungkin apabila kemana-nama. Tak kira, untuk bercuti di pantai, di pulau, atau balik ke kampung yang memakan masa beberapa hari. Biasanya barang-barang persediaan untuk sendiri dan anak-anak yang pastinya tentulah difikirkan oleh para ibu. Ayah cuma fikirkan barangan sendiri. Its ok. Memang susah nak percaya pun kalau mereka yang siapkan. Perkara remeh temeh ni kan memang urusan naluri queen of the family.
Antara barang-barang yang penting bagi saya apabila travel bersama famili:
Antara barang-barang yang penting bagi saya apabila travel bersama famili:
- Pakaian lengkap atleast 3 pasang
- Towel
- Kain Batik
- Baju tidur
- Toiletries
- Set penjagaan wajah
- Lip gloss
- Lotion pelembap
- Bedak / sikat
- Sabun basuh
- Tudung
- Adik-adik (lingeries)
- Pinggan/cawan/sudu
- Plastik sampah
- Baju mandi
- Telekung /sejadah
- Tisu basah
- Tshirt untuk santai
- Selimut (untuk famili )
- 3 in 1 coffee
- Charger phone / extension
- Ayat Mathurat / manzil (amalan harian)
- Senarai lokasi NGV di lokasi destinasi
- Senarai lokasi makan
- Kerja sekolah masa cuti
- Sunglasses /cap
- Powerbank
- Camera Digital
Wednesday, 29 April 2015
Mencuri masa lapang untuk orang yang sibuk sangat
Seperti biasa memang banyak perkara yang perlu dilakukan . Untuk seorang yang bekerja tentulah masa office hour hanya tugasan pejabat sahaja yang boleh selesaikan. Bagaimana pula dengan suri rumah. Di akui sebenarnya lebih banyak masa yang diperlukan kerana mereka bukan saja membuat kerja rumah semata-mata. Banyak sangat agenda rumahtangga disiang hari yang perlu dilangsaikan.
Saya perlu handle masa dengan cara yang terbaik. Dalam satu hari, saya perlu rencanakan cara jual medical card takaful, jumpa client jika perlu, plan untuk masak, hantar anak ke sekolah, kemas rumah, pergi usrah , main masak-masak dan update blog yang baru saja berusia sebulan dua ni.
Semalam pula ada extra aktiviti lagi, saya perlu buat medical checkup biasa saya di PPUM Petaling Jaya. Walaupun datang seawal pagi, namun biasalah, siapa yang dah biasa ke sana pasti akan memahami situasi awal pagi di hospital kerajaan.
Bagi saya, seronok juga. Tak perlu fikir-fikir tugasan di rumah untuk pagi ini. Dalam 2 jam menunggu, dapat membaca macam-macam maklumat di internet. Banyak benda yang baru nak tahu..Hmm.
Tips untuk pelawat yang dah ada appointment di PPUM.
Saya perlu handle masa dengan cara yang terbaik. Dalam satu hari, saya perlu rencanakan cara jual medical card takaful, jumpa client jika perlu, plan untuk masak, hantar anak ke sekolah, kemas rumah, pergi usrah , main masak-masak dan update blog yang baru saja berusia sebulan dua ni.
Semalam pula ada extra aktiviti lagi, saya perlu buat medical checkup biasa saya di PPUM Petaling Jaya. Walaupun datang seawal pagi, namun biasalah, siapa yang dah biasa ke sana pasti akan memahami situasi awal pagi di hospital kerajaan.
Bagi saya, seronok juga. Tak perlu fikir-fikir tugasan di rumah untuk pagi ini. Dalam 2 jam menunggu, dapat membaca macam-macam maklumat di internet. Banyak benda yang baru nak tahu..Hmm.
Situasi menunggu doktor, kerana datang awal sangat.
Ini pula, lanskap di luar bilik menunggu. Ada fountain dan restoren. Boleh cuci mata dan relax kat situ.
Tips untuk pelawat yang dah ada appointment di PPUM.
- kalau appointment minta kita datang, sebelah pagi, tak kira pukul 7.30 atau 11.00 kita boleh datang pagi sangat seawal 7.00am untuk ambil nombor. Kalau appoint untuk ambil darah, orang dah menunggu seawal 6.30 pagi. So masa tengah-tengah tu memang agak crowded. Tapi kalau di wad sakit puan misalnya, appointment pukul 11 bermakna, doktor mungkin baru nak datang pukul 10 ke atas. Biasanya mereka ni perlu buat pemeriksaan client di wad masing-masing.
- Saya suka datang awal sebab parking masih banyak. Kalau tunggu sehingga pukul 10, bolehla berlama sikit melawat tempat parking tu.
- Untuk orang yang sakit, perlu bersedia, jiwa dan raga untuk beratur, menunggu, sesak, mencari parking sekiranya baru nak buat pemeriksaan atau appointment. Kalau tak, boleh tention!
- Untuk perempuan, jangan teragak-agak untuk minta doktor wanita waktu pendaftaran. Kalau tak kisah tak mengapa la.
- Jangan bawa anak2 atau baby kalau kita yang sakit. Gangguan untuk orang lain.
- Kalau dah dapat no. panggilan untuk jumpa doktor, agak-agak. Rasanya sempat kalau pergi breakfast dulu. Banyak tempat makan kat situ.
Friday, 24 April 2015
Nasi Arab Sedap di Seksyen 9
Seperti biasa kami jalan-jalan di Shah Alam sebelum menghantar Adham ke asrama. Perut tengah lapar, memang sesuai kalau kami singgah di restoren favourite sejak beberapa bulan lalu ni. Kata hubby ini restoren Nasi Arab kedua yang sedap selepas Restoren Saba' di Cyberjaya. Saya setuju.
Namanya Restoren ZAM ZAM. Mula-mula tang nasinya, memang secukup rasa. Ada pedas-pedas sikit sesuai la untuk orang yang nak kelainan nasi Arab. Sesiapa yang tak suka nasi yang terlalu berempah, ini paling sesuai untuk santapan kengkawan semua. Lagipun ada pelbagai sikit bahan-bahan dalam tu. Harga tidak terlalu mahal. Gambar menu dah berlambak ada di blog lain. Jadi saya letak saja lah pilihan kami.
Pilihan kami semuanya Lamb. Sebabnya, hidangan Chicken agak kurang mengancam (Dah try). So kami pilih Lamb Khabsa dan Lamb Mandy. Sekali rasa memang tak banyak beza dari segi rasa. Menu Arab lain memang banyak.
Yang bawah ni hidangan untuk saya, oooh please memang tak habis. Full sangat nanti.
Begitu berselera Adham mengadap nasi Arab.
Sunday, 19 April 2015
Secretleaf produk kualiti dari anak tempatan
Apabila sebut tentang kecantikan, orang perempuan memang teruja. Carilah satu yang paling sesuai untuk kita. Memang pencarian untuk mendapatkan yang terbaik memang tak berpenghujung. Ada yang terikut untuk membeli kerana jenama, sebab tentu saja ianya mudah diyakini. Saya sendiri, produk kegemaran saya berubah mengikut zaman dan usia. Masa belajar dulu, lain sebab saya sering membeli dari pelajar senior yang senang saya temui. Dah kerja, saya mula tak ambil hal tentang jenama, hahaha.... mungkin terlalu sibuk. Lepas beranak pinak, saya tak ambil hal juga namun bila terasa yang wajah ni dah ada something wrong, barulah sibuk nak mencari-cari.
Salah satu produk yang menarik hati ialah SECRETLEAF. Ianya dikilangkan di Malaysia oleh seorang anak tempatan berlokasi di Batu Caves Selangor.
Ciri-ciri kelainan dengan produk secretleaf ialah
1. Formulasi Natural menurut piawai Eropah (mereka boleh memberitahu berapa peratus bahan natural dalam setiap produk kami)
2. Dikilangkan oleh KILANG mereka sendiri (GMP, HALAL, ISO9001:2008). Bukan repack.
3. Setiap formula adalah UNIK diformulasi oleh Secretleaf sendiri dengan kerjasama pengeluar bahan-bahan antarabangsa
4. Formula bebas unsur BINATANG kecuali sumber laut
5. Formula bebas KIMIA MERBAHAYA. Bukan sahaja tanpa hidrokuinon atau merkuri, bahkan tanpa paraben, triclosan atau apa-apa yang boleh menyebabkan kanser.
6. Satu-satunya produk Bumiputra yang boleh dibandingkan dengan jenama ANTARABANGSA. Berbaloi menurut perbandingan oleh pelanggan yang menggunakan jenama antabangsa terkenal.
7. Produk yang menerima anugerah produk PILIHAN tahunan oleh majalah tempatan
8. Setiap bahan diteliti proses pengeluaran agar menepati piawai HALAL.
9. 100% kepuasan pelanggan. Ramai pelanggan yang TERPEDAYA dengan produk yang menggunakan hidrokuion dan sebagainya yang kembali pulih setelah menggunakan produk Secretleaf.
10. Pilihan bahan yang digunakan dalam produk antabangsa terkenal.
11. Milik bumiputra. Milik Muslim. Milik Malaysia.
Untuk yang berminat di sekitarPuchong , Lembah Klang atau sekitarnya ada perkhidmatan penghantaran sendiri mahupun pos yang berada disini. Sila klik di gambar di bawah :
Saturday, 11 April 2015
Barang tanpa GST?
Apa tentang GST ni. Satu persatu penerangan demi penerangan diberikan. Namun bagi sesetengah orang, yang menjadi keutamaan ialah apa kos yang perlu mereka bayar. Apabila difikirkan memang pening memikirkan, itu, ini, kenapa yang ini ada gst?
Di akhir rancangan, seperti mana berlakunya kesan kenaikan terhadap harga petrol, kali ini lebih besar kesan dan impaknya pada hampir keseluruhan barangan. Hari pertama saja dah nampak begitu ramai peniaga yang tamak dan penting diri. Pengguna saja yang tahu hakikatnya.
Thursday, 9 April 2015
20 cara memenangi hati anak remaja
Sepanjang kehidupan menjaga anak-anak , kita telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Kita cuba untuk belajar dari waktu yang sebelum untuk tidak mengulangi kesilapan pendidikan masa lalu. Namun zaman yang berubah tidak menjanjikan apa-apa jaminan sekiranya kita mengikut cara kita atau sesiapa saja. Cabaran tetap ada terutama sekali setelah mereka mampu berfikir dan bergerak sendiri. Zaman remaja sangat mencabar bagi anak dan juga ibu-bapa. Seorang sahabat sering berkongsi dengan saya tentang anaknya yang sering kelihatan degil kerana jarang mendengar kata2 atau pesanannya. Malah dia sering melakukan apa yang sebaliknya yang kita sering nasihati. Akhirnya ia sering berakhir dengan siibu terpaksa mengalah dan kesedihan . Tentu sekali itu bukan pengakhirnya. Ibu bapa akan melalui fasa yang sama. Ini cuma secebis panduan :
1. Bersedia untuk apa yang ingin kita katakan kepada anak remaja.
2. Menjadi pendengar yang aktif tanpa gangguan
Subscribe to:
Posts (Atom)