Friday, 24 July 2015

Panduan Makanan Sihat Selepas Raya



Tekan di sini Jika >> Nak Berhenti Merokok

Aidilfitri  sudah menjengah beberapa hari. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta kurangnya aktiviti fizikal yang dibuat, gaya hidup seharian mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menambahkan berat badan dalam lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya. Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik ataupun makanan sukar hadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Makanan sihat berikut boleh mengembalikan rasa selesa dan sihat selepas raya. Yang penting kita kekalkan pemakanan ini untuk banyak kebaikan kepada kita. Ianya membantu menghindar sakit serius seperti kencing manis , kanser, dan penyakit jantung, mengukuhkan sistem imun anda, melindungi dan melicinkan kulit anda; dan membantu anda menurunkan berat badan atau kekal langsing. Pastikan MAKANAN INI  sentiasa berada dalam senarai checklist barangan dapur kita ye...


  1. Bayam - Mencegah kanser, nutrisi untuk jantung dan meningkatkan memori.
  2. Tomato - Mengawal berat badan, mencantikkan kulit dan membantu masalah tidur
  3. Brokoli -  Mengawal berat badan, mencegah sakit jantung, mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan mata.
  4. Kiwi - Membantu pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan meningkatkan sistem imun tubuh.
  5. Blueberries - Mengandungi antioksidan, membantu menghalang bakteria atau jangkitan salur kencing dan rendah kalori
  6. Apple -  Mencegah kanser, menurunkan koleterol dan  mengubati asma
  7. Guava - Melancarkan pencernaan, mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas, dan mineral penting yang bermanfaat untuk sistem metabolisma tubuh.
  8. Salmon -  Menjaga kesihatan jantung, meningkatkan fungsi pembuluh darah dan membaiki gangguan inflamasi 
  9. Jus delima - Membaik pulih fungsi hati dan limpa, mencuci buah pinggang dan salur kencing dan membantu penghadaman
  10. Oat - Mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes, mengurangkan kolesterol, dan mengurangkan risiko arteri salur darah serangan jantung
  11. Pisang -  Mengandungi kandungan vitamin yang tinggi, sumber tenaga dan menurunkan berat badan
  12. Tiram - Meningkatkan kesuburan wanita, meningkatkan sistem imun dan membantu tulang yang kuat
  13. Cendawan - Membantu fungsi sistem sarah, mengekalkan kesihatan sel darah merah dan melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang membawa kanser dan sakit jantung
  14. Jus lemon - Mengandungi mineral yang sangat baik, membantu pencernaan dan mengubati arthritis
  15. Buah Oren -  Membantu mencegah kanser, sakit buah pinggang dan mengurangkan risiko kanser hati serta merendahkan kolesterol
  16. Kentang - Menurunkan berat badan, melindungi penyakit kardiovaskular dan meningkatkan sistem imun pada tubuh
  17. Labu manis - Mengawal kenaikan tahap gula dalam darah dan membaiki fungsi pankreas dimana insulan dihasilkan
  18. Kobis brussel -  Membantu penurunan berat badan, antioksidan dan melindungi dari kanser 
  19. Ikan sardin - Menjaga kesihatan tulang, menjaga kesihatan jantung dan mengandungi protein tinggi untuk pertumbuhan 
  20. Teh - Melarutkan lemak, melancarkan pencernaan dan membantu menurunkan berat badan
  21. Kopi - Membakar lemak, meningkatkan tenaga mencergaskan produktiviti dan menurunkan risiko diabetes
  22. Raspberry - Mencantikkan kulit, membakar lemak dan menstabilkan gula darah
  23. Beras Perang - Mengurangkan risiko kanser kolon, mencegah sakit jantung dan merendahkan kolesterol
  24. Coklat - Mencegah sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan anti depression
  25. Buah pear -  Ia adalah anti radikal bebas, mencegah penyakit jantung, mencegah kanser dan menjaga kadar gula
  26. Capsicum merah - Meningkatkan selera makan, agen penyembuhan, antioksidan dan mencegah influenza 
  27. Keledek - Mengandungi serat tinggi untuk pencernaan,  menurunkan tekanan darah dan mencegah kanser
  28. Minyak Zaitun -  Merawat wajah, mencantikkan kulit dan merawat kerosakkan rambut
  29. Soya - Kaya dengan vitamin, pengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung 
  30. Kekacang - Melancarkan perjalanan darah ke jantung, menyeimbangkan tahap kesihatan hati dan hempedu, dan menyeimbangkan sistem hormon tubuh 
  31. Daging tanpa lemak - Sumber tenaga dan sumber protein. Juga untuk kecerdasan otak dan anti karsinogen
  32. Yogurt - Sarat dengan vitamin, mencegah hipertensi dan menyihatkan gigi dan tulang


Thursday, 9 July 2015

Bagaimana Cara Mengambil Hati Ibu Mertua


Hari ini tergerak hati untuk nak menceritakan tentang arwah ibu mertua yang sentiasa dalam ingatan.  Semuanya gara-gara saya and hubby dok berbual pasal dia terutama sekali di musim bulan puasa ini. Seperti biasa, macam-macam yang 'diceritakan semula' oleh hubby dek kerana teringat pada mak tersayang. Saya ingat dan tahu semua cerita yang disampaikan kerana ianya dah berkali-kali terdengar di telinga saya. Namun sebagai wifey yang sangat prihatin, tak ada salahnya, malah itulah penyedap rasa perbualan kami bila-bila masa terluang kami bersembang. Rasa rindu dan hiba berselang dalam fikiran bila teringatkan mak mertua saya yang dah seperti ibu sendiri. Perkenalan saya dengan ibu mertua adalah dalam lebih kurang 20 tahun yang lalu sewaktu kami bertunang. Kata hubby, sebaik saja dia menyatakan hasratnya tentang saya, MIL tak cakap banyak, tanya beberapa persoalan, dan kemudian OK. Wow, saya pun rasanya tak macam tu nanti. Dia memang sporting dan tidak pernah menyusahkan anak-anak. Soal jodoh diserahkan kepada anak. Tak perlu pening2, kerana kami yang akan memulakan layaran bahtera, biarlah anaknya yang memilih yang terbaik.

Saturday, 4 July 2015

Kejayaan Pengeluar Ayam Organik dan Keistimewaannya - Kedai Az-Zain


Topik tentang ayam organik sudah lama diperkatakan sejak dari dulu. Memang menarik. Asalnya dulu saya dan famili sering membeli koleksi ayam di kedai HPA di sebuah kedai di Taman Kinrara Puchong. Setelah kedai ditutup, kami mencari alternatif lain disebuah kedai istimewa di Shah Alam. Saya sangat bangga dengan kewujudan kedai sebegini kerana ia memberi ruang untuk umat Islam lebih peka dan sedar tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halalan tayyiba dan diyakini.  Pengurusan Az-Zain salah sebuah syarikat bumiputera yang bertanggungjawab untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim di Malaysia.

Perbezaan sewaktu menyediakan masakan ayam di dapur memang amat ketara. Ayam tidak berbau kuat, dan tidak terlalu lembik. Oleh kerana telah dilakukan proses pembersihan, maka kita tidak perlu mencuci dengan air yang banyak dan berulang kali. Tiada bau yang kurang menyenangkan yang tertinggal selepas membersihkan ayam sebelum kita meletakkan rempah ratus. Ianya memang sangat digemari oleh keluarga saya.


Setelah beberapa tahun beroperasi, Az-Zain mengembangkan sayap dengan tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna. Az-Zain sentiasa berusaha memastikan dan mengumpulkan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.

Thursday, 25 June 2015

Motivasi Amin Idris Memang Best


Pagi itu bersama Amin Idris di Takaful Ikhlas. Memang tak pernah jumpa atau mengikuti sebarang program yang dijalankan oleh beliau. First time dengar memang rasa bermakna sangat program syarikat kali ini. Untuk saya, agak susah nak mengiktiraf pakar tertentu betul-betul hebat, terutama sekali dalam bidang yang hendak diperkatakan, mahupun kaedah menarik perhatian peserta program. Namun untuk kali ini saya puji Amin Idris. Bukan saja topik simple dijadikan sesuatu yang menarik, malah saya tengok semua peserta tak sempat nak mengalih perhatian dari apa yang diperkatakannya.

Pagi itu, tajuk Motivasi kita ialah Goal Setting. Simple kan. Namun beberapa perkara, menjadi penting, bukan saja kerana tajuk, malah kerana penyampaian pakarnya yang memperhalusi topik yang ringkas ini. Apa yang telah saya pelajari, saya ringkaskan saja :


  • Orang yang berjaya, sentiasa yakin dan mencari jalan yang betul.
  • Jadi proaktif, tetapkan matlamat yang sangat jelas dan tempoh yang ingin dicapai, maka dengan itu, tindakan juga akan jelas dan nyata
  • 90% hidup kita dikawal oleh lingkaran dalam kawalan kita sendiri, maka jangan fikir atau fokus kepada perkara yang diluar kawalan
  • Matlamat yang besar memerlukan usaha yang besar, begitu juga matlamat yang kecil , usahanya perlu kecil saja. 
  • MATLAMAT perlu BESAR ! Sentiasa sebut dan beritahu orang matlamat kita yang besar itu.. Kalau orang kata GILA.. So what ??? Kau ada???
  • Sentiasa buat apa yang kita minat dan suka. Rancang di mana kita 20 tahun dari sekarang, dan jangan sesekali berputus asa.
  • Mesti fikir Saya TAHU apa yang saya MAHU
  • Mesti fikir Saya MAHU apa yang saya TAHU
  • Sentiasa belajar dari kegagalan, jangan biar seperti angin yang berlalu
  • Jika GAGAL , Terima dulu, dengan redha , Analisa Pengalaman , Cari Apa Punca Kegagalan, Buat Pernilaian, dan Rancang untuk Langkah Seterusnya
  • Jangan Putus Asa (Never Say Never)
  • Berubah Waktu Sekarang (Now Is The Time )
  • Hidup ini adalah pilihan, (You are what you think)
  • Nilai diri, berapa banyak penyelesaian kita sepanjang hidup , yang kita fokus pada kelemahan semata-mata, sedangkan kita ada banyak kelebihan yang terpendam dalam diri.
  • Andai ada lebih banyak nilai negatif berbanding  positif dalam diri kita, itu semua tidak penting kerana apa yang penting ialah yang mana kita paling FOKUS. Jadi fokus pada kelebihan walaupun tidak banyak
  • Practice make perfect
  • Bekerja dengan niat untuk memberi , kerana memberi itu adalah syarat untuk menerima.
  • Berilah MASA, RASA DAN JASA.




Nampak simple dengan contoh yang bersahaja, namun besar dan bermakna buat kami para wakil takaful yang sentiasa tak henti bergerak. Hendaknya ilmu ini akan terus digunakan selagi daya untuk memperjuangkan kebaikan kepada umat sejagat. 


Thursday, 18 June 2015

Semuga Ramadhan Ini adalah yang paling hebat



Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lalu, rasa syukur yang tidak terhingga kerana masih dapat lagi bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Rasa syahdu, syukur, terharu dan tenang memikirkan masih lagi dikelilingi dengan nikmat yang tidak terhingga iaitu anak-anak, keluarga dan kehidupan yang serba sederhana.

Bangun pagi ini memikirkan perjalanan di bulan ramadhan . Terbaca pula tentang beberapa keistimewaan dan keindahan tentang ramadhan yang menarik hati saya : -

1. Sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan bulan Ramadhan kali ini dengan tubuh, hati dan jiwa yang sihat agar mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan dengan sebaik mungkin. Dengan keadaan yang sihat, kita mampu menjalankan amal ibadah secara maksima sepanjang ramadhan ini. Ini termasuk puasa , zikir, solat dan tilawah yang mungkin tidak sempat kita lakukan secara optimum sepanjang waktu lain.

Apatah lagi dengan keluarga yang sentiasa memerlukan the queen of the house untuk menguruskan rumahtangga apatah lagi sepanjang ramadhan.

2. Banyak bersyukur dan memuji Allah kerana telah diberi kenikmatan bulan penuh kebaikan dan dipenuhi rahmat.

3. Bergembiralah dengan kehadiran Ramadhan yang pernuh berkat dan rahmat ini. Di dalamnya Allah membuka pintu2 syurga dan menutup pintu2 neraka.

4. Rancang Ramadhan dengan aktiviti yang bermanfaat sebanyak mungkin .

5. Bertekad mengisi waktu-waktu ramadhan dengan ketaatan. Mudah-mudahan kita diberi kemudahan untuk lebih bersedekah dan melakukan lebih banyak kebaiakan.

6. Sambut ramadhan dengan tekad dan azam untuk membuka lembaran baru yang bersih. Ramadhan adalah bulan taubat.