Sunday, 12 June 2016

Kolej Dahlia UITM Puncak Alam - Seronok tapi Letih

Sehari sebelum berpuasa, bermulalah jejak langkah pertama menuju ke menara gading untuk anak yang tersayang. Pendaftaran, mengemas bilik, meninjau lokasi dan menyesuaikan diri menjadi mahasiswi itulah yang menjadi aktiviti di hari-hari awal di UITM Puncak Alam.

Suasana perbukitan sangat indah, dengan hujan yang tak begitu lebat , menyambut kehadiran kami di kawasan yang pertama kali kami jejaki. Dah nama berbukit, rupanya kampus ni adalah lokasi yang paling jauh  student untuk ke fakulti. Dari kawasan fakulti yang kami lalui, kami perlu naik bukit ke kolej pelajar lama, kemudian turun semula untuk menuju ke Kolej Dahlia.


Ini jalan nak menuruni kolej Dahlia. Hati dah mula risau, macamana budak-budak ni nak ke fakulti. Jauh juga ya rabbi. 


Yang ini pula pemandangan Kolej Dahlia dari atas bukit. Nampak jauh dan seluas mata memandang

Nak senang cerita, kolej Dahlia ni memang kolej yang terbaru kat kampus ni. Batch kali ini adalah pioneer yang Kolej Dahlia termasuklah Mira. Kalau diikutkan ada pro dan cons. Tempat baru memang semua kita lah yang jadi perasminya namun banyak juga yang belum ready. 







Cafe Kolej Dahlia di hari pendaftaran. Semua tutup belaka sebab memang belum ada penjualnya pun. Hanya dibuka selepas Hariraya Aidilfitri.













Makan di cafe di atas bukit. Kolej Angsana kalau tak silap. 










Memang dah nasib pelajar baru, banyak lagi kekurangan dan fasiliti yang belum disediakan. Tak kisahlah yang penting kami bersyukur, ini lah tempat pilihannya yang telah tertulis. 

Seminggu selepas tinggal di sana, memang letih katanya. Setiap hari perlu naik tangga yang boleh tahan tingginya. Lagipun ini bulan puasakan. So agak memenatkan. Namun katanya tetap seronok ....


Semuga semuanya sempurna di sana.

Friday, 26 February 2016

Nak Tahu Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat




Memang banyak yang tak tahu tentang simtom darah tinggi. Satu video menarik sangat saya rasa. Ada isi dan ingatan penting untuk orang muda mahupun yang lebih berumur.

Isi Penting :
~ Masa terbaik untuk periksa kita ada tekanan darah tinggi atau tidak
~ Waktu yang paling kerap berlakunya serangan stroke (angin ahmar)
~ Bacaan tekanan darah yang baik
~ Kesan darah tinggi kepada jantung dan badan kita
~ Apa yang menyebabkan kita cepat penat
~ Cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi
~ Makanan yang menjadi punca darah tinggi
~ Ada apa dengan GARAM
~ 5 kumpulan makanan yang cukup bahaya
~ Sampai bila nak makan ubat?


Harap dapat faedah darinya.


Thursday, 11 February 2016

Lompat Tikam Menggamit Memori



Tinggal di bumi pantai timur di zaman remaja sewaktu belajar memang benar-benar meninggalkan kesan. Mana taknya, itulah zaman homesick dan zaman baru nak berdikari yang paling tak boleh nak tolong ......... Mujur ada kawan-kawan sekeliling. Yang pasti, pengalaman itu memang sangat manis apabila diingati. Nak balik? No no no no.......6 bulan sekali itu pun dah cukup bagus.

Saturday, 16 January 2016

Kisah dan Tips Tentang Denggi - Jangan Ambil Mudah dengan Demam Please !

Kisah tentang denggi memang agak menakutkan. Pengalaman dengan 4 orang anak yang semuanya pernah melalui fasa suspected dan demam denggi berdarah, membuat kami sekeluarga agak phobia setiap kali ada sesiapa ahli keluarga yang demam dengan tiba-tiba. Terbaru, petang Ahad lalu apabila anak ketiga call dari asrama, memang rasa tak sedap hati. Demam katanya. Dipendekkan cerita ibu membawa balik si anak pada hari Isnin dan terus ke Klinik Kesihatan. Selalunya pemeriksaan darah akan dibuat sekiranya lapuran demam diterima, namun hari itu , doktor beritahu tak perlu buat pemeriksaan darah kerana baru demam 2 hari. Tiada tanda-tanda denggi dapat dikesan pada tempoh singkat macam tu.

Thursday, 14 January 2016

Kasihan pada Keluarga Jika Belum Buat Penamaan untuk KWSP




Memang nampak simple je 'perbuatan' nih. Namun untuk sesiapa yang bekerja atau yang pernah mengalami perasaan sewaktu memohon pengeluaran wang atau tuntutan di KWSP atas apa-apa sebab, memang tahu keperluannya  Maklumlah, sesiapa saja perlu akur pada undang-undang dan garis panduan dalam urus tadbir kewangan dalam sebuah negara yang berperaturan. Bukan suka-suka nak ambil duit dengan mudah walaupun duit itu 'bapak' kita yang punya.